Aidilfitri 1435 Hijrah

ASSALAMUALAIKUM...

Nasib baik Husein pandai cari masa siket untuk update blog ni. Maklumlah... banyak sangat kerja yang perlu Husein buat lepas raya ni. Ingatkan lepas raya boleh la rehat-rehat... menternak lemak.. makan kuih raya banyak-banyak.. huhu... tapi lain pulak yang jadinya. Oh ya... apa citer dengan raya korang semua tahun ni? Mesti penuh dengan kenangan manis kan?

Husein rasa Husein tak ketinggalan lagi untuk bercerita tentang hari raya memandangkan hari raya masih lagi diraikan. Citer berkenaan raya tahun ni, Husein ada banyak citer nak dikongsikan. Antaranya:

1) Sambut Aidilfitri di Malaysia. 
Kalau tahun lepas, Husein sambut raya di perantaun, iaitu di Mesir. Kalau time dengar takbir raya orang arab, tak sedih lagi.. tapi kalau time dengar orang melayu takbir raya, memang syahdu dan sedih je dengar. Sebab tu la kadang-kadang memang teringat kat family tersayang time raya tahun lepas.

Tapi tahun ni, alhamdulillah Husein berpeluang menyambut hari raya bersama family tersayang. Yang jauh di dekatkan, yang dekat semakin dekat. Bila dah lama tak jumpa ni memang konfem ada sorang dua yang tak cam. Nak nak sepupu-sepapat Husein yang dulunya kecik ketot, tapi sekarang dah besar panjang.
Husein bersama kakak sulong dan anak sedara yang comel lagi cute, Adawiyah.

Irfan dan Adawiyah. Dua orang anak sedara Husein yang comel. Yang lelaki tu buat macam tu sebab nak tiru gaya pak sedara dia yang selalu ambek gambar dengan DSLR dia. Sebab tu la mata kenyit bagai sambil pegang mainan dia. Kononnya dia la yang pegang DSLR. 

2) Husein masuk paper Utusan
Citer ni dah Husein ceritakan kat entri yang lepas. Kalau nak tengok jugak, boleh klik disini. Husein ucapkan jutaan terima kasih kepada wartawan Utusan Malaysia kerana sudi interview Husein hari tu. Thank you so much.

3) Aidilfitri di Pahang
Alhamdulillah, tahun ni jugak Husein berpeluang sambut hari raya bersama sanak-saudara Husein di Pahang. Agak lama Husein tak sambut raya bersama mereka disebabkan jarak yang jauh dan masa yang terhad. I think almost 9 years tak jumpa. Tapi alhamdulillah tahun ni family Husein ambek keputusan untuk melawat jugak sanak-saudara Husein di Pahang. So, boleh lah jumpa tok dan tokki kat sana iaitu di Jengka Empat, Pahang Darul Makmur.

4) Happy Birthday to my Papa
Kebetulan pada 31 Julai baru ni termasuk dalam bulan Syawal, merupakan tarikh istimewa buat ayah Husein kerana tarikh ini merupakan tarikh kelahiran beliau. Pada mulanya kitorang adik-beradik berpakat dengan emak sekali untuk buat surprise kat ayah Husein. Kitorang decided untuk sambut ala kadar sahaja memandangkan mood raya pun masih tak hilang lagi. So, kitorang belikan kek yang special untuk ayah.

Kitorang sambut birthday ayah pada malamnya. Mula-mula mak Husein ajak ayah keluar berdua-duaan pergi entah mana tah.. tak ingat dah... shopping kot. Dan pada masa yang sama kitorang adik-beradik ambil kesempatan untuk prepare kek dan benda-benda yang patut. Bila ayah dan mak Husein pulang dari dating berdua-duaan, time tu la kitorang adik-beradik buat surprise kat ayah. Happy Birthday to my lovely ayah, semoga ayah sihat selalu, dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki hendaknya.

5) Praktikal di Mahkamah
Seminggu selepas raya, Husein berpeluang menjalani praktikal di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu. Untuk pengetahuan korang, ni adalah first time Husein menjalani praktikal. Pada permulaan memang Husein agak kekok dan tak biasa tapi lama-kelamaan, alhamdulillah... Husein dah biasa dengan keadaan kerja di situ. Dengan praktikal ni la yang membuatkan Husein kadang-kadang tidur awal. Biasanya pukul satu tengah malam baru tido, ni tak.. pukul duob belas dah lelap mata dah.

Husein ucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan praktikal Husein yang lain iaitu Fatah, Hasrul, Muaz, Haziq, Fadhli, Eiyda, Zati, Asmaa, Taqwa, Aisyah, Ina, Tiqah, Amalina, Habibah, dan member-member yang lain yang banyak mengajar Husein selama ini. Tak lupa jugak kepada staf-staf mahkamah yang lain. Harap kita dapat berjumpa lagi lepas ni. Thank you so much.

Itu ajer cerita Syawal Husein kali ni. Husein harap Syawal korang tahun ni jugak dipenuhi dengan kenangan dan pengalaman manis buat korang semua. Diharapkan tahun depan kita berpeluang menyambut Ramadhan dan seterusnya meraikan Syawal lagi sekali.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket... :-D

11 ulasan:

  1. heheh.. salam Aidilfitri.. seronok dapat beraya dgn keluarga kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. mmg seronok beraya dgn keluarga berbanding raya sorang2 di perantauan.

      Padam
  2. Salam Aidilfitri. Baru hari ni ana nampak entri raya brader husein. Hehe. Takbir raya kat Malaysia ni syahdu sgt. Tu yg dari takdop ayor mata, sampai leleh air mata dipagi syawal. Keh3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf buat cik Ana menunggu.. Salam Aidilfitri.

      Padam
  3. salam dan salam syawal ke 24 :)

    comelnya anak saudara :))...nampak macam meriah ja raya tu ..

    BalasPadam
  4. Mesti jadi kenagan raya di malaysia bila dah lama xbalik malaysia

    BalasPadam
  5. selamat hari raya.

    penat gi rumah terbka sekarang. hehe

    BalasPadam
  6. Cantik yer kakak sulung husin...adawiyah comel sgt...untung uncle dia punya anak buah comel...selamat hari raya hehehe...keep in touch always...terima kasih mengunjungi www.juliajohari.com :)

    BalasPadam
  7. Tahniah Husein. Semoga terus berjaya lagi

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.