Puasa Ganti: Cara dan Berpuasa Kepada Orang Lain

ASSALAMUALAIKUM...
Pengertian: Puasa Ganti
      Puasa menurut bahasa adalah menahan.
      Menurut Syarak: puasa adalah suatu ibadah kepada Allah SWT dengan cara menahan diri dari makan, minum, hawa nafsu, dan hal-hal lain yang dapat membatalkan puasa sebelum terbit matahari/subuh hingga matahari terbenam/maghrib beserta dengan niat.
      Qadha'” adalah bentuk masdar dari kata dasar “qadhaa”, yang artinya; memenuhi atau melaksanakan. Adapun menurut istilah dalam Ilmu Fiqh, qadha dimaksudkan sebagai pelaksanaan suatu ibadah di luar waktu yang telah ditentukan oleh Syariat Islam. Misalnya, qadha puasa Ramadhan yang berarti puasa Ramadhan itu dilaksanakan diluar waktu bulan Ramadhan.
      Namun demikian, menurut para ahli bahasa Arab, penggunaan istilah qadha di sama ertikan dengan perkataan ‘’ada’an” yang artinya melaksanakan suatu ibadah pada waktu yang telah ditentukan oleh Syariat Islam.
      Namun apa yang hendak difokuskan disini adalah berkaitan dengan hukum dan cara pelaksanaan puasa ganti dan bukan hanya pada tatabahasanya.


Pensyariatan: Puasa Ganti
Dalil Al-Quran: Surah Al-Baqarah, ayat 184
184.  (yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan[114], Maka Itulah yang lebih baik baginya. dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu Mengetahui.

Dalil Sunnah
مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامٌ صَامَ عَنْهُ وَلِيُّهُ
“Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki kewajiban puasa, maka ahli warisnya yang nanti akan mempuasakannya. ”

Berdasarkan dalil-dalil yang disebutkan, maka sudah terang lagi bersuluh bahawa kewajipan menggantikan puasa yang ditinggalkan adalah wajib dan berdosa sekiranya beliau tidak menggantikan puasanya itu sebelum meninggal dunia. Selain itu, membayar fidyah juga wajib ditunaikan selama mana hari yang ditinggalkan. Jika tidak, seseorang itu layak mendapat seksaan Allah. Hal berkaitan fidyah akan diterangkan selepas ini.

Waktu/Tempoh Qada’
Waktu dan kesempatan untuk melaksanakan qadha' puasa Ramadhan sangat panjang yakni sampai bulan Ramadhan berikutnya. Sebaiknya qada puasa dilaksanakan dengan segera karena tidak mustahil jika ada alasan tertentu yang belum juga melaksanakan qadha' puasa Ramadhan, sehingga tiba bulan Ramadhan berikutnya. Sepertimana firman Allah:
 أُولَئِكَ يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَهُمْ لَهَا سَابِقُونَ
Mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya.” (QS. Al Mu’minun: 61)

Penangguhan atau penundaan pelaksanaan qadha' puasa Ra­madhan sehingga tiba Ramadhan berikutnya –tanpa halangan yang sah–, maka hukumnya haram dan berdosa. Sedangkan jika penangguhan tersebut akibat uzur syarie, maka tidaklah berdosa.

Walaubagaimanapun, melakukan puasa pada hari yang diharamkan berpuasa seperti dua hari raya, maka puasanya tidak sah dan tidak dikira.

Adapun orang yang meninggal dunia sebelum memenuhi kewajiban qadha' puasa Ramadhan, sama ertinya dengan mempunyai tunggakan hutang kepada Allah swt. Oleh sebab itu, pihak keluarga wajib memenuhinya.
Sabda Rasulullah saw. :
مَن مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيُامْ أُطْعِمَ عَنْهُ مَكَانَ يَوْمٍ مِسْكِيْنٌ
"Siapa saja meninggal dunia dan mempunyai kewajiban puasa, maka dapat digantikan dengan memberi makan kepada seorang miskin pada tiap hari yang ditinggalkannya." (HR Tirmidzi, dari Ibnu 'Umar)

Cara ibadah Puasa Ganti
Cara melakukan ibadah puasa ganti adalah sama seperti puasa wajib, melainkan pada niat sahaja. Lafaz niat:
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى
Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala

Niat itu tidak semestinya menuntut kepada satu lafaz yang khusus, namun bagi meyakinkan diri dan memantapkan niat bolehlah dibaca lafaz niat menggantikan puasa seperti yang disebutkan. Waktu berniat puasa ganti ini adalah sama dengan waktu puasa Ramadhan iaitu pada waktu malam dan berakhir ketika masuk Subuh. Kalau berniat selepas Subuh, maka tidak sah puasa ganti itu. Keadaannya sama macam puasa Ramadhan.

