Ekspedisi Mendaki Gunung Sinai, Mesir - PART 2

ASSALAMU'ALAIKUM...

Entri ini adalah sambungan pada entri yang lepas. Anda terlepas Part 1? Klik disini.

Alhamdulillah.. pada 26 hingga 28 Februari yang lepas Husein berpeluang menjejaki tinggalan-tinggalan sejarah para Anbiya' di Mesir. Dan kali ini Husein ingin mengajak anda semua menjejaki tinggalan sejarah Nabi Musa A.S. iaitu Mata Air Nabi Musa. Errrkkk... tapi, tajuk entri kat atas kan tentang ekspedisi mendaki Gunung Sinai? Kenapa nak cerita tentang mata air Nabi Musa pulak? Emmmmm..... Camni la ye, sebelum Husein pergi mendaki, Husein ade singgah di beberapa tempat lain dulu. So, korang jangan bimbang kerana Husein akan ceritakan jugak pasal mendaki Gunung Sinai tu... cuma... di entri yang lain ye. :-)

On the way ke Gunung Sinai, Husein berpeluang singgah di mata air Nabi Musa A.S. yang memakan masa kira-kira dua jam dari Kaherah, Mesir. Pada mulanya, tanggapan Husein tentang mata air Nabi Musa ni adalah seperti air terjun yang ada air banyak tapi...... ternyata anggapan Husein tu salah.
WELCOME.
Akhirnya sampai jugak kat tinggalan sejarah Islam mata air Nabi Musa A.S. Papan tanda kat sebelah Husein tu menunjukkan salah satu mata air Nabi Musa. Kenapa Husein sebut salah satu? Ade banyak ke? Yup.. Yang sebenarnya mata air Nabi Musa ade 12 semua sekali. Tapi yang kelihatan hanyalah enam sahaja dan yang berbaki lagi mungkin ditelan zaman. Tapi yang Husein berpeluang tengok sendiri hanya dua je.... yang empat lagi tak sempat coz tak sempat masa.

Kisah ini mata air Nabi Musa A.S. ni ade termaktub dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 60 yang bermaksud:
''Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ''Pukullah batu itu dengan tongkatmu!'' Maka memancarlah daripadanya dua belas mata air.''

Mata air yang pertama yang Husein sempat melawat. Tengok! kan dah kata yang anggapan Husein tentang rupa sebenar mata air Nabi Musa adalah salah. Ternyata mata air Nabi Musa adalah seperti telaga tetapi ianya adalah lebih besar dari telaga yang biasa kita tengok.
Ini pulak mata air yang kedua yang sempat Husein lawat. Seperti kat gambar papan tanda kat atas tadi, kedalaman mata air Nabi Musa ni adalah sedalam empat meter dan diameternya adalah lebih kurang 5.5 meter. Tengok! besarkan mata air Nabi Musa ni? Subhanallah... :-)
Ni pulak gambar di kawasan sekitar mata air Nabi Musa A.S. Yang belah kanan atas tu adalah mata air yang kedua tadi. Kalau korang tengok gambar ni mesti korang ingat kat sini macam pantai kan? Tapi yang sebenarnya tak. Kat sini macam padang pasir.
Lepas Husein melawat mata air Nabi Musa ni, terasa macam berada pada zaman Nabi Musa pulak. Husein dapat melihat dengan pancaindera Husein sendiri mata air Nabi Musa yang sangat cantik. Dan lepas Husein puas ambek gambar kat sini, Husein terpaksa ikut rombongan menuju Taba'. Korang kenal nama tempat yang bernama Taba'? Apa yang ade dekat Taba'? Ape kaitan Taba' dengan Salahuddin Al-Ayyubi(Panglima perang Islam suatu ketika dulu)?. Semuanya akan Husein cerita pada entri yang akan datang. :-)

** Its already February. You know what is about Husein in February? Hehehe...

Terima kasih kerana membaca. Komen sket :-)

2 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.