Tips Membeli Buku di BigBad Wolf


Sejenis makhluk yang degil yang tak putus asa untuk menambah koleksi buku-buku peribadi. Itu lah perangai saya sejak bermula di alam universiti lagi. Pada mulanya saya berminat untuk membaca komik sehingga lah saya mula minat untuk membaca alat bacaan yang lain iaitu buku ilmiah, buku sejarah dan lain-lain lain. Jadi, kalau ada sahaja karnival/pameran buku yang berdekatan, selalu sahaja saya singgah. So kali ni .. agak-agak korang, berapa buah buku yang berjaya saya borong ??

Buat julung kalinya BigBad Wolf datang ke negeri Terengganu bertempat di MydinMall Gong Badak. Saya rasa semua orang tahu pasal BigBad Wolf ni. Ada sahaja jualan buku yang bertimbun-timbun banyaknya. Antara keistimewaan BigBad Wolf kali ni adalah korang dapat beli buku dengan harga yang tak masuk akal. Korang bayangkan dengan buku yang setebal macam kamus tu korang dapat beli dengan berbelas-belas ringgit je.

Yang paling istimewa sekali adalah, kali ni BigBad Wolf menyediakan diskaun sehingga 95%. WOWW.. pernah ke korang percaya dengan tawaran yang hebat macam ni? Amat rugi bagi golongan yang ‘ulat buku’ kalau tak dapat datang ke sini.



Berapa banyak buku saya dapat beli kali ini?

So, berbalik kepada cerita asal tadi. Berapa banyak buku yang dapat saya borong kali ni?

Jawapannya adalahhhh…………….
 .
 .

 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
Ini dia… sebanyak empat buah buku yang saya dapat borong kali ni. Mostly buku agama la. But another things is tips untuk membeli buku yang sesuai untuk bahan bacaan adalah buku yang susah nak dapat isinya di internet. Sebab kebanyakkan daripada kita sekarang akan merujuk internet untuk mencari rujukan atau bahan bacaan. So, bila isi penceritaan buku tu dah ada kat internet, buat apa korang beli lagi kan.


Tips Membeli Buku yang Sesuai di Karnival/Pameran Buku

Contohnya: kalau korang nak beli buku pasal tips menjadi pelajar cemerlang. Padahal cerita ni korang boleh cari di internet je. Kat youtube lagi belambak siap macam-macam praktikal lagi. So rugi la kalau korang beli lagi buku yang berkaitan dengan tajuk yang macam tu kan.

So carilah buku-buku yang tiada atau hanya sedikit sahaja dapat dijumpai di internet. NOT EVERYTHING FOUND ON INTERNET, EVEN HAPPY TOO.

So basically, antara genre buku yang sesuai dibeli adalah genre buku yang berkaitan dengan sejarah, fakta, agama, biografi, Ensiklopedia, jurnal dan banyak lagi. Tidak banyak isi kandungan di dalamnya yang banyak dikongsikan di internet kerana menjaga ketulenan dan hak cipta. Bagi saya sendiri, saya lebih berminat untuk mencari kitab-kitab terjemahan daripada Arab ke Melayu kerana kitab-kitab seperti ini sangat susah untuk dicari dan tidak banyak dikongsi dalam internet

6 ulasan:

  1. bulan sebelum ni pun big bad wolf ada dekat mydin penang..hoho..tak sempat nak terjah pun,huhu..

    BalasPadam
  2. Bestnyaa. Mesti ralit kan pilih buku. 2-3 jam berlalu tak terasa bagi ulat buku.

    BalasPadam
  3. thank you for the tips pakcikkk. 🌹

    BalasPadam
  4. Da lama tak shopping buku dekat sini ^^

    https://www.nurulsyahirah.com/2019/09/company-trip-kota-kinabalu-dan-kundasang-sabah.html

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.