Trans Gunung CBL: Trip Mencabar Mental Tapi View Menakjubkan

ASSALAMUALAIKUM...
Gunung CBL adalah gunung kelima yang pernah Husein sampai. Kalau sebelum ni dah sampai ke Gunung Sinai di Mesir, Gunung Stong, Gunung Tebu dan Gunung Jerai.

Gunung CBL atau dikenali dengan Gunung Berembun merupakan gunung kesukaan pencinta alam atau pendaki-pendaki Malaysia. CBL adalah singkatan daripada Cemerong, Berembun, Langsir kerana ketiga-ketiga nama tersebut adalah check point penting yang wajib korang lawati.
It's good to be back. Hello mountain.

Sebelum team Husein mendaki, kitorang tumpang tido di Masjid Al-Mukhtafi Billah, Dungun. Bagi korang yang guna maps untuk ke sini, dinasihati supaya tengok betul-betul maps tu… make sure menghala ke Dungun sebab ada satu lagi masjid yang hampir sama namanya di Terengganu, tapi berlainan tempat. Pernah terdengar pendaki lain yang sesat tak jumpa masjid ni sebab dia tak pastikan betul-betul arah maps tu menghala ke Dungun.

Keesokkan paginya selepas sarapan, baru la kitorang start menuju ke Hutan Lipor Cemerong, Dungun. Jarak antara masjid tu dan hutan lipor ni lebih kurang setengah jam. Kat hutan lipor ni la kitorang start hiking lebih kurang jam 10 pagi dengan dibantu oleh dua orang guide yang sporting habis iaitu Abg Ejap dan Abg Lokman. Bila tengok beg yang diorang bawak besar gedabak tu, tiba-tiba terasa… larat ke diorang nak sampai atas sana? Hahaha….Ternyata andaian Husein tu salah sebab diorang jalan lebih cepat berdesup dari kitorang. Diorang minum tongkat ali ke ni? Hahaha….
Team Spider Hiker, dari kiri: Hamzi, Husein, Fikri, Raziman, Kimiey, Baihaqi, Kero, Ain, Irfan, Alif Hazimi, Alif, Akif, Afiqi, Azim, Ley, Amir, Abg Lokman(guide)

Perjalanan hiking: Kaki gunung --> Air Terjun Cemerong --> Kem B --> Bukit Taubat --> Kem Y --> Sungai Bangan@ Balu --> Kem Langsir --> Jeram Lesung --> Sungai Bangan@Balu --> Puncak Gunung Berembun

Itu la perjalanan hiking kitorang. Sempat berhenti rehat kejap sambil makan dan solat di kem B. Kat sini ada banyak ikan-ikan kecil yang mesra dengan korang. Kalau rendam kaki seminit dua konfem ikan akan datang hinggap kat kaki korang…terasa geli pun ada. Lepas tu team Husein ambil keputusan untuk teruskan pendakian menuju check point last iaitu Kem Langsir. Kalau berkhemah di kem B ni tak best sebab takde view atas gunung dan air terjun.
Dah macam-macam rintangan dan halangan yang kitorang terpaksa tempuhi. Pacat tak usah cakap la… memang ada singgah kat kaki ni sekor. Part yang paling susah nak lupa adalah tetiba hujan turun dengan lebat beserta petir yang memecah langit. Time ni lebih kurang pukul enam lebih. Bila hujan turun dengan lebat membuatkan team kitorang terpaksa berhenti kejap untuk masing-masing pakai baju hujan dan betulkan apa yang patut.
 Masing-masing letih nak mati sebelum kena taubat nasuha sebab trek Bukit Taubat lagi mencanak naik.

Boleh pulak time ni petir berdentum berkali-kali…. Membuatkan kitorang terasa macam petir tu ada dekat sebelah je. Berdebar weiii… memang kuat bunyi dia. Dah la kitorang tengah duduk atas gunung… tempat yang tinggi. Memang berisiko bahaya untuk disambar petir. Time ni la team Husein diuji dengan tawakkal dengan tahap yang tinggi. Kalau nak berhenti, mana ada tempat berteduh… kena la teruskan pendakian sampai ke last checkpoint walaupun baju, seluar, beg dan kasut semua basah.

