Panorama Dal Lake, Kashmir Yang Mesti Anda Lihat

Dari Delhi, saya naik flight ke Srinagar untuk ke Kashmir. Tiket flight haruslah kena beli awal sejak saya berada di Malaysia lagi, bimbang takot tiket dah habis atau seat penuh. Perjalanan dari Delhi ke Srinagar hanya mengambil masa beberapa jam sahaja. Tak sempat nak tido rehat-rehat siket, tengok-tengok dah sampai kat airport. Masa duduk atas flight tu syukur sangat sebab dapat tengok Banjaran Himalaya dari atas langit. Ohsem bebb..

I was like….. tak pernah tengok lagi pemandangan secantik macam tu yang penuh dengan gunung-ganang diselimuti salji beserta kabus/awan yang mengelilingi setiap gunung-ganang yang ada. Sebab tu lah tak sempat langsung nak tido. Mata ni dah disinari dengan pemandangan yang memukau dari atas langit.

At the airport, I was very happy to Javeed for welcoming me and my friends to Kashmir. Actually Javeed is my friend from Kashmir and I have been knew him before but can’t meet him face to face. Tapi bila dah jumpa ni tetiba rasa gembira dan bertuah mempunyai rakan dari negara lain seperti dia. Orang kata, bila ada ramai kenalan dari negara luar makin berkembang pemikiran ye dak.

Dari airport Srinagar, kitorang terus ke Dal Lake sebab kitorang ada sewa houseboat kat sini untuk satu malam. Saya pun tak pasti kenapa ia dinamakan Dal…. Ingatkan kuah dal yang biasa kita makan tu berasal daripada tasik ni tapi ianya bukan sama sekali.
Amazing view of Dal Lake.

Namastee Kashmir

Keindahan tasik ini tidak dapat saya nafikan lagi apabila dapat melihat sendiri dengan mata ini. Walau tasik ini agak tercemar, tetapi ianya tidak lah mengeluarkan bau yang busuk, tidak seperti tasik-tasik lain yang kotor. Air yang bersinar-sinar di permukaan tasik seolah-olah memantulkan cahayanya kearah mata yang melihat. Peluang untuk melihat matahari  terbenam di tengah-tengah tasik ini sememangnya suatu pengalaman yang menakjubkan sambil dikelilingi oleh gunung-ganang dan panahan cahaya matahari yang merah di atas langit.
Menikmati keindahan Dal Lake sambil menaiki shikara.

Selepas puas mengelilingi Dal Lake sehingga maghrib, kami tidak lagi pulang ke houseboat untuk berehat, sebaliknya kami juga sempat membeli makanan dan minuman di kedai yang dibina seperti houseboat disini. Dalam keadaan kami masih berada di atas shikara boat itu, kami sempat membeli Manggo Lassi, aiskrim tempatan dan maggi tempatan yang menjadi pilihan menu kami sambil sempat juga kami mendengar azan maghrib berkumandang.
Pada malamnya, suhu disini agak sejuk sedikit walau saya tahu bahawa saya akan menghadapi ancaman suhu sejuk yang ekstrem di Ladakh dan Leh pada hari yang mendatang. Tetapi ianya cukup untuk merehatkan minda. Saya lena di dalam houseboat di tengah-tengah tasik yang cantik ini. Pengalaman untuk tidur di dalam houseboat di tengah-tengah Dal Lake ini merupakan satu pengalaman yang tak mungkin dilupakan.
Makan malam di houseboat di tengah-tengah Dal Lake ini. 
Dari kiri: Kak Oshin, Kak Ema, Kak Aju, Kak Diela, Kak Bee dan Rafiq.

Seawal selepas subuh keesokkannya, kami bergegas bangun dan bersiap untuk ke pasar terapung disini kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai kehangatan pasar terapung tersebut. Seawal pagi, pasar ini sudah dipenuhi dengan shikara yang terdiri daripada penjual dan pembeli. Antara yang dijual disini adalah sayur-sayuran, buah-buahan, pelbagai jenis bunga, rempah ratus, biji benih, kain baju dan lain-lain lagi.
Pemandangan di waktu pagi

Boleh tahan jugak posing pak cik penjual bunga ni. hahaha...

Suasana di pasar terapung ini begitu riuh-rendah dengan suara penjual dan pembeli. Masing-masing berlaku tawar-menawar antara satu sama lain. Ada diantara penjual disini yang boleh berbahasa inggeris, jadi anda tidak mempunyai masalah apabila hendak membeli di pasar terapung ini. Tapi awas, ada juga yang mengambil kesempatan dengan meletakkan harga yang tinggi kepada pelancong atau menjual barangan tiruan.

Itu la serba sedikit pengalaman saya ketika berada di Dal Lake pada Ogos 2017 baru ni. Jangan tanya segala kos pengangkutan, houseboat dan sebagainya... sebab syok sangat tengok pemandangan Dal Lake ni. Lupa segalanya. hahaha...

Untuk anda yang ingin melihat lagi foto saya di India, boleh follow saya di Instagram: @husein_rider

2 ulasan:

  1. wahh menarik. bila agak nya nak sampai Kashmir ni

    BalasPadam
  2. bestnye dah sampai kashmir!

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.