Pasti Dapat Jimat Berganda di Ezbuy

ASSALAMUALAIKUM...

Kalau dulu di zaman internet baru nak ada dan mahal bayar tiap-tiap bulan, memang menjadi satu kesusahan apabila nak cari maklumat. Nak guna internet pulak kena pergi cybercaf√© baru jimat…

Tapi sekarang zaman dah banyak berubah. Nak google atau search internet pun dah senang hanya di hujung jari je. Selain bersosial, Husein pun pernah membeli barang secara online kat internet.

Sekarang shopping online bukan jadi masalah lagi. Bahkan dah jadi perkara biasa dan agak pelik bila seseorang tu tak pernah shopping online. Mana tak nya, bila shopping online ni korang dapat jimatkan banyak perkara dan tak payah pergi beli barang kat pasaraya yang jauh-jauh nu. Nak pergi kat sana pun kena isi minyak kereta lagi, kena bayar tol lagi, kena habiskan masa kat sana lagi.

Walhal, korang ada banyak lagi perkara yang nak diselesaikan termasuklah kerja seharian. Tapi kalau korang shopping online, benda-benda tu semua korang boleh elakkan.

Husein pernah terjumpa perabut yang cantik macam kat atas ni yang dijual dengan harga yang sangat murah beb. First time tengok macam tak percaya dengan harganya. Tetiba mata terbonjol keluar…. lap-lap kan mata banyak kali. Adalah aku bermimpi? Hahaha… Kebetulan memang Husein tercari-cari meja study sebab dah pindah rumah sewa yang baru untuk sem depan. So, kalau ada satu meja study macam ni, senang la untuk Husien study dan lebih selesa untuk menaip/blogging depan laptop kan.

Yang lelaki pulak mesti tercari-cari barangan kenderaan korang kan? Yang kaki moto mesti selalu cari helmet macam kat bawah ni. Design dan rekaan yang kemas dan cantik. Sape yang tak terpikat wehh. Harga pun takde la mahal sangat. Kalau pergi kat kedai moto kat luar ni, mesti harga dia dah beratus dah. Kalau yang ni, korang boleh jimat banyak. Warna pun boleh pilih nak warna kegemaran korang. Tak perlu risau sangat dah.

Ada satu lagi barang yang berbaloi untuk korang shopping, iaitu beg backpacker. Husein tahu semua orang suka travel jauh-jauh pakai beg besar kat belakang sebab senang bawak ke mana-mana. Nak hiking ke, jalan-jalan tepi pasar Medan atau Thailand ke, makan angin kat Pulau Perhentian ke… beg ni memang sesuai. Murah pulak tu kalau nak dibandingkan dengan harga kat kedai.

Semua barang yang Husein bagitau kat atas tu korang boleh jumpa di laman web shopping online iaitu ezbuy. Ezbuy merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan membeli-belah dalam talian yang semakin meningkat popular sejak 2010. Sehingga ke hari ini, ezbuy menyediakan perkhidmatan untuk membeli-belah pelbagai barangan dari China, Taiwan dan Amerika Syarikat dengan harga yang sangat berpatutan.

Satu lagi keistimewaan ezbuy ni adalah korang boleh beli barang seberapa banyak dan seberapa berat sekalipun dengan fungsi PRIME. Korang hanya perlu bayar RM8.80 untuk semua jenis penghantaran termasuklah barangan perabut yang berat gedabak tu. Sesetengah shopping online akan mengenakan cas penghantaran berdasarkan berat barang tu, tapi dengan PRIME, korang tak payah pening kepala lagi. Jimatkan??
So, bila dah tahu macam tu… korang dapat jimat berganda. Dah la harga yang ditawarkan adalah sangat murah, lepas tu kos penghantaran pulak adalah sikit je... korang tempah la barang banyak mana atau berat macam tukul Thor sekalipun. Dan khas untuk pembaca Husein, kali ni Husein nak bagi baucer RM15 jika korang tekan pada link yang berikut: https://marketing.ezbuy.my/ezbuyMobileRegister/index_v2_MY.html?identId= . Eh, dapat jimat lagi!! Untuk la korang yer.

Ehem.. dah tahu harga pun murah, sudi-sudi lah belanja Husein ni yerr.. hahahah. Selamat membeli belah di ezbuy untuk korang semua. Raya pun dah dekat, apa lagi... cepat la shopping.

1 ulasan:

  1. utung bagi yang akaun prime. lagi-lagi benda yang berat atau besar2.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.