Semburan Deodaran Tanpa Gas Pertama di Malaysia

Rutin harian seorang mahasiswa macam Husein sememangnya sibuk dan padat. Kebetulan pulak semester ni Husein ambek banyak subjek (rasenye paling banyak setakat ni) dengan 11 subjek kesemuanya, so jadual sem ni memang padat. Assigment tak payah bagitau la… BELAMBAK. Selalu tido lewat sementara roommate lain seronok tido dibuai mimpi. Tahajjud pun selalu ponteng. Kalau dah tido lewat, jawabnya memang susah la nak bangun tahajjud.

Doakan kejayaan Husein untuk sem ni ok. Moga dapat keputusan yang cemerlang dan dapat maintain kan pointer. Anugerah dekan maybe? Amin.. InsyaAllah.

Tapi semua orang tak perasan yang jadual Husein sangat padat sem ni. Konon control macho kot. Hahaha.. blog pun dah jarang update. Kesian pulak abaikan blog kesayangan ni. Tapi untuk akan datang akan ada banyak cerita dalam blog ni yang nak Husein kongsikan.

Bila jadual padat, of kos la pergi pagi, balik lewat petang. Kadang-kadang sampai pukul 7 malam kelas habis. Rehat pun kejap-kejap je. Tu pun kadang-kadang gunakan waktu rehat tu untuk duduk dalam library untuk cari rujukan buat assignment. Tapi Husein tetap bertenaga dan nampak segar walau sesibuk mana pun. Tu sebabnya Husein ada peneman yang sentiasa memberikan keselesaan kepada Husein.
Bila pakai set deodorant dari DASHING ni terasa selesa sangat dan meyakinkan. Sape tak kenalkan dengan jenama ni… peneraju pemasaran yang menawarkan wangian berkualiti untuk lelaki. Salah satunya adalah Deodorant Anti-Perspirant Roll-on. Biasanya deodorant jenis ni akan cepat melekit dan of kos rasa tak selesa. Tapi dengan deodorant DASHING ni korang takkan rasa melekit sebab ianya cepat kering. Bau pun wangi dan tahan 60jam. Baca baik-baik… 60jam okay… bukan 24jam macam jenama lain. 
Didatangkan dengan tiga jenis wangian dengan setiap satu berharga RM 6.50. (Kredit drpd MamaJue)

Wangian DASHING EDT(EAU DE TOILETTE) pulak sangat harum, maskulin, moden dan menyegarkan. Satu hari kawan Husein pernah tanya, nak pergi mana wangi-wangi ni? Dalam hati Husein terasa pelik pulak dia tanya macam tu, padahal macam biasa la awal pagi dah nak bersiap untuk ke kuliah. Then, Husein jawab la nak ke kuliah. Nampak tak? Terbukti bau wangi dia tu sampai orang lain pun rasa selesa dengan kita. 
Dengan harga RM34.50 sebotol ni, dapat tahan sehingga dua bulan.

Last but not least, Semburan Deodorant ‘NO GAS’ DASHING. Ni adalah semburan deodorant tanpa gas yang pertama di Malaysia. Korang kena cuba tau. Berbeza dengan semburan deodorant yang biasa, semburan ni lebih lama tahap penggunaanya iaitu sehingga 750 semburan dan dapat bertahan sehingga 2 bulan. So jimat berganda kan? Semburan ni jugak cepat kering pada kawasan bawah lengan korang dan dapat elakkan bakteria. Bau pun terasa segar je. 
Teknologi terkini, semburan tanpa gas dengan RM18.90 sebotol.

So ni la yang penyebab Husein selalu nampak bertenaga, segar dan meyakinkan. Walaupun jadual sentiasa padat, tapi peneman Husein ni sentiasa membantu melancarkan perjalanan kerja.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari:
www.facebook.com/Dashing.MY

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.