Kini Anak Anda Tidak Mampu Sembunyikan Keputusan Peperiksaan Dengan Adanya Cara Ini

Waktu dulu, saya memang nakal dan aktif (walaupun ramai yang beranggapan yang saya ni pendiam). Oleh kerana sifat tu dah tak boleh nak dibendung oleh cikgu disiplin, Alhamdulillah.. ramai juga cikgu-cikgu yang masih kenal diri saya walaupun dah tak sekolah kat sana lagi. Dan oleh kerana sifat tu juga, result exam saya dulu jadi terumbang-ambing… macam tayar kereta guru besar… sekejap di atas, sekejap di bawah. Al-maklum lah, bukannya best student sangat dan bukan pelajar harapan sekolah pun. Result pun ala kadar jer cari makan.

Bila result merudum, kadang-kadang pernah rasa malu nak tunjuk kat mak ayah. (Tapi time result bagus, bukan main lagi mintak hadiah.. hahaha). Waktu ni, perasaan dah jadi kacau.. nak tunjuk ke tak kat mak ayah sebab cikgu mintak sign mak ayah kat bawah result exam tu.

Akhir sekali guna jalan pintas… tak payah guna google maps pun.. ambek pen dan tiru sendiri sign mak ayah. Lepas tu esok pergi hantar kat cikgu buat muka tak bersalah je. Hahahaha…

Tapi sekarang mana boleh buat macam tu dah. Sekarang dah ada makhluk bernama internet dan semua orang boleh cari maklumat di hujung jari sampai nak jilat jari tu. Tekan tekan je dapat, tekan tekan je dapat. Aishh… nasib la jodoh je yang tak dapat. Hahaha

Sekarang dah ada SAPS. Ape bendanya tu?
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan satu sistem online yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyimpan data-data peperiksaan sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini boleh memudahkan ibu bapa dan pelajar membuat semakan tentang keputusan peperiksaan, serta guru untuk memasukkan markah peperiksaan secara online. Sistem SAPS juga boleh diakses dan digunapakai oleh pihak sekolah, KPM, JPN, PPD

Dengan adanya SAPS ni, maka tamatlah riwayat untuk menggunakan jalan pintas tersebut. (Please jangan tiru ye adik-adik semua). Semua keputusan peperiksaan boleh diakses di internet dan disemak melalui sistem SAPS ni. Bukan sahaja pelajar, bahkan ibubapa juga boleh melihat sendiri keputusan peperiksaan anak-anak mereka dengan cepat dan mudah. Tok nenek moyang pun boleh tengok sekali tau.

Saya yakin, ibubapa diluar sana tentu gembira dengan kaedah penilaian peperiksaan yang baru diketengahkan ni. Terutamanya bagi mereka yang selalu bekerja tak tentu masa(overtime) untuk mencari sesuap nasi dan mereka yang selalu outstation sehingga berminggu-minggu bahkan berbulan lamanya. Sampai nak tengok sendiri result anak pun takde masa

Dengan adanya sistem SAPS ni, ibubapa boleh melihat sendiri keputusan peperiksaan anak-anak mereka dimana saje dan bila-bila masa. Tengah naik flight pun boleh check, dalam pejabat, tengah memasak, dalam MRT, dalam bas,bahkan kat oversea pun boleh check tau. Dengan adanya sistem SAPS ni, maka anak-anak anda tidak mampu main sorok-sorok untuk memberitahu keputusan peperiksaan mereka. Bahkan untuk guna jalan pintas tu lagi tarak pakai dah ok. (Sila menyesal dan jujur)

Bagaimana cara nak semak keputusan peperiksaan anak anda?
Ikut langkah mudah ini.
  1. Melayari ke laman SAPS: https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/36
  2. Mengisi maklumat lengkap pelajar seperti No IC/Sijil lahir, Negeri, Nama sekolah dan tahun.
  3. Tekan semak.
  4. Tekan Papar Slip Keputusan atau Papar Markah Keputusan.
Sistem seterusnya akan memaparkan slip keputusan peperiksaan pelajar dengan perinci termasuk markah setiap subjek, kedudukan dalam kelas dan tingkatan. 
Contoh paparan keputusan peperiksaan dan analisa markah. kredit to leaazleeya

Ingat! Semakan keputusan peperiksaan online hanya melibatkan pelajar sekolah rendah dari darjah 1 hingga darjah 6 serta pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Segala keputusan peperiksaan boleh disemak melalui laman SAPS kecuali peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM.
Peperiksaan sekolah termasuk Ujian 1 dan 2, Peperiksaan pertengahan tahun, Peperiksaan akhir tahun dan Peperiksaan percubaan.

Selain SAPS, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah memperkenalkan satu laman forum baru di internet iaitu sistemkpm.com yang merupakan sebuah forum yang baru ditubuhkan untuk membekalkan informasi berkenaan sistem-sistem kpm. Setakat ini, kakitangan kerajaan seperti guru-guru terpaksa menghantar email untuk pertanyaan dan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan jawapan. Dengan adanya forum ini, soalan yang sering ditanya diperlu ditujukan kepada pegawai melalui email lagi.

Dengan adanya laman forum dan SAPS ini, segala tanggungjawab guru akan lebih mudah dan sistematik. Peranan ibubapa untuk lebih ambil berat terhadap pendidikan anak-anak pun akan lebih mudah dan terkawal.

Info lanjut, boleh layari:
http://sistemkpm.com/

3 ulasan:

  1. Senang Ada saps ni. Result boleh tau dgn segera

    BalasPadam
  2. Sistem memang senang boleh monitor budak2 percapaian dengan cepat

    BalasPadam
  3. Nurul maisara binti nordin
    071115 08 0548

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.