Husein dalam Utusan Malaysia

Aidilfitri hari yang dinanti,
Bergema takbir di pagi hari,
Tiba Syawal riangnya hati,
Kembali fitrah mensucikan diri.

Husein hadiahkan pantun khas ini kepada semua pembaca setia blog HuseinRider.blogspot.com yang tak pusu-pusu membaca blog ni. Dikesempatan ini jugak Husein ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir dan Batin, Taqabbalallahu minna wa minkum, semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan yang lalu diterima oleh Allah.

Apa cerita dengan raya korang tahun ni?? Mesti best kan?... Dapat jumpa sedara-mara yang jauh dan jarang jumpa. Ada masa yang terluang ni la nak kita saling bermaaf-maafan dan mengeratkan sillaturrahim yang sekian lama terjalin.

Aidilfitri ni jugak Husein masuk paper sekali lagi. Dua tahun berturut-turut Husein masuk paper. Yang tahun lepas punyer citer ada kat sini. Tapi citer yang lepas dan yang tahun ni berbeza. Kali ni Husein masuk paper kerana nak kongsi pengalaman Husein beraya sambil bercuti atau disebut 'Libur Syawal'.
Cerita Husein ada di paper Utusan Malaysia di ruangan Citra Orang Muda (COM) muka surat yang ketiga. So, kalau korang ada beli paper Utusan Malaysia kelmarin, korang ada nampak la muka yang tak berapa nak hensem sangat kat sebelah kiri bawah.

''Katanya, tanpa perlu menunggu ketibaan Syawal, dia juga akan menggunakan kesempatan setiap kali tamat peperiksaan akhir semester untuk berjalan-jalan dengan teman sekuliah ke tempat-tempat menarik sekitar Mesir.'' - Tu la serba-sikit ayat yang ada dalam paper tu.

Husein nak ucapkan jutaan terima kasih kepada wartawan Utusan Malaysia kerana sudi interview Husein pada bulan Ramadhan hari tu. Tapi, bukan bermakna bila Husein masuk paper ni, Husein la yang pandai sangat bab-bab travel ni... hakikatnya banyak lagi destinasi percutian idaman Husein yang Husein tak sampai lagi. InsyaAllah, kalau ada rezeki dan diberi kesempatan nanti Husein akan pergi jugak kat sana.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)

15 ulasan:

  1. bestnyaa~ tahniah! selamat hari raya~ :)

    BalasPadam
  2. wooo..seronoknya msuk paper..ehek..

    BalasPadam
  3. Amboi..masuk paper suda. ^_^ orang ganu rupenye. Baru tahu. Haha XD

    BalasPadam
  4. Salam perantauan, salam aidilfitri.. hehehe teringinnyaaa nak macam ni

    BalasPadam
  5. tahniah. bukan senang nak masuk paper tu hihi

    BalasPadam
  6. Tahniah! berkongsi pengalaman menjadi perantauan di negara orang. ;)

    BalasPadam
  7. huntonglahhh.....kita sempat duk setahun jaa Mesir...pastue family suh balik :((

    BalasPadam
  8. Salam Aidilfitri Husein :)
    Maaf zahir batin yer

    BalasPadam
  9. selamat hari raya husein rider.. =p

    BalasPadam
  10. pewitt abang hensem masuk paper la

    BalasPadam
  11. wahh..bukan senang tu nak masuk utusan.

    tahniah ye.

    BalasPadam
  12. Tahniah husin....kali kedua masuk paper tuh...besttt salam perantauan dia hehehhe

    BalasPadam
  13. Bestnya alahai dapat masuk paper. feeling ala2 selebriti tak? ;)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.