Tempat Menarik di Dubai

Dubai merupakan satu negara yang terkenal dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang tinggi dan negara pengeluar minyak yang boleh dikata kan besar juga. Salah satu sumber utamanya pula ialah pusat pelancongan. Teknologi yang canggi dan landskap nya yang unik membuatkan ia menjadi bandaraya yang mampu menjadi tarikan pelancong sepanjang tahun.
Jadi hari ni saya nak kongsi tempat-tempat menarik untuk anda kunjungi jika Dubai menjadi destinasi seterusnya.
Jika anda ingin bercuti ke Dubai atau negara-negara di Eropah ini, apa yang menjadi keutamaan sudah semestinya penerbangan ke sana. Banyak airline yang menyediakan penerbangan ke sana. Cumanya anda selesa atau tidak sahaja. Penerbangan jangka masa yang lama akan membuatkan anda rasa betapa pentingnya keselesaan sepanjang penerbangan. 
Jika Qatar Airways adalah antara yang anda fikirkan, boleh sahaja. Cuma agak mahal sedikit kerana kualitinya dalam menjaga passenger. Tetapi jika anda ingin kan yang murah sedikit tetapi dengan kualiti servis yang lebih kurang sama, anda boleh melihat book cheap emirates flight tickets di web Traveloka ini. Emirates Airlines adalah satu syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dubai dan merupakan syarikat penerbangan ke empat yang terbesar di dunia. Apa yang akan membuatkan anda untuk memilih airline ini ialah penerbangan ini tidak mempunyai transit di mana-mana. Dari Kuala Lumpur, ia akan terus sahaja ke Dubai Airport. Mudah sahaja kan?
Walaubagaimanapun, servis airline ini hanya boleh didapati di airport-airport terbesar sahaja dan banyak menumpukan pada benua Eropah, Amerika, Asia dan 3 lagi benua besar yang lain. Jika anda berminat untuk melancong di sekitar benua Asia sahaja, saya cadangkan kepada anda Scoot flight. Anda boleh cuba bandingkan harga scoot online booking di web Traveloka ini. Ianya lebih murah dan berpatutan.
Okay. Selesai sedikit tips mengenai flight. Jom saya senaraikan tempat-tempat menarik di Dubai.
Burj Khalifa
Jika anda sampai ke Dubai, adalah menajdi kewajipan untuk ke menara tertinggi di dunia ini. Bangunan ini di bina bedekatan sahaja dengan bandar Dubai. Anda boleh membeli tiket untuk berpeluang naik ke atas dan bergambar dari tingkat 124 bangunan ini. Saya pasti anda akan kagum dengan panorama yang anda saksikan daripada atas. Saya sarankan kepadaa anda untuk membeli tiket online daripada beli di kaunter. Kerana online harganya murah sedikit dari di kaunter.

Bastakia
Jika anda pernah menonton filem atau bermain game berjudul Prince of Persia, bandar ini mirip seperti di dalam filem tersebut. Ini kerana Bastakia merupakan bandar lama bagi Dubai dan ia pernah menajadi kawasan tempat tinggal peniaga-peniaga Persia apada suatu ketika dahulu. Anda boleh ke sini untuk bergambar berlatarbelakang kan rumah yang dibina dengan batu kapur dan mempunyai senibina kaum Parsi. 

Dubai Mall
Anda ingin membeli-belah? Dubai mempunyai pusat membeli-belah yang banyak dan besar. Tetapi salah satu yang paling popular ialah Dubai Mall. Anda akan melepasi Dubai Mall ini jika anda ingin ke Burj Khalifa dan Dubai Akuarium. Meskipun harga barangan yang dijual di sini agak mahal, ia bukan la satu isu bagi pelancong yang datang kerana barangan yang dijual adalah berkualiti tinggi. Terdapat juga aktiviti lain di dalam Dubai Mall ini salah satunya ialah bermain ski di dalam gelanggang ski yang terbesar di dunia ini.

Dubai Akuarium
Ingat tak tadi saya ada sebut mengenai Dubai akuarium? Anda boleh masuk ke Dubai akuarium ini melalui Dubai Mall. Ini merupakan satu destinasi yang wajib anda pergi kerana di dalam akuarium ini, terdapat lebih dari 130 spesis hidupan laut yang dipamerkan dalam akuarium ini. Apa yang lebih menarik lagi, tangki akuarium setinggi bangunan 3 tingkat ini juga memuatkan lebih daripada 300 ekor jerung dan ikan pari di dalam nya. Anda boleh berjalan menggunakan tunnel yang disediakan.

Dubai Creek
Dubai Creek merupakan satu sungai yang menjadi sempadan antara dua bandar iaitu Deira dan Bur Dubai. Sungai ini la yang merupakan satu punca rezeki untuk mereka mencari ikan dan juga mutiara. Anda boleh ke sini untuk mengambil gambar sambil berjalan di sepanjang sungai ini atau menyusuri sungai dengan menaiki bot kayu yang disediakan


Info tambahan
  • Disebabkan cuaca di sana sangat panas, pastikan anda bawa spek hitam, topi dan minum air secukupnya.
  • Bawa sunblock yang sesuai dari segi spf dan cuaca di sana
  • Makanan tak perlu risau. Majoriti kedai makan di sana semuanya halal.
  • Jika nak murah, anda boleh dapatkan penganngkutan awak seperti train. Tetapi sangat lambat. Saya prefer teksi atau uber.
  • Dapatkan penginapan di sekitar bandar Dubai atau Dubai Mall. Boleh seach di traveloka atau Airbnb.
  • Akhir sekali, jaga keselamatan diri sepeanjang bercutipastikan passport sentiasa ada pada anda.
Setakat ini, itu sahaja tips daripada saya. Semoga info yang saya kongsikan ini memeberi sedikit sebanyak gambaran untuk anda jika Dubai menjadi destinasi anda yang seterusnya. Sehingga kita berjumpa lagi. Selamat bercuti untuk semua~~

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.