Asyik Melihat Keindahan Masjid, Beliau Langsung Tak Tahu Apa Nama Masjid Itu

ASSALAMUALAIKUM...

Setiap individu yang travel atau bermusafir di atas muka bumi ini mesti akan terasa pengalaman mendirikan solat di tempat yang mereka tujui sama ada di masjid atau di surau-surau kecil, atau di tempat-tempat tertentu yang boleh dijadikan tempat sembahyang. Jika di Eropah, sudah tentu anda terpaksa mendirikan solat di tempat-tempat asing atau jauh dari pandangan. Namun jangan bimbang, kerana orang-orang eropah juga sangat menghormati agama-agama lain.

Pun begitu, bagi anda yang sering mengembara di negara-negara bukan Islam pasti akan terasa rindu dengan alunan suara azan atau takbir hari raya. Lagu yang sering anda dengar sewaktu anda masih bayi lagi, kini tiada lagi kedengaran dalam tempoh yang panjang. Dengan itu, barulah anda akan terasa betapa nikmatnya berada di tanah air sambil suara azan sering kedengaran di kaca tv atau di corong-corong radio.

Pengalaman bermusafir di bumi Indonesia beberapa bulan lalu mengajar Husein erti mendekatkan diri kepada Allah, tuhan semesta alam. Kalau di Malaysia, kita mempunyai banyak masjid-masjid yang tersegam indah. Begitu juga di Indonesia. Namun bagi Husein, masjid-masjid di negara tersebut lebih selesa, indah dan lebih terasa aura keberkatan tempat ibadah tersebut. Kalau di Malaysia, Husein pernah beberapa kali solat di dalam masjid yang bunyi kipas masjid tersebut lebih kuat dari speaker box yang dipasang. Nak dengar suara imam pun macam bunyi tak bunyi je. Huhuhu…..

Ok, jom tengok beberapa buah masjid yang sempat Husein kunjungi di Indonesia dan kenapa masjid tersebut membuatkan Husein tertarik dengannya:

1.     1) Masjid Baitur Rahim, Kuala Langsa

Masjid ini mempunyai seni bina yang cantik. Tema warnanya adalah hijau terang. Dari luar sudah kelihatan warna hijau tersebut yang menarik perhatian. Lagipun warna hijau ini melambangkan ketenangan, sesuai lah dengan tempat tersebut yang rata-rata yang mahu kesini adalah untuk memperoleh ketenangan. Husein yang pernah kesini pun terasa tenang je.

Selepas selesai solat dan berdoa di masjid ini, Husein terus meninjau keadaan luaran masjid ini sambil menunggu rakan travel yang lain selesai solat. Kawasan luaran masjid ini agak bersih. Tandas yang disediakan juga tidak kotor dan selesa. Tempat wuduk juga sangat sesuai dan tidak jauh dengan tempat solat. Tidak di sesetengah masjid yang lain yang perlu untuk menaiki tangga atau begitu jauh dengan tempat solat. Rekaan seni bina dalaman masjid ini pun sangat cantik.
 Pintu gerbang masjid ini. Colourfull. Warna hijau+kuning... nampak macam warna-warni.

2.     2) Masjid Kelabu

Nama sebenar masjid ini bukanlah masjid kelabu. Kelabu tu sebab warna luaran masjid ini berwarna kelabu kerana belum dicat ekoran warna simen yang berwarna kelabu padahal Husein tak tahu menahu langsung apa nama sebenar masjid ini. Oleh kerana terlalu asyik melihat keindahan masjid ini sehingga Husein tidak terdetik langsung dalam hati untuk mengetahui nama masjid ini.

Jujur Husein cakap yang kali pertama Husein berpeluang mendirikan solat disini, Husein dah jatuh cinta dengan keindahan masjid ini. Kalau dari luar, masjid ini kelihatan seperti masjid-masjid di eropah kerana seni binanya yang seakan-akan seperti di sana. Walaupun masjid ini belum siap dengan sepenuhnya, tetapi aktiviti untuk menghidupkan masjid telah pun diadakan.

Kebetulan ketika Husein datang singgah solat disini, masjid ini mengadakan program menghafal Al-Quran untuk kanak-kanak. Sangat teruja dan kagum melihat kesungguhan kanak-kanak di sini membacakan ayat-ayat suci Al-Quran walaupun kadang-kadang agak mencuit hati dan terhibur bila mendengarnya. Sambutan daripada penonton pun agak ramai. Ibu bapa, jemaah masjid dan penduduk sekitar antara yang memeriahkan acara tersebut. Untuk acara bagi hafizah-hafizah perempuan pula diadakan di dalam satu bilik khas yang besar.
 Suasana ketika majlis tersebut. Yang lelaki diadakan diluar masjid.

Bila cakap bab masjid ni, Husein teringat catatan MatLuthfi di fb beliau. Satu hari beliau berasa tak tenang dengan lukisan plan kawasan penempatan yang dilukis oleh beliau. Lalu beliau menelefon emaknya dan menceritakan perkara tersebut. Kata emaknya:

“Engko dah letak masjid dalam plan engko tu?”

Bila soalan tu ditanya, terasa macam seketul batu menghempap atas kepala ni. Kenapa la selama ni aku boleh terlupa benda yang paling penting dalam membina sesebuah kawasan penempatan?  Arrrrrggghhhh….

2 ulasan:

  1. Masjid hijau tu cantik gile.. yg kelabu tu pun mcm klasik2.. owh program hafal Quran tu asing2 ek laki n perempuan.. bagus jugak

    BalasPadam
  2. SubhanaAllah,cantik sangat :D

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.