Incridible India: Taj Mahal, Semahal Nilai & Kenangannya

Pada tanggal 2 Ogos yang lalu, Husein pergi meninggalkan negara tercinta untuk membawa diri ke negara asing yang langsung tiada di dalam wishlist Husein sebagai negara yang paling Husein idamkan untuk pergi. Pada asalnya, plan untuk pergi ke sana diajak oleh Kak Ema,selaku leader team backpacker kami pada tahun lepas… kebetulan pada waktu itu tiket flight memang murah, hanya lebih kurang RM600.
Negara yang Husein maksudkan itu adalah negara India.
 Namastee India

India terkenal dengan tagline ‘Incridible India’. Jadi kami seramai tujuh orang, iaitu Kak Ema, Kak Aju, Kak Oshin, Kak Diela, Kak Bee, Rafiq dan Husein sendiri berpakat ke negara tersebut untuk menjelajah dan meneroka sejauh mana incridiblenya India ni. Tiada tour guide, tiada pakej yang kami ambil… kami hanya travel ke negara tersebut secara backpacker atau plan sendiri.
Bergambar dengan background bas awam yang cantik kat belakang.

Kami sampai di India pada waktu malam di New Delhi. Sejurus selepas itu, kami terus check in hotel untuk tidur dan berehat di Hotel Aditya Inn, Mahipalpur. Keesokkan harinya kami terus bergerak ke Agra menuju ke Taj Mahal dan beberapa tempat lain lagi. Perjalanan dari hotel kami ke sana memakan masa hampir empat jam.
Near side of Taj Mahal

Sebaik sahaja kami tiba ke kawasan Taj Mahal, kami disambut oleh seorang lelaki rakyat sana untuk sukarela menjadi guide kami sepanjang kami berada di Taj Mahal. Husein pernah dengar, ada yang mengatakan jangan ambil sebarang guide di Taj Mahal tersebut takut-takut akan dicaj lebih. Tapi ini berdasarkan kepuasan dan belanja anda. Kalau nak dengar cerita-cerita menarik sepanjang disana sambil layan view Taj Mahal, anda boleh ambil guide disini. Kalau sekadar nak bergambar sakan, maka tak payah ambil. Just ignore je guide tu walaupun kadang-kadang anda terpaksa berkeras dan bergaduh sebab mereka terlalu memaksa anda untuk gunakan khidmat mereka.
The amazing Taj Mahal

I still can’t believe that I had watch and enter one of the Seven Wonders of The World. Selepas piramid di Giza, Mesir… ini adalah tempat kedua berjaya Husein sampai yang termasuk dalam Seven Woders in the World.(Klik: Backpacker ke Piramid, Giza) It had been one of my childhood dream. Selama ni tengok kat dalam tv je, sekarang tak sangka dah ada depan mata… seolah-olah masih tak percaya dengan rekabentuk keajaiban Taj Mahal ni.

Setiap kali berjalan-jalan sambil mendengar celoteh guide kami bercerita, setiap kali itulah Husein tak lepas dari mengambil gambar di Taj Mahal ni. Ada tiga kamera yang Husein pegang… kamera handset, Gopro Hero 5 dan kamera DSLR… semuanya Husein guna untuk snap dekat Taj Mahal ni. Kadang kala pening jugak dah tak tahu mana satu nak guna.
Sudut paling win sekali di Taj Mahal. Jarang fotografer akan ambil sudut macam ni.

Nampak tak betapa excitednya bila dah ada kat Taj Mahal. Lagipun tiket nak masuk kat sini agak mahal iaitu 1000 rupee seorang, so kena la ambil kenangan sebanyak mungkin kan. Kalau tak, tak berbaloi la bayar mahal-mahal.

Maksud perkataan Taj Mahal adalah Istana Mahal. Mahal merujuk kepada nama isteri Shah Jahan, iaitu Maharaja ketika itu yang bernama Mumtaz Mahal. Taj Mahal merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima yang meninggal dunia. Mula dibina pada tahun 1632 dan siap tahun 1648. (Sumber: Wikipedia)

Untuk pengetahun korang semua, kerajaan India sedang merangka untuk membina Taj Mahal yang kedua yang berwarna hitam yang mungkin dinamakan sebagai Taj Hitam sebagai lambang untuk kemegahan anak Shah Jahan

Sudah semestinya gambaran Husein tentang negara India ini adalah 100% salah. Dahulu Husein menganggap India adalah sebuah negara yang kotor, tiada adab, tiada kemajuan dan tiada apa yang istimewa sangat pun tentang India ni melainkan hanya Taj Mahal sahaja.
The other building beside Taj Mahal.

Ternyata dengan adanya pengalaman Husein travel ke negara ini, membuka 100% pandangan Husein. India bukan sahaja terkenal dengan Taj Mahal, tetapi banyak lagi tempat yang sungguh menakjubkan yang membuatkan sesiapa sahaja akan tertarik dengan keindahannya. Memang sesuai lah dengan tagline negara tersebut iaitu “Incridible India”. Memang betul-betul incredible lahh.

The last part of India is negara ini terkenal dengan satu tempat yang diberi jolokan dengan nama “Paradise on Earth” yang bermaksud Syurga di Dunia. Alhamdulillah, Husein berkesempatan berada di sana untuk beberapa hari. Terlalu banyak tempat yang cantik dan indah yang memukau pandangan seolah sedang berada di satu dunia yang lain.

Nanti Husein akan kongsikan cerita tersebut pada entri akan datang. Doakan moga Husein dapat kongsikan semua pengalaman di India dalam blog ini dengan secepat mungkin. Terima kasih kerana sudi membaca.

10 ulasan:

  1. wow..India ni memang ada dalam wishlist saya, probably sebab suka tengok filem Hindustan.hehe. Bestnya awak dah sampai sana.nanti share lagi.biasa dengar orang g India mesti pakej, tapi u olls kira berani lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib la saya tak jumpa pelakon2 hindustan hari tu. Kalau tak, menangis la rakyat Malaysia melihatnya. hahaha

      Padam
  2. Bestnye dapat pergi melawat negara org. Teringin nak pergi Taj Mahal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Same like me before. Alhamdulillah dah sampai kat sini.

      Padam
  3. India salah satu dlm wishlist yang dr tahun ke tahun terus bertambah tp entah bile nak sampainyer..ekekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasang kan niat awal2.. Moga Allah permudahkan segala urusan kita semua.

      Padam
  4. cepat update pasal kawasan pergunungan yang lawa tu plak haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. akan datang... di pawagam berdekatan anda. hahaha

      Padam
  5. Seronoknye.....Dahlah tempat pun cantik...

    BalasPadam
  6. cantik gambar-gambarnya.. ada juga keinginan nak ke Yindia hehe tapi belom dapat greenlight dari mak. so simpan dulu hasrat. pergi mana yang mak kasi dulu..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.