Percutian Bajet ke Pulau Perhentian - PART 2


Memandangkan ramai yang bagi respon yang positif pada entri PART 1, maka gigih betol Husein update untuk entri sambungan PART 2 ni. Mintak maaf banyak-banyak sangat kerana lambat update memandangkan Husein tak ada kekangan masa yang banyak akibat kerja.

Cerita bab kerja, Husein nak lupakan sekejap kerja-kerja yang dibuat ni dan nak imbas kembali ‘kerja-kerja’ yang dibuat kat Pulau Perhentian dulu. Memang kerjanya adalah menghabiskan baki hari-hari yang tertinggal sebelum pulang ke rumah dalam keadaan gembira dan puas. Oleh kerana namanya dah Pulau Perhentian, of kos la ada hutan kat pulau tu kan. Hutan-hutan kat sini tak la bahaya sangat. Kalau nak jumpa harimau singa tu memang takde la. Kalau kera dan beruk memang ada. Even mase time Husein pergi hari tu pun ada. Tapi, selagi korang tak ganggu diorang, diorang takkan ganggu korang jugak. Itu prinsip dia.

Aktiviti jungle trecking dah Husein buat sejak hari pertama kat sana. Semuanya gara-gara nak tengok hutan berhampiran tapak khemah kitorang tu tembus kat mana. Gigih jugak kitorang jungle trecking kat sana…. Naik bukit, lompat kayu besar, jalan curam dan licin, semak samun, jumpa mat salleh… hahahaha…. Ya, kitorang jumpa mat salleh jungle trecking macam kitorang. Ingatkan diorang ni tak la minat sangat jungle trecking ni. So, bagi korang yang plan nak kesini jangan lupa listkan aktiviti jungle trecking dalam list korang. Mat salleh pun jungle trecking jugak tau.
Tak tahu macam mana nak tafsirkan raut wajah ni sama ada letih atau excited.

Kitorang jungle trecking bermula dari tapak khemah kitorang, Teluk Keke tembus sampai ke Floral Bay. Kat sini banyak kedai-kedai makan dan mat salleh yang tinggal. Tempoh jungle trecking kitorang dalam 45 minit gitu. Jugak jangan sesekali jungle trecking pakai selipar, alamatnya korang akan mudah sakit kaki la. Untuk yang first time jungle trecking memang akan cepat rasa penat, so sebelum bertolak tu bawak la air botol untuk kekalkan stamina. Tapi mujur Husein dah ada pengalaman mendaki Gunung Sinai kat Mesir dulu. So, tak la rasa penat sangat. Lagipun Husein memang minat meneroka alam semulajadi ni. 24 jam mengadap kereta, bangunan, office, jalan raya dan macam-macam lagi… bila dah jungle trecking ni baru la terasa betapa cantik dan nikmatnya alam semulajadi yang indah dengan dipenuhi pokok-pokok dan tumbuhan yang menghijau.

Last but not least, kitorang pergi ke Perhentian Kecil untuk membuat aktiviti pecah lemak (walaupun dah kurus kering ni) untuk menaiki tangga ke puncak kincir angin. Kalau korang nak bercuti kat sini, korang wajibul ghunnah datang sini. Kalau tak datang, memang korang akan menangis guling-guling sebab view kat sini sangat ohsem dan cantik. Oleh kerana view kat sini sangat menarik perhatian, maka ibadah selfie sangatlah dituntut oleh semua yang hadir. Hahahaha….
Dah sampai pun di kincir angin.

Bila kitorang habis teroka kawasan ni dan nak balik naik bot, tiba-tiba kitorang di tegur oleh driver bot tu….

“Gane, best dop naik atah nung?”
(“Macam mana, best tak naik atas sana?”)

“Waaahhh… (sambil hembus nafas lega), best la pok. Boleh tengok belake dari atah nung.”

“hahaha… doh mu ada kira dop berapa utey tangga hok mu naik ni?”
(“dah korang ada kira tak berapa anak tangga yang korang naik ni?”)

“Dop kire stabok pok eh..”
(“Tak kira langsung pak cik eh”)

“Hahaha… dulu pok ade naik gop sapa pucok nung. Tapi time mude-mude dulu la… time tenaga kuat lagi.. lening dop rok doh. Dulu pok kire anok tangga dekat 900 lebih hok ade”
(“dulu pak cik naik jugak sampai atas sana. Tapi time muda-muda dulu la.. time tenaga kuat lagi.. sekarang tak larat dah. Dulu pak cik kira anak tangga ade lebih kurang 900 lebih”)

bila Husein terdengar pak driver tu cakap macam tu, Husein betol-betol tak sangka yang Husein dapat naik anak tangga sampai ke puncak dengan bilangan sebanyak tu. Husein macam terpinga dan terdiam sekejap. Dalam hati cakap, “biar betol.. kadang-kadang nak naik tangga rumah pun aku dah letih”.

Itu la serba sedikit pengalaman Husein dan team backpackers yang lain di Pulau Perhentian bulan lepas. Husein rasa bersyukur sangat kerana dapat pergi ke sini memandangkan dah lama berhajat nak ke sini tapi ada sahaja masalah yang timbul. Setakat ni, ini lah pulau yang paling cantik di Malaysia yang pernah Husein tengok. InsyaAllah kalau ada rezeki Husein akan datang ke sini semula untuk masa yang akan datang. 

Honeymoon maybe??... huhu.

4 ulasan:

  1. tq for this sharing!!! yayac dari BW UZU ...BW sini....yayac dah follow sini....mohon follow blog & komen murni di entry yaya

    http://www.yayacendana.com/2015/09/kaio-studio-photographer-videographer.html

    tq.... :)

    BalasPadam
  2. Wow, these are nice place in the wrold, now everyone found here. Thanks for give sharing this to all together.
    Regards - Blot Tutorial Supporter

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.