Guide kitorang pun ada pesan, jangan sentuh pokok yang tinggi time tu… takot terkena aliran elektrik dari petir tadi. Masa ni jugak la Husein krem kaki berkali-kali disebabkan sejuk dan letih. Dekat peha sekali, dekat jari banyak kali. Perasaan bila sakit tu hanya Allah je yang tahu.
 Akhirnya sampai juga di puncak Gunung Berembun pada hari kedua. Gunung Berembun dah Husein tawan, bila lagi saya boleh tawan hati awak pulak?? Cia... cia... cia...

Akhirnya team Husein berjaya sampai ke last checkpoint tadi iaitu kem Langsir pada pukul 9 malam. Dari 10.00 pagi sampai 9.00 malam…. Korang bayangkan betapa lamanya kitorang hiking. Kadang-kadang Husein pun tak percaya. Inilah jarak masa yang paling lama yang pernah Husein alami. Sebelum ni tak pernah lagi hiking dalam tempoh yang lama macam ni.
View matahari terbit di Air Terjun Langsir
Kalau bertuah, korang boleh tengok view awan karpet kat sini. Tapi time Husein pergi hari tu takde. Tengok view macam ni pun dah cantik pe...

Selama 3 hari 2 malam kami berkhemah disana. Kalau ada masa terluang, kami berkongsi cerita dan bergurau senda sambil melayan view di atas gunung dan sungai yang sejuk berhampiran. Kem Langsir yang menjadi tempat kami berkhemah kerana kem ni sangat strategik kerana dekat dengan air terjun Langsir, Jeram Lesung dan Sungai Bangan, iaitu sungai yang ohsem dan cantik tak terkata.
This is my view everyday at Gunung Berembun. A cold river nearly and beautiful sunrise are always made my day amazing.


Tatkala hari terakhir, kami bertolak untuk turun ke bawah dari kem Langsir selepas sarapan lebih kurang pukul 9.30 pagi. Sepanjang perjalanan turun, kami sempat singgah di Taman Bonzai, iaitu satu tempat yang dipenuhi dengan pokok bonzai… dan Pokok Meraga Berlubang.
Nampak tak pokok bonzai? Yang macam kayu mencanak naik tu la pokok bonzai. Pokok ni tak boleh hidup kat tempat lain kerana memerlukan suhu yang sederhana dan sejuk.

Pokok Meraga Berlubang. Korang dilarang untuk panjat pokok ni.

Sebelum sempat kami sampai ke kaki gunung, sekali lagi hujan turun membasahi bumi. Sekali lagi segala baju, seluar, beg dan kasut semua basah. Tapi mujur la tak lebat macam hari tu. 15 minit lepas tu baru la kami sampai ke kaki gunung. Mujur la semua selamat dan hiking trip kami berjalan lancar walau dah banyak cabaran dan segala macam benda dah kami lalui. Ada lagi cerita tentang Gunung Berembun a.k.a Gunung CBL ni yang belum Husein ceritakan. Nantikan entri akan datang yerr..

** Lepas ni boleh la bercuti dengan lebih bergaya lagi kalau menang Traveloka Blogger Contest. Kalau korang nak join, senang je... klik https://www.traveloka.com/en-my dan https://blog.traveloka.com/en/blogger-contest/ . Tarikh tamat contest ni adalah sebelum 15 Mei 2017.
#TravelokaMY #MYTravelAdventure

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian husien rider yg banyak memberi info kepada pembaca2 blog ni...semoga pendakian yg seterus nya banyak kn lgi cerita yang lebih menarik dari husien rider...tak sabar untuk mendengar cerita yg seterusnya...

    BalasPadam
  2. Ya Allah bestnyaaaaa! Rindu nak hiking! Rindu nak feeling penat mendaki, sampai atas puncak happy tengok permandangan yang cantik...

    BalasPadam
  3. bestnye xtvt camni.. Dpt tgk jerk la kite ni.. hehe

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.