Anda Mungkin Tak Perlu ke Sunway Lagoon lagi Selepas Membaca Ini

ASSALAMUALAIKUM...

Cuti Aidilfitri yang terluang baru-baru ni di manfaat oleh family Husein dengan sebaiknya. Seperti biasa, Alhamdulillah tahun ni semua boleh pulang ke kampung dan sambut ramai-ramai di kampung tok termasuk lah sedara-mara yang jauh. Raya tahun ni jugak merupakan first time Husein bagi duit raya dan tunaikan zakat. Tapi, itu bukan alasan untuk Husein tidak travel ke mana-mana tempat menarik di Malaysia di waktu cuti yang ada ini.

Orang kata, bila time cuti ni lah ada masa lebih sikit untuk keluarga. Tetiba mak Husein teringin nak main air katanya. Time raya gini pun ada masa nak main air jugak ker? Hehehe…Adik beradik Husein pun pecah kepala nak fikir kat mana la nak cari tempat yang sesuai nak main air ni…… sehingga la kitorang ambek keputusan nak jalan jauh untuk sampai ke Gambang Water Park, yang terletak di negeri Tok Gajah, Pahang.
Percutian Husein kali memakan masa 2 hari. So nak tak nak Husein kena tempah tempat penginapan untuk berehat. Oleh kerana ekonomi Negara pun tak stabil dan pak-pak menteri pun suruh rakyatnya berjimat cermat, maka abang Husein ambek keputusan untuk tinggal kat homestay je sebab kitorang sume sekali memang ramai… 3 buah kereta yang join. Untuk 2 hari kitorang dapat RM250. Murah kan? Boleh muat ramai-ramai. Siap ada aircond lagi. Lagi pun homestay tu memang dekat dengan waterpark yang akan kitorang pergi nanti. Lebih kurang 10 minit dah sampai.

Untuk masuk ke Gambang Water Park ni korang kena la ambek tiket dulu. Untuk kanak-kanak diorang bagi free(bergantung kepada umur).  Korang dinasihatkan untuk datang awal kalau nak pergi kat sini. Water park ni dibuka dari jam 9.30 pagi. Kalau ikut pengalaman Husein ni, paling kurang korang akan duduk kat sini 2 jam. So, dalam tengahari tu korang boleh la balik untuk tido dan berehat pulak. Just make sure sebelum korang datang sini korang kena makan dulu. Nanti lapar perut sape susah??

Pasal makanan dan minuman pulak, memang kat sini semuanya mahal. Air milo dalam bekas plastik tu diorang jual lima ringgit tau. Nak taknak, Husein terpaksa beli jugak air tu untuk menghilangkan dahaga lepas letih main air. Kadang-kadang ada jugak sikit perasaan menyesal sebab beli air yang mahal tu. So, sebelum korang datang sini elok lah korang bawa bekal siap-siap semua sekali. Tapi pandai-pandai la korang sorokkan bekalan tu yer. Sorok dalam beg ke, bawah troli bayi ke… sebab guard kat sana akan check sebelum korang dibenarkan masuk. And the thing is not allowed adalah makanan dan minuman.

Gambang Waterpark ni sesuai sangat la bagi korang yang sukakan permainan air. Kat sini jugak ada kolam besar yang korang boleh feeling macam kat pantai. Ada ombak gitu. Malah air kat sini lebih bersih dan tak masin dari yang kat pantai. Nak mandi pun hidung tak rasa pedih.
Anak sedara Husein yang kecik-kecik pun boleh join mandi kat waterpark ni sebab kat sini ada kolam khusus untuk kanak-kanak. Tapi adalah lebih baik supaya tidak membiarkan budak-budak mandi sengsorang je walaupun ada safeguard yang sentiasa  memantau keselamatan pengunjung.

Kat sini jugak ada disediakan khidmat sewa pelampung. Ada yang kecik, yang besar, yang single, yang double. Korang pilih je. Tapi bayaran sewanya bagi Husein agak mahal. Husein sewa 3 bijik pelampung double untuk dewasa semua sekali dah RM60. Dah la kita dah bayar tiket nak masuk, sewa peralatan pun mahal. Paling kurang pun bagi la sewa murah siket. Cengkik darah jugak diorang ni. Hahaha.. Tapi dengan pelampung tersebut korang boleh main semua permainan air yang ada kat waterpark tu. Seronok..

Macam-macam permainan air dah Husein try. Galaxy Sliding, Longest Sliding, Fastest Sliding…. Dan paling tak dapat lupa adalah dapat rasa naik papan luncur air dengan lajunya. Bagi yang ada heart attack atau penyakit yang sewaktu dengannya tidak dinasihatkan untuk mencuba permainan ni sebab memang laju bebenor. Sampai macam nak terpelanting badan ni. Tapi secara kasarnya, kat sini memang best sangat. Rasanya tak perlu sangat kot nak pergi Sunway Lagoon bagai. Even kat sini pun tak ramai orang macam kat Sunway Lagoon. So ada la can siket untuk korang joget dalam air ke, selfie puas-puas ke, jerit macam Tarzan bila dah naik sliding tu ke….hmmmmmm…..
 See you soon Gambang Waterpark.


Terima kasih kerana membaca. Komen siket… :-)

9 ulasan:

  1. Hahahaa..dah pergi..memang bestt...

    BalasPadam
  2. salam.. teringin plak nak try papan luncur air tu .. bestnya :)

    BalasPadam
  3. aku mana2x waterpark blom pergi lagi. hahaha

    BalasPadam
  4. Wahhh murah nya homestay rm250 utk 2 mlm. Meh dtg cameron pulak. Boleh duduk di holiday apartment saya pula.

    BalasPadam
  5. hmm boleh la....

    sunway pun tak de la best sangat pada aku..'

    mayb sebab aku bukan person yang suka masuk theme park kot

    BalasPadam
  6. Wah! Macam best ni! kena pergi ke Gambang Waterpark satu hari nanti.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.