Anniversary Blog Ke-4

ASSALAMUALAIKUM...

Tiba-tiba rasa macam kekok siket nak tulis kat blog ni pasal lama sangat tak update. Bukan takde citer nak di'share'kan kat korang sume... kalau boleh nak share beribu-ribu lemon ceritanya. Cerita pergi makan, pergi travel, pergi jumpa macam-macam orang, pergi shopping macam-macam tempat kat Mesir ni, dan banyak lagi. Nanti Husein akan share kan pengalaman Husein pergi travel ke Piramid, Giza di Mesir. That was my first time jumpa piramid depan mata.

Tapi sebelum tu Husein nak ucapkan terima kasih berjuta-juta lemon kepada semua pembaca blog ni tak kira yang muda, yang pendek, yang hensem&cantik, yang gelap/cerah, yang gemuk/kurus dan bla...bla...bla.... janji korang adalah pembaca blog ni kerana pada tarikh 7 Mac 2011,(Isnin) 12 Rabiul Akhir 1432 H, jam 8.15a.m. adalah hari yang bersejarah buat blog ni. Pada tarikh tu la blog ni mula wujud.

Dah empat tahun blog ni bertapak. Terasa macam sekejap je. Terasa macam baru je semalam kenal dunia blogging ni.

Husein tak dapat gambarkan bahawa sepanjang tempoh Husein berblog ni, dah macam-macam pengalaman Husein dapat. Kalau flashback balik cerita tahun lepas, alhamdulillah Husein mendapat tawaran masuk paper Utusan dan berkongsi sedikit pengalaman dalam sisipan surat khabar tu. [Klik disini]. Dengan blog ni jugak, dah macam-macam orang yang bertanya kat Husein tentang travel ke Mesir, keadaan kat Mesir, tips travel dan macam-macam lagi,

Secara jujurnya, Husein tak mengharapkan sangat pujian atau anugerah yang selama ni Husein dapat. Yang lebih penting adalah dengan adanya blog ni dapat membantu korang dalam mencari maklumat...Tapi Husein amat menghargai jasa semua pembaca dan pihak-pihak tertentu untuk mempromosikan blog ni.
Akhir kalam, Husein sekali lagi ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pembaca blog ni, follower di instagram dan facebook page dan tak lupa jugak kepada stalker-stalker kat luar sana kerana sudi menyokong Husein dari belakang walaupun kita tak pernah bersua-muka. Moga selepas ini Husein akan terus kongsi/share pengalaman atau info menarik di blog ni.

-TERIMA KASIH SEMUA-

3 ulasan:

  1. tahniah..:) semoga terus sukses dlm dunia log ni..

    BalasPadam
  2. 4tahun sudah.lama tu kan..

    BalasPadam
  3. Tahniah! moga terus bertinta..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.