Wangi Setiap Masa Dengan DASHING Anytime EDT

Waktu dulu, mungkin lelaki tak ambil cakna sangat pasal masalah bau badan. Sebab dulu suhu persekitaran tak lah panas sangat. Tapi sekarang, lapisan ozon semakin menipis dan persekitaran makin panas. Antara buktinya, sekarang dah banyak surau dan masjid yang pasang aircond, tapi dulu… nak rasa solat dalam aircond pun susah.

Bila dah panas, tentulah badan akan senang keluarkan peluh. Bila berpeluh, mestilah badan akan cepat berbau.

Kat luar sana, dah banyak produk dikeluarkan untuk mengatasi masalah bau badan terutamanya untuk kaum Adam. Tapi berkesan ke? Untuk pengetahun korang, dah banyak produk cuba untuk mengatasi produk Dashing terutamanya bila Dashing keluarkan semburan wangian Dashing Anytime EDT

Bila kawan Husein tengok semburan wangi Dashing ni, masing-masing semua berebut tau nak pilih mana yang berkenan dan wangi yang sesuai dengan selera masing-masing. Lagi-lagi bila seorang hero nak menunaikan solat Jumaat dengan wangian serba harum ni. Cair la anak dara yang tercium bau semburan ni.

Semburan wangian Dashing Anytime EDT hadir dengan 4 variasi yang unik:
  1. Cool
Haruman maskulin ini sangat menyegarkan. Didahului dengan gabungan menawan Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi. Wangian ini direkakhas untuk mencipta gaya maskulin yang “cool”

  1. Active
Khas untuk si jejaka lasak yang suka pada kehidupan aktif. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan gaya aktif korang.

  1. Ultimate Kick
Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.

  1. Hattrick
Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menjadi lebih hebat. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber. Semestinya keempat-empat variasi ini tidak boleh dilepaskan oleh korang semua.

Apa yang paling istimewa tentang wangian ni adalah didatangkan dengan saiz yang kecil. Sesuai sangat la bagi Husein yang kadang-kadang travel sana-sini... nak letak semburan botol yang besar gedabak tu memang tak la. Lebih baik bawak yang kecil ni, senang nak dibawa kemana-mana. Yang penting, harumannya pun kekal berpanjangan dan menarik perhatian sesiapa yang terbau.

Cepat grab semua wangian ni. Kalau tak beli semua, beli salah satu pun dah cukup sebab akan membantu korang dalam keadaan terdesak dengan bau badan. Korang boleh simpan dalam beg dan dashboard kereta... even dalam poket seluar pun boleh muat. Dengan harga RM7 sebotol, benda alah ni memang sesuai sangat dan berbaloi.

2 ulasan:

  1. hoh... mewangi la jwbnye husein pasni yek... hehee

    BalasPadam
  2. senang kecil je benda ni. masuk poket settle hehe bebila nak guna pun senang..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.