Ekspedisi Mendaki Gunung Sinai, Mesir - PART 1

ASSALAMU'ALAIKUM... dan salam perkenalan semua.
Alhamdulillah, segala puji hanya pada-Mu Ya Allah... dapat Husein pergi jalan-jalan lagi baru-baru ni travel around Egypt. Its is really fantastic. Fully with adventure, fun, and enjoy. Tidak tergambar perasaan Husein untuk diluahkan kat korang sume. Tapi kali ni, Husein tetap gigih segigih-gigihnya untuk menceritakan perjalanan Husein mendaki Gunung Sinai di Mesir.

Sebelum tu, korang kenal Gunung Sinai? Ohhh.. sebelum Husein nak mendaki gunung ni, Husein ade tanye kat kawan-kawan Husein kat Malaysia yang diorang kenal tak Gunung Sinai. Dan.... korang nak tahu ape jawapan diorang??? ...........Jawapannyeeerrrrr................

''TAK KENAL''. Emmm.....So sad. Ingatkan diorang kenal. Bagi korang yang tak kenal tentang Gunung Sinai boleh search aje kat Google tu. Senang kan??... Tapi,.... ape yang boleh Husein katekan kat sini adalah Gunung Sinai ada tertulis dalam Al-Quran dalam Surah At-Tiin.


''Demi buah Tiin dan Zaitun, Dan Gunung Tursina, Serta negeri (Makkah) Yang aman ini,''. (Surah At-Tiin, 1-3)

Gunung Sinai

Sebelum Husein bertolak ikut serta dalam ekspedisi ni, mestilah Husein kena bersiap sedia dengan segala kelengkapan kan. Antara persediaan Husein untuk ekspedisi kali ni adalah persiapan jasmani dan rohani. Jasmani kat sini maksudnya.... badan Husein mestilah kuat untuk tahan suhu dibawah paras beku nak naik gunung (tak boleh lembek-lembek ok), dan takde penyakit (yang ada penyakit lelah amatlah tidak digalakkan untuk mendaki gunung).

Tapi yang sebenarnya Husein dah terkena penyakit selsema sebelum ekspedisi ni yang boleh mencacatkan perjalanan Husein sebab dapat menghalang aliran udara masuk keluar kat hidung Husein. Tapi tak la teruk sangat selsema Husein dan Husein dah cuba sedaya upaya untuk sembuh sebelum hari ekspedisi.... tapi.... kuasa Allah yang menentukan segalanya. Kita hanya mampu berusaha je. Kan??

Rohani pulak maksudnye Husein dah baca kisah sedikit sebanyak kisah Gunung Sinai ni tapi tak banyak la. Dan Husein sangat-sangat berterima kasih kepada guide Husein sebab tolong Husein ceritakan lagi kisah disebalik Gunung Sinai ni. Alhamdulillah, syukur sangat ada guide yang mesra. Boleh la Husein rasakan lagi aura disebalik Gunung Sinai ni. Dan seperti biasa, Husein akan menelaah satu kitab sebelum bertolak dan kitab yang Husein pilih kali ni adalah kitab Al-Azkar karangan Imam An-Nawawi yang menceritakan tentang adab-adab musafir yang sesuai dengan keadaan Husein yang akan musafir.
Ekspedisi Husein kali ni ditemani oleh enam orang kawan Husein yang join same;- Wafi, Sopi, Naim, E-man, Daus dan Apih.

Dari segi kelengkapan pulak, mestilah Husein kena bawak banyak baju dan seluar untuk tahan kesejukkan yang amat dibawah paras beku. Kalau korang nak tahu camne pengalaman Husein mendaki Gunung Sinai dibawah paras beku..... kena lah tunggu entri seterusnya. hehehe... buat suspen la pulak. :-) Tunggu tau.

Ni la bas yang mengangkut kitorang pergi kesana kemari.

Ok, itu aje untuk kali ni. Issyhhhh... tak sabar rasenye nak tulis pengalaman naik Gunung Sinai. Husein tak dapat nak tulis sekarang sebab terlalu banyak gambar yang akan Husein letak nanti...... so,....nantikan My Journey to Sinai Mountain entry ok. :-)

Terima kasih kerana membaca. Komen sket :-)

3 ulasan:

  1. Gunung sinai tu gunung tursina ke??? -_- *ceteknya ilmu aku*

    BalasPadam
  2. akhi wafi dan akhi naim sy sempat kenal.. :)
    sanagt bertuah kalian..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.