Husein di Ekspo Buku Antarabangsa Kaherah 2015

ASSALAMUALAIKUM...

Aduhh.. susahnya Husein nak tulis intro kat entri ni. Dari tadi asyik pening kepala camane nak tulis intro dalam entri ni. Padahal engko tulis je la macam biasa. Nak buat ayat berbunga ke, kelakar ke.... asalkan ada orang baca. hehe.... Mungkin Husein pening sebab kehangatan kemeriahan keghairahan dan macam-macam an an lagi kat Expo Buku Antarabangsa Kaherah di Mesir.

Setiap tahun, acara ni ibarat acara tahunan di Mesir. Kebiasaannya akan bermula pada akhir Januari sehingga awal Februari setiap tahun. Tempat yang menjadi tumpuannya adalah di Ardul Ma'aridh/Ma'aridul Kaherah atau dalam bahasa melayunya, Tapak Ekspo.
Orang ramai sedang beratur untuk masuk ke dalam.

Untuk pergi ke sini mudah je. Kalau korang dari 'Atabah, Abdou Pasha, Ramsis atau tempat-tempat yang ada Metro(keretapi bawah tanah), korang boleh naik Metro tu dan terus menuju ke stesen Ardul Ma'aridh. Tambangnya sangat murah iaitu LE1 sorang,= RM0.50. Kalau korang dari Hayyu Asyier atau Sabeik, korang kena naik bas. Tambang pun tak la mahal sangat tapi tempoh perjalanan untuk sampai agak lama la siket bergantung pada traffic. Secara ringkasnya macam ni la:

Metro = From('Atabah, Abdou Pasha, Ramsis dll) to (Ardul Ma'aridh): LE1
Bas = From(Hayyu Asyier/ Sabeik) to (Ma'aridh): LE2

Kalau tak silap, ni kali ketiga Husein datang ke sini. Macam-macam buku ada kat sini dan macam-macam bahasa ado. Sangat sesuai la bagi korang yang nak cari buku rujukan dalam bidang yang korang ceburi. Sains, teknologi, sejarah, meteorologi.... emm, macam-macam la ado. Yang penting, buku agama memang belambak kat sini.
Peta tapak ekspo. Husein tahu korang tak faham apa yang dia tulis... buat-buat faham je la, hehe

Lepas penat shopping buku, korang boleh la 'menternak lemak' kat sini. Pelbagai kedai makan korang boleh dapat.... Asian food, arabic food, western food... huh.. dalam satu tempat je boleh makan macam-macam makanan.

Antara tarikan yang menarik disini, pengunjung boleh tengok sendiri cara-cara nak menjahit khat dengan menggunakan benang emas. Sumpah memang ajaib sangat bila tengok dengan mata kepala sendiri.
Tapak kawasan ekspo ni memang dahsyat. Besar dan luas...siap ada taman lagi untuk berehat. Kalau nak round satu tapak ekspo ni memang makan masa lama la. Siap haribulan boleh tercabut kaki. hahaha...
 Muka tengah penat. Korang dijemput untuk follow Husein di instagram.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket...:-)

5 ulasan:

  1. kalau minta tolong beli kan few kitab boleh tak ? hahahaha segan lak tapi mmg tahu kat sana mmg murah :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. kitab ape tu? boleh je kot.. nanti husein carikan

      Padam
  2. best banyak buku dan kitab

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.