5 Sebab Kenapa Wajib Beli Kaktus di Cameron Highland

Husein perasan yang dah lama Husein tak berkongsi pengalaman jalan-jalan ke tempat orang yang penuh dengan cerita menarik dalam blog ni. Yang sebenarnya bukan malas nak update, tapi oleh kerana kekangan masa dan sibuk dengan review serta promosi yang tak pusu-pusu mintak untuk dipromotkan dalam blog ni, maka Husein dahulukan benda tu semua. Ni pun ada lagi yang mintak untuk dipromotkan, tapi mintak tangguh kejap la.

Kalau korang nak mintak Husein promot/iklan tentang bisness atau perkhidmatan korang, boleh la emelkan kepada Husein di alamat emel: husenmail@gmail.com. Untuk awal tahun ni, Husein buat promosi siket. Cepat tau!!

Eh!!... kat mana dah kita ni…….

Untuk kali ni, Husein berkongsi pengalaman dengan anda semua kisah percutian Husein di Cameron Highland pada akhir tahun lepas. Tengok!!... dalam lama cerita ni .. mereput kejap. Tak kisah la.. asalkan dapat abadikan segala pengalaman yang ada ke dalam blog awang kaki jalan ni. Next time, mana tahu kot-kot boleh jadikan rujukan semula bila nak datang sana semula.

Sebenarnya ini adalah plan percutian family Husein pada akhir tahun lepas. Memandangkan kebanyakkan adik-beradik semuanya ada kat rumah, maka mak Husein mencadangkan agar pergi bercuti kat Cameron Highland ni. Katenya dah lama tak rasa bermalam kat sana. Sejukkk…
Suasana berdekatan dengan homestay yang Husein tempah.

Sampai je kat Cameron Highland, kitorang stay dekat homestay di Tanah Rata. (Husein rasa TR ni adalah kawasan yang paling tinggi di Cameron Highland. Am I am right?) Keesokkan harinya kitorang bergerak untuk shopping barang masing-masing. Apa yang lainnya shopping kami sekeluarga kali ini adalah kami tak shopping untuk beli teh pun atau singgah di ladang teh pun. Sebab produk teh yang diperbuat dari Cameron dah senang nak dapat kat mana-mana je sekarang.
Semua family datang sini memang nak shopping sakan. Ada yang beli payung, buah strawberry(memang wajib), jus strawberry, keychain, magnet, sayur, baju dan banyak lagi. Tapi Husein sorang je lain.. Husein datang sini nak beli pokok kaktus sebanyak mungkin. Tu jer.

5 Sebab Kenapa Wajib Beli Kaktus di Cameron Highland
Nak tahu kenapa Husein teringin sangat nak beli?
  1. Mesti lah sebab susah nak jumpa kaktus yang berkualiti kat tempat lain.
  2. Selain tu, sebab kaktus kat sini banyak pilihan. Ada macam-macam jenis kaktus yang boleh korang dapat kat sini. Saiz pun boleh korang pilih nak besar mana. Sampai tahap besar gedabak pun ada.
  3. Harga Kaktus kat sini memang murah. Ramai penjual kat sini menjual dengan harga serendah dua ringgit. Dua hinggit je?? Yup, RM2. Dengan keadaan ekonomi yang semakin mencabar ni, korang boleh jimatkan duit korang bila shopping pokok kaktus kat sini. Bila dah sampai sini, takkan nak shopping satu je pokok kaktus kan? Mesti lah nak beli banyak.
  4. Boleh Tawar-menawar. Bila korang dah nak beli banyak, korang boleh tawar harga borong dengan penjual. Tapi make sure korang tak beli kat pasaraya dia (mana ada pasaraya boleh tawar-menawar harga). Husein beli kat pasar je.
  5. Last sekali, kebanyakkan pokok kaktus kat sini mesra alam, means kalau korang bawak balik rumah pun diorang boleh hidup. Tapi mestilah kena pandai jaga. Sebelum korang beli tu, pastikan tanya kepada penjual macam mana nak jaga pokok kaktus tu. Mesti dia akan bagitau punye. Lain jenis kaktus, lain cara untuk menjaganya.

Husein dah borong pokok kaktus ni. Ada dalam tujuh jenis kaktus yang mana masing-masing berbeza mengikut jenis dan warna. Alhamdulillah, ada yang hidup sampai sekarang. Bila dah besar gedabak nanti, boleh la dijadikan pokok hiasan tepi pintu kat rumah.
With my little brother. All the best for your SPM this year.

Selain dari pokok kaktus, di Cameron Highland ni jugak korang boleh shopping pokok-pokok lain seperti teratai, melor, bunga ros dan bunga daisy. Kat sini memang banyak. Tak lupa jugak sayur-sayuran yang memang segar dan berpatutan dengan harga. Jadi, tak semestinya bila korang datang di Cameron, korang hanya boleh beli teh je, tapi banyak lagi benda-benda lain yang korang boleh beli untuk dijadikan koleksi atau buah tangan untuk insan tersayang.
Feeling macam ada kat Jepun kejap, padahal kat Cameron je ni.

6 ulasan:

  1. nice info.. :D hehe ..

    p/s : hi.. sy dtg untuk blogwalking n sy dh follow blog awk ni.. :D lau sudi.. silalah follow balik blog sy ye..nk minx tolong sikit boleh? Boleh tlg check x sama ada blog bru sy ni www.1001petua.com berat atau ringan ye.. Mksud sy.. cpat atau lmbt loading.. tq..

    BalasPadam
  2. Ika suka teh, walaupun teh boleh jumpa kat mana-mana2, Tapi x sama bila beli di cameron heheheh.... sambil2 tgk ladang teh dan mengeteh di situ

    BalasPadam
  3. rindunya nak gi cameron lagi.

    BalasPadam
  4. Huwaaaaa lawonyee kaktus ngan bebunga tuu.. Kalau lea p boleh gila meroyan ni..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.