Officially 22

ASSALAMU'ALAIKUM...

Hari berganti hari.. terasa sekejap je masa berlalu. Terasa baru je semalam main basikal dengan abang,... terasa baru je semalam main Beyblade,.... terasa baru je semalam ponteng kelas dekat sekolah lepas tu cari jalan biar cikgu tak sedar.

Hari ni dah officially 22. Umur dah 22 tahun. Dah tua berjanggut dah. Dah nyanyok siket-siket apa yang pernah Husein belajar kat sekolah dulu mase form 3,4,5 dan thanawi 3. Kalau tanye Husein tentang prinsip akaun.... memang lost memory terus. hahaha... :-)

Bila dah masuk 22 ni macam sia-sia je hidup Husein selama ni. Alaaa.... macam Najwa Latif nyanyi tu.. ''Kosong.... Kosong....''.:-p Tapi bila tinggal di bumi Mesir ni, banyak mengajar Husein erti berdikari yang sebenar. Berdikari mase sekolah menengah duduk dalam asrama lain dengan duduk berjauhan dengan family selama bertahun-tahun dengan berlainan benua (Malaysia=Benua Asia, Mesir=Benua Afrika). Kat Mesir ni la jugak mengajar Husein apa yang sebenarnya yang perlu kita kejar kat dunia ni.

Kat sini jugak Husein nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada ma dan ayah Husein di tanah air kerana melahirkan Husein dan memimpin tangan Husein dan adik beradik yang lain dengan baik. Tanpa ma dan ayah mungkin Husein takde kat dunia ni. Dan orang yang pertama sekali ingat birthday Husein pun adalah ma Husein. Ohh... sweet sangat. Emmm... Husein tak sangka bila Husein call ma di tanah air tempoh hari, ma Husein ingat birthday Husein. Ingatkan bila berjauhan ni, jarang la ingat pasal kita. Mungkin Husein pulak yang selalu lupa pasal ma dan ayah di tanah air. Betul kata pepatah orang kita, ''Biar mata berjauhan tapi dekat dihati''. :-)

''Allahummagh firli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani soghiro''. Ni antara doa untuk ma dan ayah yang sentiasa Husein baca. Moga ma dan ayah bahagia di tanah air dan akhirat kelak.

Kat sini jugak Husein nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang ucap kat FB Husein. Husein berbanyak mintak maaf kerana Husein tak dapat ucap terima kasih kat semua orang kat FB. Dan ade jugak yang sanggup bagi birthday cake kat Husein. Terharu jugak siket-siket.... Sob Sob... Thanks you so much and jazakallah kepada Mael, Naim, Daus,Wafi dan Usop kerana belikan Husein kek coklat penuh krim. Sedap hingga menjilat jari ni. Yummy yummy... :-)
Birthday present tahun ni. ACER ASPIRE E1 - 571G. (Padahal beli sendiri je.. bukan ade orang bagi pon)
Terima kasih kerana membaca. Komen sket.. :-)

5 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.