Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Gerenti & Waranti

Di dalam dunia yang serba maju ini, pastinya semua produk memerlukan kuasa untuk meyakinkan pengguna untuk menilai dan memastikan produk itu sangat berkualiti atau sebaliknya. Dalam penulisan saya kali ini, saya akan menunjukkan kepada anda macam mana kuasa kita sebagai pengguna dapat mengatasi pengeluar(kilang) atau pengedar(kedai) supaya kuasa pengguna tidak dipandang rendah oleh mereka(pengeluar dan pengedar). Saya juga akan sertakan contoh semasa yang berlaku sekarang untuk anda lebih memahami.

Saya tahu mungkin anda kurang berminat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut memandangkan perkongsian kali ini agak bosan dan membuatkan anda mengantuk, tetapi ketahuilah bahawa apabila anda sudah tahu perkara ini, anda akan tahu macam mana kuasa pengguna adalah lebih besar daripada kuasa pengeluar/pengedar produk.
Macam mana ya ???

Terdapat dua cara yang boleh digunapakai oleh pengguna(kita) untuk memastikan nilai produk itu berkualiti, dijamin halal(bagi makanan), selamat, dan mesra pengguna iaitu dengan adanya jaminan produk (guaranty & warranty).

Apa itu gerenti(guaranty) ??
Gerenti merupakan janji pengeluar berkenaan kualiti sesuatu produk, cuma ianya melibatkan terma yang lebih menyeluruh dan lebih bermakna di mata pengguna. Walaupun gerenti juga boleh dimasukkan ke dalam kontrak waranti, namun ia tidaklah diperincikan dengan lebih jelas seperti waranti.

Gerenti sering digunakan sebagai persetujuan bahawa sesuatu produk itu berkesan atau boleh digunakan dengan baik dan menjadi jaminan bahawa ianya tahan.

Apa kesannya jika tiada gerenti(guaranty) ??
Pengguna akan mula berasa sangsi berbanding produk yang mempunyai gerenti. Pada zaman sekarang, kebanyakkan jaminan gerenti digunakan dalam pembuatan produk kesihatan dan kecantikan. Ini kerana ada juga yang produk-produk yang tidak dijamin selamat untuk digunakan dan mengundang mudarat. Jika jaminan gerenti disertakan, maka pengguna akan berasa selamat dalam penggunaan. Ingat!! Jika mana-mana produk kesihatan yang tiada kelulusan KKM, maka tiada jaminan gerenti bahawa produk itu selamat digunakan oleh pihak kerajaan.


Apa itu waranti(warranty) ??
Waranti bermaksud jaminan secara bertulis yang diberikan oleh syarikat kepada pembeli untuk membaiki atau menukar sesuatu barang jika barang itu rosak atau tidak berfungsi dalam tempoh masa tertentu. Selalunya waranti memerlukan kad atau borang yang telah dicop oleh pengedar.

Apa kesannya jika tiada waranti ??
Terbukti bahawa produk tersebut bukan asli, bahkan ianya adalah tiruan. Produk tiruan bersifat tidak mempunyai waranti dan mudah rosak. Kita mudah melihat produk tiruan ini di kebanyakkan smartphone, gadget, jam tangan, cermin mata, pakaian dan sebagainya.

Jika sesuatu produk itu mempunyai waranti, ia bukan sahaja dapat meyakinkan pengguna bahkan pengguna akan berasa selesa dan percaya dengan kualiti produk yang dihasilkan. Contoh mudah adalah ketika syarikat Samsung dahulunya telah mengeluarkan satu model telefon pintarnya yang mudah rosak. Kebanyakkan pengguna merungut bahawa model tersebut cepat panas dan ada yang terbakar.

Solusinya, Samsung mengutip semula model telefon tersebut daripada pengguna oleh kerana jaminan waranti yang ada. Ini merupakan satu langkah yang bijak daripada Samsung untuk tidak merosakkan reputasi mereka dalam kepercayaan pengguna terhadap mereka.


Kesimpulan
Anda sebagai kuasa pengguna sangat dihargai oleh syarikat, bahkan negara. Di dalam negara kita juga terdapat undang-undang yang menjaga hak pengguna. Pengguna yang bijak adalah pengguna yang prihatin dan memilih kualiti produk yang disertakan dengan gerenti atau waranti bagi menjamin keselamatan dan hak pengguna itu sendiri.

3 ulasan:

  1. Kami yg buat servis pun siap sediakan waranti utk customer. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga pelanggan anda akan sentiasa mempercayai servis anda sentiasa

      Padam
  2. Oh..itu lah beza dia rupanya..bagus2 share about this ✌🏻

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.