Anda Pasti Terkejut dengan Belanjawan Yang Murah 3D 2N di Pulau Perhentian Ini

Husein kira pasti ramai yang ingin bercuti ke Pulau Perhentian dengan belanja yang sedikit kan? Husein nasihatkan kat korang supaya jangan ambil mana-mana pakej travel untuk kesini sebab ada yang mahal sangat sampai RM250-300 pun ada. Jom kita berbackpack dan walk in terus ke sini tanpa travel ejen yang memaksa kita untuk patuhi jadual yang dirancang oleh mereka.

Disini Itinerary & belanjawan Husein ketika berada di Pulau Perhentian selama 3hari 2malam bersama tiga orang rakan backpack yang lain. Di akhir nanti anda pasti terkejut dengan belanjawan Husein sepanjang 3D 2N disana. Harap boleh menjadi rujukan untuk anda semua:

Hari pertama:
  • -          Bertolak dengan sebuah kereta jam 10 pagi menuju ke jeti Pulau Perhentian di Kuala Besut.
  • -          Bayar minyak kereta = RM10 seorang
  • -          Caj bekalan makanan & minuman seorang = RM10 seorang.
  • -          Sampai di jeti pada tengahari dan terus cari tempat parking kereta. Ada tempat parking yang caj RM10 sehari & RM7 sehari. Husein mestilah ambik yang murah, RM7 sehari sebab holiday cara backpack kan. Hehe….RM7 sehari x 3 hari = 21. 21 / 4 orang = RM5.25 seorang. (RM5 je. Kitorang tak kira mana sangat)
  • -          Angkat barang dari kereta ke jeti. Jalan kaki je sebab dekat je pun.
  • -          Di sepanjang perjalanan tu ada kedai-kedai cenderahati. Korang dinasihatkan jangan shopping lagi barangan cenderahati tu awal-awal. Takut duit untuk belanja nak hidup kat pulau tak cukup. Balik dari pulau barulah shopping.                                                                   
  • -          Tambang bot pergi & balik = RM70 seorang
  • -          Caj pemulihan pulau= RM5 seorang
  • -          Bertolak dari jeti naik bot ke Teluk Keke sebab kat sana ada tempat untuk bercamping. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sila bagitau pemandu bot yang anda nak kemana dan diorang akan hantarkan.
  • -          Sampai di Teluk Keke, berehat sebentar sambil duduk tepi pantai dan dirikan khemah serta kemas/susun semua barang.
  • -          Sewa tapak khemah di Teluk Keke: RM10 seorang sehari. 3 hari x RM10 = RM30. Tapi kitorang tak bayar sebab kitorang ada sembang-sembang dengan seorang nelayan kat sana. Dia cakap tak payah bayar pun sewa tapak khemah ni. Cara untuk tidak selalu ditanya oleh penyewa tapak khemah supaya bayar adalah dirikan khemah jauh dari tempat perkhemahan asal. Kitorang dirikan khemah dekat dengan telaga. Lagipun sebelum ni dah terbaca dalam blog lain yang diorang tak kena caj pun untuk sewa tapak khemah.
  • -          Aktiviti petang: Jungle trekking dari Teluk Keke tembus sampai ke Flora Bay, tempat tumpuan pelancong. Jungle trekking ambil masa 30-45 minit. Kena sedia air botol untuk kekalkan stamina ketika berada di dalam hutan. Korang kena pergi jungle trekking sebab mat saleh kat sana pun ada yang pergi jungle trekking.
  • -          Sampai di Flora Bay, kitorang lepak kejap sambil minum air di restoran Flora Bay tu. Husein minum air ape ntah tak ingat dah berharga RM6 segelas. (Mahal giler tapi terpaksa jugak untuk hilangkan dahaga). Husein sempat sembang kejap dengan mat saleh dari Itali kat situ. Then jungle trekking balik untuk pulang semula.
  • -          Then, sampai di tapak perkhemahan banyak dihabiskan dengan mandi/berenang di pantai berhampiran yang jernih airnya dan makan bekalan yang ada.
  • -          Sewa peralatan berenang = Korang boleh sewa peralatan berenang kat kedai kopi kat Teluk Keke tu. Lepas bodek, mesra-mesra+senyum-senyum siket kat tukang sewa peralatan berenang, kitorang dapat goggles+life jaket+kaki itik dengan RM15 seorang.
  • -          Aktiviti malam: Makan malam, sembang-sembang sambil buat unggun api sampai la kitorang mengantok dan tido di khemah.

