Friday, 19 August 2016

Travelog Faghuzi/Kompilasi Travelog 7 Benua GIVEAWAY By Aku Seorang Traveler

ASSALAMUALAIKUM..

Bulan Ogos memang tak lekang dengan bulan yang dipanggil sebagai bulan kemerdekaan. Tahun ini negara kita akan meraikan hari kemerdekaan yang ke-59. Korang jangan buat-buat lupa pulak sebab dalam kelas Husein, lecture dah test kami dengan soalan ni. Masing-masing terpinga nak jawab sebab tak tahu…..dah kali ke berapa dah Malaysia sambut merdeka.

Pada bulan ni jugak Husein harap Husein dapat la menang dalam Giveaway by Aku Seorang Traveler. Hanya perlu ikut beberapa langkah mudah di dalam entri ini termasuk follow tuan punya blog sekali dan pemenang akan di pilih secara random. InsyaAllah, kalau ada rezeki Husein akan menang dan korang pun mungkin bertuah jugak sebagai pemenang kalau join sesame. 

Sekarang Husein nak tag seorang rakan blogger yang bertuah dan beliau adalahhhhh....... Adiba Rusli. Haaaa.. beliau tersangat bertuah kerana terkena tag kat sini dan beliau wajib mendoakan kejayaan Husein untuk menang dalam giveaway ni. Wajib doa tau adiba.. hahaha..

-Tak sabar nak baca travelog ni-
Read More

Saturday, 6 August 2016

Cara Mudah Pulihkan Sistem Penghadaman Perut

Dalam hadis nabi, nabi pernah berpesan bahawa bersedialah kamu dengan lima perkara, sebelum datangnya lima perkara.. antaranya nikmat sihat sebelum datangnya sakit. Nikmat sihat tak boleh dicari dimana-mana hatta anda mengembara ke hujung dunia sekalipun, tapi nikmat ini perlu dijaga dan dipelihara agar kita sentiasa dapat melakukan aktiviti harian dengan mudah tanpa rasa sakit.

Dahulunya Husein ada seorang kawan yang happy go lucky, sentiasa ceria dengan lawak jenaka nya dan sentiasa membuatkan orang lain tersenyum dan ketawa. Tapi bila satu hari Husein dapat khabar berita yang dia tengah telah terlantar kat hospital akibat usus perut tersumbat, maka doktor terpaksa membedah perut dia untuk keluarkan usus perut yang tersumbat tu. Sehari selepas pembedahan, Husein datang melawat dia. Of kos sedih dan simpati melihat keadaan dia yang masih lemah dan pucat.

Hari-hari bersamanya yang sentiasa meriah dengan lawak jenakanya kini sunyi dan hanya menunggu waktu untuk pulih sediakala. Alhamdulillah, lepas beberapa minggu keadaan dia semakin sembuh. Tapi, hanya Allah saje yang tahu betapa terseksanya tempoh nak sembuh tu… nak jalan pun susah.. nak makan pun kena pantang.. nak kena selalu makan ubat… fuhhhh…

Sekarang baru Husein sedar yang penjagaan perut merupakan perkara yang penting untuk kesihatan kita. Ubat yang paling mudah untuk penjagaan perut yang Husein ambik adalah Zinnia Inner Cleanse. Zinnia Inner Cleanse ni didatangkan dalam bentuk kapsul, so senang nak telan dan hanya perlu makan 1 kapsul 1 hari. Diformulasikan dengan 100% herba untuk mengatasi masalah penghadaman dan melegakan sembelit.
Sangat sesuai untuk dewasa dan remaja. Kanak-kanak, ibu mengandung dan breastfeeding women adalah sangat tidak digalakkan untuk ambil ubat ini. Korang akan dapat rasa kesan daripada ubat ni selepas 8 hingga 12 jam selepas makan. Lepas tu, korang akan kerap buang air besar sebab ubat ini akan membuang segala kotoran dan pulihkan sistem penghadaman dalam perut. Jangan lupa untuk minum air dengan cukup.

Zinnia Inner Clease ni jugak telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Husein sendiri dah try dan bagi kat kawan-kawan untuk cuba ubat ni dan terbukti sangat berkesan. So, lepas ni jangan kata abang tak payung pulak. Ni dah bebel banyak-banyak… ape tunggu lagi. Jangan dah sakit teruk-teruk baru nak makan ubat. Akibatnya korang akan merana dan menyesal di kemudian hari.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari:
Website: www.vtox2u.com
Read More

Thursday, 14 July 2016

Laman Web Online Pertama Untuk Mereka Tshirt Kegemaran Anda

ASSALAMUALAIKUM...

Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog Husein dan selamat bercuti.

Amboii.. happy nye korang beraya tahun ni. Bagus la sambut aidilfitri dengan meriah ditambah dengan sedara-mara yang datang dari jauh, boleh eratkan lagi hubungan yang sudah lama terpisah. Tapi Husein ada la jugak intai-intai pintu rumah, mana la korang yang tengah baca ni….. tak datang-datang pun kat rumah untuk beraya? Hahaha..

Tahun ni Husein beraya as team bujang lagi. Huhuhu… kawan yang lain ada dah ada anak, ada yang nak bertunang, ada yang baru nak kawen.  Tahniah diucapkan buat kalian. Semoga kekal bahagia dan sentiasa dimurahkan rezeki.

……………………………………………………………………………………………

Pernah suatu ketika dulu yang Husein nak sangat design baju sendiri. Tapi bila dah tahu yang kebanyakkan kedai cetak baju tak terima tempahan yang sehelai dua je, tapi mostly terima tempahan cetak baju yang berkuantiti banyak…wajib atas dari 10 helai baru diorang terima. Tu pun bila check balik, rupanya diorang cas mahal jugak la atas sehelai tu. Tak berbaloi langsung.

