The Traveloka Sale-abration: Promosi Hebat Untuk Tiket dan Hotel

Bila Husein pergi travel mana-mana dan jauh-jauh, mesti soalan yang paling femes terkeluar bila orang bertanya kat Husein adalah Mu wak gane sapa buleh  travel jauh-jauh ni Sein? Mu cari pitih mane Sein? Agak susah bila Husein nak jawab soalan tu sebab kita dah kaki jalan kan.. so memang tahu segenap cara untuk travel jauh-jauh dengan bajet yang ciput. Kalau boleh nak kasi ceramah 2 3 jam kat diorang supaya masing-masing tahu macam mana nak travel.

Mulai sekarang, Husein tak nak ceramah kat korang 2 3 jam macam diorang, tapi nak ambil masa 2 3 minit jerr. Harap korang hadam la benda ni supaya memudahkan perancangan travel korang di masa akan datang.

Sebenarnya, macam-macam cara korang boleh dapat bila nak travel ni. Antara cara yang paling mudah dan dipercayai untuk travel adalah dengan korang menempah di www.traveloka.com/. Bagi korang yang masih tak tahu, Traveloka adalah satu platform yang mudah untuk korang menempah tiket flight dan juga hotel dengan harga yang berbaloi samada dalam negara atau antarabangsa. Dengan cara ni, korang tak payah susah-susah dan buang masa korang dengan mencari tiket yang murah beserta dengan hotel yang berpatutan kerana Traveloka telah menyediakan perkhidmatan tersebut. Selain tu, Traveloka juga ada buat sale iaitu The Traveloka Sale-abration dan banyak lagi tawaran yang terbaik yang semestinya tiada cas lebih atau muslihat yang tersembunyi. Nah.. menarik kan!!

Kenapa mesti Traveloka?
1.       Transaksi online yang selamat dan dilindungi
Tipu lah kalau korang tak fikir pasal benda ni bila nak beli online hatta dalam online shopping sekalipun. Tapi di Traveloka, traksaksi korang akan terpelihara dan dilidungi oleh RapidSSL authorized technology. Segala data dan maklumat korang akan selamat. Jangan bimbang.

2.       Carian tiket penerbangan dan hotel yang meluas
Traveloka dapat membandingkan berates-ratus hotel termasuklah Tune Hotel, Ibis Hotel dan banyak lagi. Selain tu, Traveloka juga dapat mencari tiket penerbangan yang murah seperti syarikat penerbangan dari AirAsia, Malaysia Airlines, Malindo Air, Tigerair, Firefly, dan lain-lain lagi.

3.       Tempah secara online
Korang boleh mendaftar atau Log in ke dalam laman web Traveloka ni dan urus sendiri perancangan percutian korang secara online. Tak payah susah-susah nak cari dan pergi jumpa sendiri dengan travel agen atau syarikat agensi travel.

4.       Perkhidmatan 24jam 7 hari seminggu.
   Kalau ada pape, korang boleh contact sendiri dengan pelanggan perkhidmatan Traveloka kerana layanan diorang adalah 24 jam. Korang bangun lepas tahajjud, tetiba datang ilham nak travel pun takde masalah… so cepat-cepatlah tengok website Traveloka ni. Gerenti puas hati.
Nanti dulu, ada lagi yang lebih menarik.

Jangan lepaskan peluang dengan The Traveloka Sale-abration

Sepertimana yang Husein sebut kat atas tu iaitu Traveloka adalah buat tawaran The Traveloka Sale-abration. Sekarang Traveloka sedang buat tawaran promosi gila-gila sampai tak boleh nak fikir iaitu penerbangan dari serendah RM40 ke destinasi domestik dan di bawah RM100 ke destinasi antarabangsa. Murah kan? Sebab tu la kita boleh save bajet bila travel oversea. Sekarang, korang boleh ajak semua kawan-kawan, jiran, sedara-mara atau keluarga dengan menempah di Traveloka sempena dengan promosi ni. Cepat! sebelum terlambat sebab promosi berakhir pada 31 Mac 2017.
Waktu ni la waktu yang paling sesuai untuk korang merancang percutian korang dengan Traveloka. Sekarang korang boleh download aplikasi Traveloka di handset korang. Dari situ, korang boleh tempah tiket flight dan hotel dengan mudah di hujung jari sahaja. Tak payah nak selalu buka website dia sebab dalam aplikasi ni dah ada macam-macam perkhidmatan. Dengan cara ni jugak, korang takkan terlepas lagi dah dengan promosi-promosi yang akan ditawarkan dari masa ke semasa. Kalau korang stuck kat traffic jam pun boleh buka aplikasi Traveloka ni atau tengah lepak dengan kawan-kawan sambil tunggu makanan sampai… pun boleh buka aplikasi Traveloka.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang promosi ni, korang boleh layari: https://www.traveloka.com/en-my/promotion/sale-abration

Banyak lagi cara untuk korang travel dengan bajet yang ciput. Korang hanya tekan butang search di blog ini dan cari destinasi yang korang inginkan. Sekarang, Husein pun tengah cari travel partner untuk travel ke luar negara pada bulan Ogos nanti. So, saper yang nak join, boleh contact Husein dan kita travel sampai tak ingat dunia gitu... hahaha.

2 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.