Let's Pray For Sabah
ASSALAMU'ALAIKUM...
Beberapa hari yang lepas, Husein ada mengikuti perkembangan di tanah air. Seperti biasa... kita sebagai seorang muslim harus mengambil cakna (ambil berat) akan keadaan saudara-maranya yang lain. Dan seperti biasa juga, banyak isu-isu yang dibualkan di tanah air. Dan paling memeranjatkan Husein adalah isu yang berlaku di Lahad Datu, Sabah. Rasa sedih dan terkejut pabila mendengar tanah air ku yang nun jauh disana diserang oleh pihak lain.
Isu di Lahad Datu ada dibincangkan oleh ahli usrah Husein sendiri yang berjalan setiap minggu. Pada mulanya, Husein jangkakan bahawa isu ini mungkin hanya isu yang biasa-biasa aje memandangkan pada masa tu, tidak berlaku lagi pembunuhan yang melibatkan nyawa terkorban. Semasa isu tu dibincangkan dalam usrah yang diketuai oleh naqib usrah Husein yang 'alim dan sempoi, Ustaz Mannan, hanya berbincang tentang punca perbalahan yang berlaku di Sabah...... dan Husein masih lagi bingung-bingung tentang isu ni.
Dan apabila isu ini mula menjadi bualan hangat media massa Malaysia, mulalah diri ni nak sibuk jugak ambil berat tentang isu ni. (masa bincang dekat usrah hari tu tak nak ambil tahu pulak??.. ape la Husein ni :-p). Ibarat sudah terhantuk baru terasa. (ceh, main-main pantun pulak aku ni. Padahal bahasa melayu mase SPM dulu tak dapat A pun). Itulah Husein, bila dah terkena kat tanah air sendiri baru lah nak ambil tahu. Bila keadaan jadi makin teruk, baru lah nak ambil tahu. (Husein rasa korang pun same jugak kan???)
Tiada apa yang mampu Husein tolong melainkan doa untuk pejuang-pejuang tanah air kita agar dipermudahkan segala urusan dan diberikan jalan yang terbaik untuk segala pengakhiran. Husein terasa macam berada kat Lahad Datu pulak sekarang ni. Husein cakap macam tu sebab Husein tahu, apabila situasi perang berlaku, segala aktiviti diluar rumah terpaksa tergendala.... perintah darurat berkuat kuasa, nyawa terancam, dan macam-macam lagi lah.
Akhir sekali, Husein harap tanah air kita yang tercinta akan aman sentosa dan tidak berlaku peperangan sepertimana negara-negara yang sedang bergolak sekarang ni. Juga harapan Husein adalah semoga tidak berlaku pertumpahan darah dan nyawa yang terkorban lagi. Al-Fatihah kepada mangsa yang terkorban...... Al-Fatihah.........Peace No War.
Terima kasih kerana membaca. Komen sket...
Beberapa hari yang lepas, Husein ada mengikuti perkembangan di tanah air. Seperti biasa... kita sebagai seorang muslim harus mengambil cakna (ambil berat) akan keadaan saudara-maranya yang lain. Dan seperti biasa juga, banyak isu-isu yang dibualkan di tanah air. Dan paling memeranjatkan Husein adalah isu yang berlaku di Lahad Datu, Sabah. Rasa sedih dan terkejut pabila mendengar tanah air ku yang nun jauh disana diserang oleh pihak lain.
Isu di Lahad Datu ada dibincangkan oleh ahli usrah Husein sendiri yang berjalan setiap minggu. Pada mulanya, Husein jangkakan bahawa isu ini mungkin hanya isu yang biasa-biasa aje memandangkan pada masa tu, tidak berlaku lagi pembunuhan yang melibatkan nyawa terkorban. Semasa isu tu dibincangkan dalam usrah yang diketuai oleh naqib usrah Husein yang 'alim dan sempoi, Ustaz Mannan, hanya berbincang tentang punca perbalahan yang berlaku di Sabah...... dan Husein masih lagi bingung-bingung tentang isu ni.
Dan apabila isu ini mula menjadi bualan hangat media massa Malaysia, mulalah diri ni nak sibuk jugak ambil berat tentang isu ni. (masa bincang dekat usrah hari tu tak nak ambil tahu pulak??.. ape la Husein ni :-p). Ibarat sudah terhantuk baru terasa. (ceh, main-main pantun pulak aku ni. Padahal bahasa melayu mase SPM dulu tak dapat A pun). Itulah Husein, bila dah terkena kat tanah air sendiri baru lah nak ambil tahu. Bila keadaan jadi makin teruk, baru lah nak ambil tahu. (Husein rasa korang pun same jugak kan???)
Tiada apa yang mampu Husein tolong melainkan doa untuk pejuang-pejuang tanah air kita agar dipermudahkan segala urusan dan diberikan jalan yang terbaik untuk segala pengakhiran. Husein terasa macam berada kat Lahad Datu pulak sekarang ni. Husein cakap macam tu sebab Husein tahu, apabila situasi perang berlaku, segala aktiviti diluar rumah terpaksa tergendala.... perintah darurat berkuat kuasa, nyawa terancam, dan macam-macam lagi lah.
Korang nak ke situasi macam ni berlaku kat negara kita??
Terima kasih kerana membaca. Komen sket...
Sedih bila filipina claim balik sabah. Kenapa baru sekarang? Tak terbayang rasanya bila sabah keluar dr malaysia. Baca dkt page facebook filipina, dasyat cgk komen2 dari org2 filipino. Padahal sebelum ni ok saja. ramai jgk kwn dr filipina yg dtg belajar d sabah.
BalasPadamMemang sentiasa doakan yang terbaik untk Sabah.
BalasPadamTapi memang sedih melihat sesetengah ahli-ahli politik yang suka buat statement mengeruhkan lagi keadaan. Really hoping everyone can unite to handle this matter...
Bukan jadikan isu nie bahan jenaka... sedih tengok..