Ekspedisi Mendaki Gunung Sinai, Mesir - PART 4
ASSALAMU'ALAIKUM...
Selepas melihat dari jauh kubu Salahuddin Al-Ayyubi di Taba, Husein tiba di tempat pendakian kira-kira 3 jam selepas itu. Husein tiba di Safari Moon Land Camp & Hotel untuk beristirehat dan menyimpan tenaga untuk aktiviti pendakian yang semestinya mengambil tenaga yang banyak untuk mendaki. Kalau ikutkan pengalaman Husein sebelum ni, memang takde pengalaman langsung dalam bab mendaki gunung ni. Tapi kalau mendaki bukit pernah la....
Semestinya misi utama Husein adalah mendaki Gunung Sinai, gunung yang namanya tercatat dalam Al-Quran. ''Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun, demi Gunung Sinai, dan demi negeri (Mekkah) yang aman ini.'' [At-Tin. Ayat 1-3]
Cerita mengenai sejarah Gunung Sinai, pernah sekali Nabi Musa A.S. diperintahkan oleh Allah S.W.T. untuk mendaki gunung ini kerana untuk menjaga hati Nabi yang sedang bergelumang dengan masalah umat Nabi Musa dan juga untuk mengelakkan kritikan dari umat Nabi Musa yang pada masa itu mengkritik dan mengejek Nabi Musa A.S. Kerana itulah jugak, Husein nak rasai sendiri bagaimana jerit-perit yang dilalui oleh Nabi Musa A.S. untuk mendaki gunung yang bersejarah ni
Tapi Husein tak boleh tolak risiko mendaki gunung pada waktu malam. Antaranya, berisiko untuk sesat tak jumpa jalan, berisiko untuk mendapat cahaya yang secukupnya untuk melihat jalan trek,berisiko tinggi apabila lalu pada batu-bata yang licin dan berisiko untuk cedera. Sebab tu lah, antara benda yang penting bila mendaki tengah malam adalah lampu atau torch light.
Sebab yang kedua adalah: semestinya bila cakap bab mendaki gunung ni mengambil masa berjam-jam untuk sampai ke puncaknya. So, bila sampai kat puncak Gunung Sinai, Husein berpeluang melihat pemandangan indah matahari terbit bila waktu subuh kian menjelma. Korang bayangkanlah kalau lah matahari dah kira cantik bila korang tengok dari tingkap bilik korang, apetah lagi tengok kat atas puncak gunung. Subhanallah... sungguh indah ciptaan-Mu.
Pada mulanya ingatkan hanya hujan biasa-biasa je, lalu Husein menadah tangan untuk merasa kesejukkan air hujan di Gunung Sinai. Tapi lama-lama air hujan tu rasa kasar la pulak. Rupa-rupanya, hujan batu melanda Gunung Sinai masa tu. Sakit bila terkena kat kepala. Bila hujan dah turun, menambahkan kesejukkan Gunung Sinai masa tu. Bila bercakap atau bernafas pun dah terkeluar asap. Alaa.... macam citer omputeh tu. Tapi satu je tips atau amalan orang tua-tua kita bila hujan batu turun adalah kita tadah tangan dan makan/telan hujan batu tu. Dan Husein sendiri tengok orang arab kat situ buat camtu jugak.
Semestinya misi utama Husein adalah mendaki Gunung Sinai, gunung yang namanya tercatat dalam Al-Quran. ''Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun, demi Gunung Sinai, dan demi negeri (Mekkah) yang aman ini.'' [At-Tin. Ayat 1-3]
Cerita mengenai sejarah Gunung Sinai, pernah sekali Nabi Musa A.S. diperintahkan oleh Allah S.W.T. untuk mendaki gunung ini kerana untuk menjaga hati Nabi yang sedang bergelumang dengan masalah umat Nabi Musa dan juga untuk mengelakkan kritikan dari umat Nabi Musa yang pada masa itu mengkritik dan mengejek Nabi Musa A.S. Kerana itulah jugak, Husein nak rasai sendiri bagaimana jerit-perit yang dilalui oleh Nabi Musa A.S. untuk mendaki gunung yang bersejarah ni
Get Ready.
