Gunung Jerai: The Last Minutes Plan

ASSALAMUALAIKUM...

Amboi kau Husein, tajuk post macam nama filem dah. hahaha.. Ape pon, korang layan je la yer.


There’s a lot things to do when holiday is running. Some people like to have a job because of unstable economy, some of them like to stay at home spending time with family. But some of them tak dapat duduk diam dalam rumah dan ada sahaja kerja atau plan nak pergi mana-mana, and that was me. Yes.. me, writing this story and sharing with you.

This time I want to share with you guys my past hiking experience. It was 2 months ago at Kedah. Kedah is very famous about mountain because it have so many. This time I decided to hike at Gunung Jerai, the famous, beautiful and amazing mountain.

Mujur Husein ada dua orang kawan yang sama-sama minat hiking jugak. Boleh la temankan. Pada mulanya plan asal nak hiking dua gunung, iaitu Gunung Baling dan Gunung Jerai… tapi oleh kerana hujan turun dengan lebat pada hari pertama kami menjejak kaki di Kedah memaksa kami tukar plan untuk hiking satu gunung sahaja iaitu Gunung Jerai.
 Nature has music for those who listen.

Pendakian kami bermula seawal jam 9 pagi. Oleh kerana kawan Husein ada sedara yang tinggal di kaki gunung tersebut, maka kami menggunakan khidmat kereta untuk mendaki gunung Jerai. Oh yerr, kat Gunung Jerai ni ada jalan tar untuk aktiviti berbasikal, jogging dan mendaki. So, korang boleh gunakan khidmat sewa kereta/van untuk sampai dengan lebih cepat kat puncak atas sana.
 Face your fears and wipe your tears. Never give up and grow stronger. Never let your fear decide your future.

Sampai di pertengahan jalan, korang terpaksa turun dari kenderaan korang sebab sampai kat situ je kenderaan boleh masuk, selebihnya korang terpaksa hiking sikit lagi untuk sampai ke puncak. Untuk pengetahuan korang, di Gunung Jerai ni terdapat tiga jalan untuk sampai ke puncak. Pertama adalah menggunakan jalan tar atau jalan depan. Kedua adalah jalan seribu anak tangga dan ketiga adalah jalan komander atau jalan hutan. So, korang boleh pilih nak jalan yang mana satu. Tapi yang paling cepat adalah menggunakan jalan tar.
Kat sini bukan puncak Gunung Jerai lagi, tapi ketinggiannya dah mencapai 986 meter.


Di atas Gunung Jerai ni terdapat hotel mewah, masjid dan camp site untuk persinggahan atau tempat membuat program. Kitorang sempat rehat kat sini kejap sebab pemandangan kat sini pun agak cantik jugak. Kalau la one day ada yang nak sponsored Husein tido kat sini kan seronok. Tido kat hotel mewah atas gunung. Huhuhu.. berangan kejap.

Lepas tu, kami teruskan pendakian untuk sampai ke Padang Tok Syeikh dimana kat sini la korang boleh tengok view yang cantik. Kami luangkan masa kat sini hampir sejam sebab view dia memang cantik dan terpesona.
Lagi beruntung kalau korang dapat layan sunset atau sunrise kat sini. Husein sampai sini dah tengahari dah, tapi kitorang still kena pakai baju sejuk dan view dia masih nampak cantik bersama angin berdayu-dayu datang.


Alhamdulillah syukur sangat kami dapat menawan Gunung Jerai kali ni. Mujur la takde kemalangan atau kecelakaan yang berlaku. Allah permudahkan segala urusan mendaki dan menurun hingga sampai ke rumah dengan selamat. Lepas ni Gunung Berembun a.k.a Gunung CBL menanti untuk ditawan. Kat sana lagi banyak view dan air terjun yang cantik. Nantikan cerita tu pada entri post yang akan datang. Adiosss…
Kalau singgah Kedah, tak sah kalau tak makan Pasembur. Rugi la kalau tak dapat rasa. Lepas penat mendaki, layan Teh O Ais dengan Pasembur Special pun sedap.

4 ulasan:

  1. Bestnyaa hiking. Lama sungguh tak hiking nih.

    Seram betul gambar yang berdiri atas pagar tu. Pagar ke orang sebut eh? Hmmm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila fikirkan semula.. seram jugak berdiri atas pagar tu. tapi bila time nak ambek gambar tu takde rasa takot pulak. hahaha...

      Padam
  2. Mashaa Allah

    BalasPadam
  3. Saya suka gunung jerai.pemandangan yang cantik, sejuk dan nyaman!

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.