McDonald's Serahkan Duit Zakat Kepada Maidam

11 Disember yang lalu, Husein sekali lagi berpeluang hadir ke MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT DARI SYARIKAT GERBANG ALAF (MCDONALD’S MALAYSIA). Antara blogger lain yang hadir adalah Sis Gee. Kami dijemput oleh pihak McD untuk hadir memeriahkan majlis tersebut.

Syarikat Gerbang Alaf (McDonald’s Malaysia) telah menyerahkan zakat perniagaan untuk tahun 2018 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berjumlah RM100,000.00. Manakala, secara keseluruhan, zakat dan sumbangan bagi negeri Terengganu menerusi Program Komuniti McDonald’s adalah sebanyak RM490,600.

McDonald’s Malaysia mula menunaikan kewajipan Zakat setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd, sebuah anak syarikat Reza Group di Arab Saudi pada penghujung tahun 2016. Dengan pengambil alihan ini, McDonald’s Malaysia kini dimiliki 100% oleh umat Islam. Oleh kerana itu, adalah menjadi tanggungjawab, komitmen dan kewajipan McDonald’s Malaysia untuk menunaikan zakat pada setiap tahun untuk diserahkan kepada pihak berkuasa zakat negeri-negeri untuk diagihkan kepada golongan Asnaf.

Penyerahan cek disempurnakan oleh Encik Azhar Darbi, Pengarah Kanan Sumber Manusia / Pengerusi Ahli Jawatankuasa Halal Dalaman McD, kepada YBhg. Dato’ Haji Osman bin Haji Muda, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), di Bilik Yang Dipertua MAIDAM, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu.

Wakil Gerbang Alaf (McDonald’s Malaysia) yang turut sama hadir dalam majlis penyerahan zakat tersebut ialah Puan Rosedalina Ibrahim (Pengurus Kanan Hal Ehwal Halal McDonald’s) Encik Md Fazli Razali (Operation Consultant Terengganu) Encik Mohd Ariff Hadi (Operation Consultant Kuantan) dan juga Puan Maimunah Binti Abdullah, (Restoran General Manager McD Gong Badak).

8 ulasan:

  1. Wow..banyaknya sumbangan McD! Terbaik..

    BalasPadam
  2. Tahniah mcdonalds..semoga akan terus maju dimasa akan datang

    BalasPadam
  3. Wow.. Terbaik McDonald’s, ni langkah betul dalam islam ialah bayar zakat kan.. Banyak juga tu amaunnya

    BalasPadam
  4. Semoga Mc Donald's MY melangkah lebih maju

    BalasPadam
  5. Setinggi2 tahniah ya ..blog ni bagus pernah menang anugerah ya

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.