Hari kedua:
  • -          Sarapan di kedai kopi (harga kat sini adalah harga standard, murah jugak la)
  • -          Pukul 9 pagi: Pergi snorkeling di 3 checkpoint. (Shark point, Turtle point & coral point). Untuk tempahan aktiviti snorkeling, kena tempah malam sebelum korang nak pergi snorkeling kat kedai kopi tu jugak.
  • -          Bayaran:3 checkpoint = RM30 seorang+peralatan berenang.5 checkpoint = RM50 seorang+peralatan berenang
  • -          Bagi korang yang rasa tak larat, lebih baik ambik 3 checkpoint je.
  • -          Selesai snorkeling puas-puas sambil ambil gambar dalam air guna SJCAM 5000 Husein, singgah sebentar di Lata Air Berani untuk bergambar depan signboard dan aktiviti bilas badan dengan air sejuk.
  • -          Next, kitorang terus naik bot yang sama menuju kawasan perkampungan(village) untuk makan tengahari. Harga kat sini pun ok.. tak la mahal sangat. Yang Husein makan..nasi+kuah+ayam seketul+air teh o ais= RM8. Husein makan kat sini sampai tak dapat habiskan nasi dan terpaksa bungkus air teh o ais tu sebab kenyang sangat. Macam-macam lauk ada kat sini.
  • -          Aktiviti petang: Lepas pulang dari snorkeling, kitorang putus untuk tido di chalet berdekatan iaitu di Flora Bay malam tu. Harga semalaman untuk bilik kipas adalah RM75. Yang berhawa dingin RM175-180 semalaman.RM75 / 4 orang = RM 19 seorang.
  • -          Sekali lagi terpaksa jungle trekking dengan semua barang menuju ke Flora Bay. Masing-masing angkat barang sikit-sikit.
  • -          Sampai ke chalet, terus check in dan makan/rehat/tido/aktiviti bebas sampai ke lewat petang.
  • -          Aktiviti malam: Berjalan/melihat keindahan pantai pada waktu malam sambil menuju ke restoran yang entah apa nama dia tak ingat dah. Pelayan dia orang India so kitorang berempat makan green chicken curry sebab dengar kata sedap giler green curry dia. Untuk sepinggan+nasi RM10, tapi berbaloi sebab dia letak ayam banyak jugak dalam kari tu.
  • -          Then sembang-sembang dan bincang perjalanan esok sampai hujan turun. Balik ke tempat penginapan dan telefon tokey bot untuk tempah ke kincir angin (Perhentian Kecil) esok. No.telefon tokey bot korang boleh dapat kat mana-mana restoran orang melayu kat sana. Siap-siap dan kemas barang siket then terus tido dalam keadaan sejuk dan letih.

Hari Ketiga:
  • -          Sarapan dengan bekalan makanan yang berbaki.
  • -          Pukul 9 pagi, terus naik bot ke Perhentian Kecil (Kincir Angin) = RM30 seorang
  • -          Sebelum nak pergi make sure bawak air sikit sorang. Perjalanan untuk sampai ke atas lebih kurang 45 minit menggunakan tangga. Make sure perhati jugak tangga tu sebab ada yang tangga tercabut. Bot akan tunggu korang sampai korang turun semula untuk pulang. Di sepanjang perjalanan naik tangga jangan lupa untuk ambil gambar sepuas-puasnya sebab view kat sini memang cantik sangat. Sampai kat atas sana, korang boleh terus ke Long Beach (15 minit perjalanan)
  • -          Untuk turun pulak, kitorang tak turun ikut tangga tapi ikut jalan berbatu, baru lah mencabar siket.
  • -         Then naik bot untuk pulang semula. Kitorang dah set time biar sampai ke tempat penginapan sebelum pukul 12 tengahari. Nasib kitorang sampai awal, so ada mase siket nak berkemas.
  • -          Pukul 12 tengahari, kitorang check out hotel dan terus menuju ke bot yang sama tadi untuk pulang ke jeti.
  • -          Sampai kat jeti, baru lah kitorang shopping untuk beli cenderahati. Husein dapat beli sehelai Tshirt RM25 dan satu magnet RM3. Total RM28. Kat sana jugak sempat Husein beli satay ikan RM3.
  • -          Then menuju ke parking kereta yang kitorang parking dan pulang ke rumah masing-masing dalam keadaan yang letih tapi gembira sangat.


Total belanjawan Husein 3D 2N di Pulau Perhentian = RM249. Amacam? Murah tak kalau nak dibandingkan dengan pakej-pakej yang ditawarkan oleh ejen travel yang lain?

Ketahui pengalaman dan gambar-gambar menarik saya di Pulau Perhentian di:
Percutian Bajet ke Pulau Perhentian PART 1 | PART 2

9 ulasan:

  1. Memang murah la. Belum pernah lagi sampai sini. :'(

    BalasPadam
  2. murah-murah.. pergi haritu beratus gak habis haha..

    BalasPadam
  3. tenkiuuu atas perkongsian maklumat..dah pernah pergi sini dgn agen..lepas nih nak cuba pergi sendiri pula..boleh guna tips di atas ^_^

    BalasPadam
  4. tenkiu bro. boleh la lepak perhentian lepas ni

    BalasPadam
  5. @nadia johari: sangat best kat sini. nnti nak update blog skali dgn gmbr

    @hazanis: hazanis kena pegi sini. blh honeymoon skali dgn husband.

    BalasPadam
  6. Camping ni katperhentian besar ke?

    BalasPadam
  7. Mahal.. harga Tu dah dapat duk chalet

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.