Kembara Ilmu Tiga Buah Negeri - Part 1

Satu hari, satu negeri. Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka. Ohh… dah agak lama Husein tak menjejakkan kaki ke tiga negeri ni. Terutamanya Negeri Sembilan dan Melaka. Husein pun hampir-hampir lupa bila last time pergi ke sini. Mungkin enam atau tujuh tahun dulu kot. Kali terakhir jalan-jalan kat Bandaraya Bersejarah Melaka waktu time lawatan sekolah dulu. Zaman budak hingusan baru nak up. Hahaha…

Now I want to keep my memory about this rarely travel stories into this blog. So that I am not forget when I already visit here next time one day.

Pada hari pertama, Husein berpeluang untuk solat Subuh berjemaah di Masjid Negara. I think it was my first time datang sini. Masjid yang cantik dan kemas. Para petugas masjid/ajk masjid pun berpakaian kemas(berbaju melayu dan sampin) dan sentiasa membantu para jemaah yang tak pernah datang sini untuk tunjuk arah (macam Husein yang tetiba sesat kat mana nak cari tandas). Masjid ini lah selalu keluar di kaca tv ketika solat Jumaat.
Ada nampak muka bakal imam masjid negara tak? hahaha...
Kalau sebut je KL, mesti orang ramai akan menggambarkan bahawa KL ni selalu sibuk dengan traffic jam dan bangunan pencakar langit yang banyak. Tapi tak ramai yang tahu bahawa di KL ni terdapat hutan simpan yang betul-betul berada di tengah-tengah bandar KL iaitu berdekatan dengan KL Tower.

KL Forest Eco Park adalah hutan simpan yang unik dan wajib korang lawati ketika singgah di KL. Keunikan hutan simpan ini adalah dipenuhi dengan pokok-pokok yang jarang kita lihat. Selain tu, korang boleh berjalan di atas jambatan gantung yang banyak yang mana korang boleh lihat hampir keseluruhan kawasan Eco Park ni. Last but not least, korang boleh ambik gambar bersama dengan menara KL Tower yang terletak memang dekat dengan korang. Menara KL Tower hanya duduk atas kepala korang je. (Kalau KL Tower ni tetiba runtuh, memang tak sempat mengucap la jawabnya). Yang penting, nak masuk kat KL Forest ni free je.
Paparazi dimana-mana.. sibuk je. hahaha...

Masa ni muka masing-masing dah mula nak cari air. Lama lagi ke nak berjalan atas jambatan gantung ni..!!

Captain Jack Sparrow bersama dua ekor burung peliharaannya.


Lepas penat round satu hutan simpan ni, kitorang ambek aura manisan pulak kat Chocolate Museum di Kota Damansara yang sesuai untuk yang gilakan coklat. Kalau korang pergi booking awal dan pergi beramai-ramai, korang akan disediakan beberapa orang guide. Yang penting guide tu free je. Nak masuk sini pun free. Selain tu, korang jugak boleh tengok macam mana pembuatan coklat dihasilkan depan mata. Tapi Husein hari tu langsung tak dapat tengok sebab terlalu ramai sangat makhluk yang sukakan coklat rupanya. Ingatkan budak-budak je yang suka. Eh??
Iklan gigi jap depan Chocolate Museum. Coklat kan manis, kena la belanja senyuman manis satu sebelum masuk.

Yang penting, kat sini korang boleh tahu sejarah tentang coklat yang mana ianya bermula di negara Afrika kerana disana terdapat banyak pokok koko dan tanah kat sana pun sangat subur dan sesuai untuk tanaman pokok koko ni. Kat Malaysia?? Kat negara kita langsung takde ladang pokok koko sejak azali lagi kerana jenis tanah yang tidak sesuai dan iklim negara kita yang panas kering. (Kalau tanam tebu ditepi bibir tu boleh la).
Bagi hadiah sikit tanda kenang-kenangan. Terima kasih chef kerana sudi belanja kami coklat sikit. Lain kali bagi la yang besar punye yer. hahaha...

Selain tu, kat sini korang boleh shopping coklat dengan tamaknya. Terdapat banyak jenama coklat yang boleh korang dapat dengan harga rendah termasuklah jenama coklat dari luar negara. Kalau korang memang minat dengan coklat, kat sini ibarat syurga coklat untuk korang kerana dikelilingi oleh coklat yang banyak sampai pening nak beli mana satu. Terasa macam dalam filem cerita omputih yang pasal candy coklat tu pun ada jugak.

1 ulasan:

  1. Memang menarik KL Tower terbaru ni, banyak juga aktviti yang boleh dibuat kat situ sekarang ni. :D

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.