Ekspedisi Mendaki Gunung Sinai - PART 3

ASSALAMU'ALAIKUM...


Klik Part 1 dan Part 2 untuk melihat part yang sebelumnya.

Selepas menyelami kisah Nabi Musa A.S pada part yang sebelum ni, perjalanan Husein kini tertumpu kepada kubu pahlawan Islam zaman dahulu iaitu Kubu Salahuddin Al-Ayyubi atau disebut sebagai Qal'ah Salahuddin yang berada di kawasan yang bernama Taba. Taba adalah satu tempat yang terpencil yang jauh dari kemodenan Mesir. Maka tidak hairanlah jika Husein terlihat kawasan penempatan masyarakat arab badawi disini. Ibarat kita kat Malaysia adalah seperti masyarakat orang asli la. 
Penempatan masyarakat orang asli arab atau badawi di Taba, Mesir.

Taba juga menjadi salah  satu tempat yang sering dikunjungi oleh pelancong kerana ia berada pada sempadan empat buah Negara iaitu Mesir, Jordan, Israel dan Arab Saudi. Jadi tidak hairanlah kalau Husein menerima SMS daripada syarikat telekomunikasi dari empat buah negara tersebut. Telefon asyik berbunyi je time sampai kat sana. Ganggu orang nak shoot betol. Husein hanya selangkah sahaja lagi untuk menuju negara Arab Saudi atau Jordan atau Israel. Passport pon masih hidup lagi. Hehehe…
See ?? Taba sangat dekat dengan Jordan, Arab Saudi dan Israel.

Cerita tentang kubu Salahuddin Al-Ayyubi pulak,… tak semestinya kubu beliau berada disini tetapi kubu beliau juga berada di Alexanderia dan Cairo(Kaherah) dan lain-lain lagi. Di kawasan ini pernah menjadi rebutan antara Mesir dan Israel tetapi akhirnya kawasan ini berpihak kepada Mesir. Tengok kat atas kubu tu…. Tu la bendera negara Mesir.
Macam Tembok Besar Cina la pulak kubu Salahuddin ni. Dibelakang sana adalah Jordan. Tengok??? Kan dah nampak negara Jordan. Dekat je kan.


Selepas ambek gambar banyak-banyak kat sini, perjalanan Husein terus menuju ke Gunung Sinai. Sebelum mendaki Gunung Sinai, Husein kena lah rest dulu secukupnya untuk mendapat tenaga yang cukup untuk mendaki. Nak tahu cerita Husein mendaki gunung yang penuh bersejarah ini? Nantikan entri yang seterusnya k....

Terima kasih kerana membaca. Komen sket...

3 ulasan:

  1. Fuyooo....best ye...

    jom -->> http://iss-life.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. http://tashaqisha.blogspot.com/
    please follow me back.. i'm new here...so, i need your support to improve my blog.... n salam ukhuwah dari tasha aqisha

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.