Misi pendakian Husein bermula kira-kira jam 1 pagi. Hahaha... mesti korang tanye kenapa mesti naik gunung lewat tengah malam kan?? Hahaa... sebabnya adalah: Kalau naik gunung pada siang hari, kita akan rasa lama sebab kita boleh tengok jalan dan puncaknya. So, bila naik malam kita susah nak tengok puncaknya dan susah nak tengok jalan dan secara automatik kita takkan rasa lama untuk berjalan mendaki gunung. Juz jalan ikut trek dan akhirnya sampai. Korang tak percaya? Try la sekali naik gunung tengah malam. Konfem tak rasa lama mendaki.
Sedang berada pada tempat bermula pendakian. Maaf, background belakang adalah bukan Gunung Sinai.
Sebab yang kedua adalah: semestinya bila cakap bab mendaki gunung ni mengambil masa berjam-jam untuk sampai ke puncaknya. So, bila sampai kat puncak Gunung Sinai, Husein berpeluang melihat pemandangan indah matahari terbit bila waktu subuh kian menjelma. Korang bayangkanlah kalau lah matahari dah kira cantik bila korang tengok dari tingkap bilik korang, apetah lagi tengok kat atas puncak gunung. Subhanallah... sungguh indah ciptaan-Mu.
Berehat sebentar sambil menahan kesejukkan. Grrrrrrr.........
Pendakian Husein kali ni ditemani dengan cuaca yang sangat sejuk hingga ke tulang. Tak silap Husein suhunya sekitar 0-2 darjah celcius. So, memang terpaksa pakai pakaian yang tebal-tebal untuk mendaki. Tak pernah lagi pakai setebal macam ni. Sejuuuuukkkkk........ sampai terketar-ketar badan. Dan apabila Husein sampai ke satu check point, Husein terpaksa berhenti sebab hujan turun dengan lebat. So, terpaksa berhenti untuk mengelakkan pakaian menjadi basah. Kalau dah basah, lagi sejuk la kite nak naik gunung.Pada mulanya ingatkan hanya hujan biasa-biasa je, lalu Husein menadah tangan untuk merasa kesejukkan air hujan di Gunung Sinai. Tapi lama-lama air hujan tu rasa kasar la pulak. Rupa-rupanya, hujan batu melanda Gunung Sinai masa tu. Sakit bila terkena kat kepala. Bila hujan dah turun, menambahkan kesejukkan Gunung Sinai masa tu. Bila bercakap atau bernafas pun dah terkeluar asap. Alaa.... macam citer omputeh tu. Tapi satu je tips atau amalan orang tua-tua kita bila hujan batu turun adalah kita tadah tangan dan makan/telan hujan batu tu. Dan Husein sendiri tengok orang arab kat situ buat camtu jugak.
Sedang berada pada satu check point. Another 3 kilometers away to the top of Sinai Mountain.
Akhirnya, kira-kira pukul 5 pagi, Husein selamat kembali semula ke bawah gunung walaupun terpaksa berjalan lebih lama sebab sesat dan berpecah dari kumpulan. Alhamdulillah, macam seolah-olah benda ni akan terjadi, maka Husein sejak dari mula lagi dah bersedia dan mengecam semula jejak-jejak yang Husein lalui mase mula mendaki tadi disamping berbincang dengan ahli kumpulan.
I hope I can go there again.Itu aje yang mampu Husein kate kan. Gunung Sinai bukanlah sebuah gunung yang sembarangan. Namanya terukir dalam kitab suci Al-Quran. Gunung yang penuh dengan sejarah Islam. Akhirnya Husein dapat rasai sedikit bagaimana jerit-perit Nabi Musa A.S. mendaki Gunung Sinai ni. Alhamdulillah....
Terima kasih kerana membaca. Komen sket.. :-)
untunglah sudah daki gunung sinai. hehe
BalasPadamBanyak citer dan kisah tentang Gunung Sinai..
BalasPadamSejarah perlu didalami dan difahami..
Tapi memang daki gunung pakai kasut tue je ke?
Hahahaha...