Tapi bila difikirkan…. aku nak la ada jugak baju yang aku design sendiri. Eh, mahal la diorang cas….. tapi nak jugak… mahal la, tak berbaloi nak buat sehelai je…… emmmmm… tapi nak jugak. Eh engko ni Husein, degil betol.

Bila dah tahu website Lightbulbapparel.com buat khidmat untuk korang design baju korang mengikut kehendak dan kemahuan beserta kreatifnya kepala otak korang untuk design baju, maka korang tak boleh lepaskan peluang ini sampai tua berjanggot. Takde kuantiti limit yang korang boleh tempahkan, bermakna korang boleh tempah dengan diorang baju sehelai je atau lebih mengikut berapa helai yang korang nak. Kalau nak design dan bagi kat isteri/suami korang yang satu tu pun boleh.
Kenapa korang patut design baju di website Lightbulbapparel ni?
  • -          Website online pertama yang menyediakan khidmat mereka baju
  • -          Jimatkan masa. Tak payah pergi kedai cetak baju yang jauh tu dah.
  • -          Boleh design mengikut citarasa korang. Nak letak muka korang pun boleh. Klik disini untuk terus mereka design baju korang.
  • -          Jenis kain yang berkualiti. Bila Husein pakai pun rasa selesa, tak panas dan lembut.
  • -          Tiada bilangan had minima untuk menempah baju.
  • -          Pembayaran yang mudah. Hanya klik sahaja. Done.
  • -          Penghantaran baju yang cepat dan terjamin.


Terima kasih Lightbulbapparel.com kerana menyediakan servis dan khidmat yang terbaik ini. Sekarang Husein dah ada baju sendiri dan tertera nama sendiri. Lepas ni, kalau korang ada nampak orang pakai baju ni, tegur-tegur la ye sambil sebut nama Lightbubapparel. So ape tunggu lagi? Pergi design baju korang sekarang.

Untuk info lanjut, boleh layari:
Facebook: LightBulb Apparel
Instagram: LoghtBulb.Apparel
Website: http://www.lightbulbapparel.com/
No. Telefon: +6016-9488806
Emel: help@lightbulbapparel.com
Address: 4A, Jalan SS4C/5, Taman Rasa Sayang, 47301, Kelana Jaya, Selangor.

#SoBi #lightbulbapparel

#lightbulb #lightbulbapparelmalaysia #manufacturer #designer #customization #customizedshirt #madeinmalaysia #malaysia #bajusupplier #supplier #diy #diyclothes #awesomeshirt #apparelconsultant #consultancy #custommade #onlinediy #madeonline #creativity #innovative #graphics #numberone #onlinedesign #website #studioofbrightideas #lbasobi
Read More

Friday, 24 June 2016

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah hari ni dah masuk 10 malam terakhir di bulan Ramadan. Maka berlumba-lumba lah semua umat Islam untuk mencari lailatul qadar kerana hanya pada bulan ini sahaja dikurniakan kelebihan yang serupa dengan seribu bulan. Tapi persediaan menyambut lebaran juga tidak dilupakan. Shopping compleks tetap meriah, tawarih pun tetap meriah.

Tahun ni Husein berkesempatan beraya di kampung. Sebelum ni pernah beberapa kali tak balik sebab berada di Mesir. Time dekat nak raya, memang terasa sikit perasaan rindu pada semua termasuklah juadah hari raya sekali. Sanggup berhabiskan kredit Voip untuk telefon keluarga semata-mata nak ucapkan selamat hari raya dan mintak maaf banyak-banyak kat keluarga dari hujung rambut sampai ke hujung kaki melalui handset Samsung Husein dulu.

Bila raya kat kampung ni mestilah nak kena lain sikit dengan beraya di perantauan. Macam-macam barang nak kena beli. Baju raya, kasut raya, beg raya… eh, beg raya? Ye laa.. untuk bawak balik kampung mestilah kena ada beg untuk isi baju kan. So, bila dah nak dekat raya ni Husein memang sibuk dengan belajar dan pada masa yang sama nak jugak bertemu lailatul qadar, means ibadah kena upgrade sikit. So, takde masa sangat la nak pergi mana-mana hatta kat bazar Ramadan sekali pun.

Bila dah tahu Nile.com.my ada buat Jualan Raya Meletop, memudahkan Husein untuk shopping di hujung jari sahaja. Tak perlu ke shopping kompleks atau bazar Ramadan yang jauh-jauh tu. Bila dah ada internet, semua urusan menjadi senang dan cepat. 

Klik banner di atas untuk maklumat lanjut.

So, dibawah ini adalah barang-barang yang mesti Husein ada untuk melengkapkan kemeriahan Husein ketika menyambut hari raya:

 ProductWatches

JLM2016 Sales price: RM15.50
Date: 17/06/2016
Time Start: 3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 100 units only (Sold out)


 ProductMen Shoes

JLM2016 Sales price: RM12.90
Date: 22/06/2016
Time Start:3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 460 units only sold out


Product:Classical Men Boat Shoes
JLM2016 Sales price: RM23.90
Date: 24/06/2016
Time Start:3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only


JLM2016 Sales price: RM13.70
Date: 16/06/2016
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 400 units only(Sold out)



ProductTraveler Backpack 
JLM2016 Sales price: RM19.90
Date: 30/06/2016
Time Start:3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only

Sebenarnya banyak lagi barang yang korang boleh shopping online kat website tu. Harga pun murah-murah. Kawan Husein pun terkejut dengan barang-barang yang ada kat website tu sekali dengan harga dia. Katanya "Kenapa murah sangat ni?". hahaha...
Read More

© Husein Rider, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena