Jejak Mesir: Backpackers ke Piramid, Giza

ASSALAMUALAIKUM...

Kalau korang baca entri Husein yang sebelum ni, Husein dah janji kat korang nak share pengalaman Husein travel ke Mesir iaitu satu tempat yang kalau Husein letakkan hanya satu gambar je, korang dah boleh teka kat mana Husein pergi kali ni.
Eh..ape tu? Segitiga Bermuda ke? hahaha... Tak payah bagitau. Semua orang tahu tempat ni. Ini lah namanya piramid yang terletak di wilayah Giza, Mesir.

Piramid merupakan antara tujuh keajaiban dunia sekarang ni. Kenapa ajaibnya? Ada apa dengan piramid? Kalau korang tengok dengan mata kepala sendiri, memang tak tercapai akal macam mana orang zaman dulu bina piramid yang besar dan tinggi tanpa peralatan dan kemudahan teknologi yang canggih macam yang ada pada zaman sekarang.

Cara yang paling senang dan jimat untuk sampai ke sini adalah korang kena lah naik Metro(keretapi bawah tanah) dulu dan cari stesen menghala ke Giza. Then, turun ke stesen bernama El-Giza. Tiketnya hanyalah LE1(RM0.50). Lepas turun dari stesen tu, korang kena la naik El-Tremco(van sapu) menghala ke Ahram, then baru la sampai. Tambangnya sekitar LE 4 hingga LE 6 seorang (RM2.00-3.00). Jimatkan!!

Untuk masuk ke sini, korang kena la bayar tiket. Untuk pelancong dikenakan LE80= RM40.00 seorang. Yang ada student card disini, dikenakan LE40= RM20 seorang. So, sebelum korang bercadang untuk ke sini, elok lah korang pinjam student card dari pelajar Malaysia kat Mesir. Diorang tak cam ke? Muka kita dengan gambar kat student card tu kan lain? Alaa... macam korang la. Korang boleh cam muka arab macam mana? Semuanya nampak lebih kurang kan? Haaa... macam tu la dengan diorang. Ni jugak antara tips nak berjimat bila datang ke sini.
Along with Nu'man, my friend yang sudi temankan sampai kesini.

This is my first time arrive here after four years to stay at Egypt. Maybe ada di antara korang yang tertanya-tanyakan kenapa dah duduk lama kat Mesir ni tapi ini kali pertama datang sini. Memang menjadi kebiasaan kepada semua pelajar kat Mesir untuk tidak pergi lagi ke kawasan piramid ni walaupun dah tinggal kat Mesir dalam tempoh yang lama.

Peta kawasan piramid. Yang ni yang bahasa arab punye. Korang buat-buat faham je la ye.


Bagi korang yang ada duit lebih sikit, korang boleh la guna khidmat unta atau kuda kat sini. Harga yang dicas untuk seorang adalah LE20-50. Tapi time Husein pergi hari tu, tak ambil langsung khidmat nak tunggang unta/kuda ni sebab dah memang suka jalan dengan kaki dan boleh shoot gambar sesuka hati.

 Ada beberapa terowong yang boleh korang masuk antaranya adalah kat gambar ni. Tak silap kedalamannya adalah 25 meter.
Rehat sekejap di dalam terowong.

Husein meredah ke kawasan piramid ini bersama sekumpulan backpacker girls yang hebat yang datang dari Malaysia semata-mata nak travel ke Mesir ni. Husein ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Kak Diyana Hani, Kak Oshin, Kak Miza, Kak Ju, Kak Haza, Kak Wani, Kak Ila dan Kak Ima sebab sudi datang Egypt dan berkongsi pengalaman korang dengan Husein. Sangat teruja apabila mendengar pengalaman korang ber'backpack' ke beberapa tempat sambil membuat kerja-kerja kebajikan di kem pelarian di Jordan. I hope one day I can be like them along with travel around the world. Husein jugak nak mintak maaf andai Husein ada buat salah dan silap sepanjang kita ber'backpack' ke sini dan andai layanan yang Husein bagi kurang memuaskan.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-)

12 ulasan:

  1. pengalaman ni menarikkan..seronok dpt tgk warisan sejarah begini

    BalasPadam
  2. Bilalah dapat tengok pyramid depan mata. Bestnya dapat merantau ke negara orang lain

    BalasPadam
  3. dekat area piramid ni kan, ada tempat yg dia pamer fakta2 menarik tak? mcm sejarah piramid tu. :)

    BalasPadam
  4. salam, selamat berkenalan. jom tukar bloglist

    BalasPadam
  5. Waahhh, cool nya pyramid of giza. Mcm best je naik unta. Nanti k. Nadia pergi sana, nak suruh husein jadi tourist guide la.

    BalasPadam
  6. Seronoknya dpt jenjalan kat tempat org kan..

    BalasPadam
  7. Seronoknya travel.. Kita nak tunggu anak kedua besar sikit je.. Baru boleh plan baik2.. :)

    www.erazfadli.com

    BalasPadam
  8. waaa.. bestnya. seriously dorg xboleh cam muka?

    BalasPadam
  9. teringin nak melancong ke negara arab. kalau ada kawan dekat sana lagi senang nak jalan2 kan? boleh pinjam student card..kekeke

    BalasPadam
  10. wow..ini boleh masuk dalam wishlist ni. impian nak travel satu dunia.

    BalasPadam
  11. Bestnya ..Masyallah ....guna kamera ape tuu? ?Insyallah kami akn ke sana. .doakan kami

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.