Ziarah Makam Nabi Harun & Nabi Soleh
''Dan Kami telah menganugerahkan Ishak dan Ya'kub kepadanya. Kepada masing-masing telah Kami beri petunjuk; dan sebelum itu Kami telah memberi petunjuk kepada Nuh, dan kepada sebahagian daripada keturunannya (Ibrahim) Daud, Sulaiman, Ayyub, Yusuf, Musa dan Harun. Dan demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.'' - Al-An'am - 84.
''Mereka itulah (para nabi) yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka.'' Al-An'am - 90
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana masih diberi kesempatan untuk hidup dan berkongsi sedikit-sebanyak pengalaman Husein di bumi barakah iaitu Mesir. Dan pada bulan lepas, Husein berpeluang menziarahi sendiri makam nabi kita iaitu Nabi Harun dan Nabi Soleh. Pada mulanya, tak terlintas sedikit pun nak pergi ziarah makam Nabi Harun dan Nabi Soleh memandangkan jarak perjalanan yang jauh dari tempat tinggal Husein di Mesir. Tetapi hati ini sentiasa merindui untuk ziarah makam-makam anbiya' dan auliya'. Dan bila peluang dah ada, takkan la nak buang gitu je kan. :-)
''Mereka berkata, 'Kami tidak melanggar perjanjianmu dengan kemahuan kami sendiri, tetapi kami harus membawa beban berat dan perhiasan kaum (Fir'aun) itu, kemudian kami melemparkannya (ke dalam api), dan demikian pula Samiri melemparkannya.''
Alaa... macam korang pergi ziarah kubur orang-orang yang dekat dengan korang dulu,... mak, ayah, kawan-kawan, sedara-mara yang dah tak ade. Then bila korang ziarah kubur diorang mesti rase dekat je kan diri korang dengan diri simati kan??. Begitulah jugak dengan perasaan Husein bila ziarah makam Nabi Harun A.S. hari tu. Terasa nak duduk situ lame sket... shoot puas-puas kat situ. Ohh.....Thank you Allah..
And this is the closer look the outsite area of El-Nabi Saleh Cemetery (kawasan luar makam Nabi Soleh A.S.)
Oh my God.... I can look even closer. Gambar kat atas adalah gambar makam Nabi Soleh A.S. Husein tak edit gambar ni sebab Husein nak jaga kesucian Nabi Soleh A.S. walaupun gambar ni nampak sedikit kabur kan?.Even i dont located my watermark in this amazing picture. Gambar ni adalah gambar asal daripada DSLR Husein sendiri. Tak de edit-edit. Tapi bila tengok sendiri makam Nabi Soleh A.S. tu, rasa macam kenapa kecik je makam Nabi Soleh A.S.?? Bukan ke orang dulu-dulu tubuh diorang besar-besar dan tinggi-tinggi. Anyway, kite serahkan je kepada Allah S.W.T. untuk menciptakan makhluknya macam mane.... yang penting kita wajib beriman dengan para rasul dan anbiya'.
Eh, kenapa tiba-tiba ade gambar batu pulak ni !! Batu ape ni ?? Haa.... batu ni ade kaitan dengan kisah Nabi Musa A.S. Satu hari, Nabi Musa A.S. sangat-sangat teringin untuk melihat sendiri Allah S.W.T dengan pancaindera Nabi Musa A.S. sendiri. Tetapi Allah S.W.T. tidak memakbulkan permintaan Nabi Musa A.S. kerana pada hakikatnya Nabi Musa A.S. sendiri tidak mampu untuk melihat Allah S.W.T. Lalu apabila Nabi Musa A.S. tetap ingin berjumpa dengan Allah S.W.T., lalu keluarlah cahaya yang sangat terang menerangi kawasan tersebut sehinggakan pokok-pokok/tumbuh-tumbuhan yang berada disitu terpaksa berselindung disebalik celahan batu-batu. Lalu terjadilah batu macam ni. Nampak kan ade macam daun-daun tumbuhan yang melekat kat batu tu.
*pss /: Ade sedikit khilaf ulama' tentang kisah batu ni. Ade yang percaya dan ade yang tak percaya. Pada hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu. Wallahu a'lam.
Terima kasih kerana membaca. Komen sket... :-)
seronok tgk bila bpeluang ke sana...selain dpt tambah pgetahuan..
BalasPadamBlogwalking Sob
BalasPadamNot bad, two star...
BalasPadamplease improve your story line
subahanallah..yes!BK nmpk gambar lembu 2.
BalasPadamMay 2013 Baru je pergi melawat Sinai, perigi nabi musa, samiri, makam nabi harun, makan nabi saleh, dahab, kubu israiel, kubu sultan salehudin.mmg meginsafkan&sgt bermakna..tempat yg perlu dilawati oleh umat islam. Great blog. Keep it up!!
BalasPadambegitu rupanya bentuk patung lembu yg disembah oleh bani israel semasa ketiadaan Nabi Musa a.s.
BalasPadam