Selain itu juga, ibadah puasa ganti tidak lah diwajibkan untuk berpuasa secara berturut-turut sehingga habis bilangan puasa gantinya, sebaliknya ia boleh membuat pilihan sama ada berturut-berturut atau berasingan berdasarkan sabda Nabi:
قَضَاءُ رَمَضَانَ إنْ شَاءَ فَرَّقَ وَإنْ شَاءَ تَابَعَ
“Meng-Qadha’ (puasa) Ramadhan itu, jika seseorang berkehendak, maka ia boleh melaksanakannya secara terpisah. Dan jika ia berkehendak, maka ia boleh menunaikannya secara berurutan. ” (HR. Daruquthni)

MengGABUNGkan niat Puasa Ganti dengan Puasa Sunat seperti puasa sunat Syawal
Terdapat IJTIHAD ULAMA yang membolehkan gabung dan wujud juga yang tidak membolehkan, justeru persoalan UTAMA yang tinggal kini boleh BOLEH ATAU TIDAK MENGGABUNGKAN tetapi lebih kepada manakah kaedah yang terbaik untuk DIRI. Jika ditanya kepada saya, jawabnya adalah SANGAT ELOK tidak digabungkan JIKA MAMPU DAN BERKINGINAN GANJARAN TERBESAR, justeru elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan dianggap sebagai RUKHSAH  "keringanan" bagi mereka yang mempunyai KESUKARAN kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie
Tidak tahu bilangan hari puasa ganti
Dalam isu menggantikan puasa, tidak mustahil terjadi bahawa jumlah hari yang harus qadha' puasa itu tidak dapat dikenalpasti oleh sebab sudah terlalu lama, atau ragu-ragu atau memang susah diketahui jumlah harinya.

Dalam keadaan seperti ini, alangkah bijak jika kita tentukan saja jumlah hari yang paling maksimum. Dimana ibadah wajib ini harus untuk dilakukan secara berlebihan. Jika ianya sudah cukup disisi Allah untuk menggantikan puasa seseorang itu, maka pahala puasanya itu dikira sunnat yang mana akan menjadi satu kelebihan baginya untuk menampung pahala wajib.

Puasa Ganti kepada orang lain
1.      Ganti Puasa orang lain yang masih hidup
Para ulama bersepakat tidak boleh seseorang berpuasa bagi orang lain semasa hidupnya dan seandainya dia berpuasa baginya maka tidaklah sah dan tidak menghilangkan kewajiban orang tersebut.

Demikian juga jika berlaku kepada suami yang ingin menggantikan puasa isterinya yang tidak lagi digantikan kerana sarat hamil dan sering mengalami mual dan muntah-muntah yang tidak membolehkan dia untuk berpuasa, maka puasa suaminya itu tidak sah kerana hanya empunya tuannya sahaja yang layak untuk menggantikan puasanya.

Masalah ini juga turut sama berlaku dalam bab solat. Jika tertinggal solatnya, maka hanya dia sahaja yang layak menggantikan solat tersebut, tidak boleh mewakilkan orang lain untuk menggantikan solat tersebut hatta ibu bapanya atau antara suami dan isteri.

2.      Ganti Puasa orang lain yang telah meninggal dunia
Adapun dalam ibadah pelaksanaan qadha' puasa Ramadhan tersebut, ada dua pendapat yakni; Pendapat pertama, menyatakan bahwa; pelaksanaan qadha' puasa Ramadhan orang yang meninggal dunia tersebut harus diganti dengan fidyah, yaitu memberi makan sebanyak 0,6 kg bahan makanan pokok kepada seorang miskin untuk tiap-tiap hari puasa yang telah ditinggalkannya. Sabda Rasulullah saw.:
مَن مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيُامْ أُطْعِمَ عَنْهُ مَكَانَ يَوْمٍ مِسْكِيْنٌ
"Siapa saja meninggal dunia dan mempunyai kewajiban puasa, maka dapat digantikan dengan memberi makan kepada seorang miskin pada tiap hari yang ditinggalkannya." (HR Tirmidzi, dari Ibnu 'Umar)

Pendapat kedua, menyatakan bahwa; jika orang yang memiliki kewajiban qadha' puasa meninggal dunia, maka pihak keluarganya wajib melaksanakan qadha' puasa tersebut, sebagai gantinya. Dan tidak boleh dengan fidyah. Sabda Rasulullah saw.:
مَنْ مَاتَ وَ عَلَيْهِ صِيَامٌ صَامَ عَنْهُ وَلِيُّهُ
"Siapa saja meninggal dunia dan mempunyai kewajiban qadha puasa, maka walinya (keluarganya) berpuasa menggantikannya." (HR. Bukhari dan Muslim, dari Aisyah)

Pendapat kedua ini, kami kira lebih kuat kerana hadits yang mendasarinya shahih. Sementara pendapat pertama dinilai lemah kerana haditsnya yang dihukumkan marfu', gharib atau mauquf.

Hukum berkaitan Fidyah
Pengertian Fidyah: merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Dalil pensyariatan Fidyah: Surah Al-Baqarah ayat 184,
dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin

Hukum Fidyah: Membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Sebab-sebab Dikenakan Fidyah
1. Uzur menunaikan puasa wajib
Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

2. Perempuan hamil
Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

3. Ibu yang menyusukan Anak
Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

4. Orang yang telah meninggal dunia
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

5. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Taksiran Fidyah
(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak Beras) = FIDYAH

Ini adalah assigment saya dalam subjek Fiqh kitab & Sunnah bertajuk Puasa Ganti dan Puasa Ganti kepada orang lain yang sengaja saya kongsikan disini buat rujukan pembaca. Jika terdapat beberapa maklumat yang salah, harap ditegur dan dinasihatkan.

2 ulasan:

  1. baru tahu boleh ganti puasa orang yang dah meninggal dunia. thank you sharing this!

    hanisamanina.com

    BalasPadam
  2. saya sering meniggalkan puasa, apakah boleh diganti?

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.