Holiday at Dahab, Egypt

ASSALAMU'ALAIKUM...
Nak cerita ke tak nak cerita ah?? Emmm.... Mula-mula tu, rase macam tak nak cerita la pulak pasal ni tapi... bila dikenangkan semula... cam menarik je pengalaman holiday at Dahab, Egypt. Dahab adalah salah satu tempat tumpuan pelancong asing yang datang ke Mesir semata-mata untuk melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. Pada kebiasaannya, pelancong asing akan datang ke sini pada musim sejuk oleh sebab suhu disini akan menjadi sangat panas apabila datangnya musim panas berbanding di tempat lain.

Antara aktiviti yang menarik yang boleh korang join macam aktiviti sky diving, berenang, shopping dan jugak motorbike. Oleh kerana mase Husein pergi baru ni adalah musim sejuk, maka Husein pilih aktiviti motorbike sebab kalau pilih sky diving or berenang confirm sejuk habis sampai ke otak. huhuhu.... :-)
Vrroommm.... vrroommmm... Jom merempit dengan motorbike. hehehe.. :-)
 Yeaahhhhh.... alhamdulillah, akhirnya dapat jugak rasa naik motorbike ni. First time la ni naik motorbike. Mula-mula agak nervous siket coz nampak macam susah je kawal benda ni... dah la beso.... tapi bila dah naik, senang je... macam naik skuter pulak. Tak perlu main giar banyak-banyak.

Sambil drive motorbike, sambil melihat keindahan ciptaan Ilahi yang tiada tolok bandingnya. Cantik sangat pemandangan kat sini. Husein dibawa drive ke kawasan gurun. Ohh... feel like Aladdin. hahaha....Amat susah nak jumpa kalau dibandingkan dengan Malaysia. Sepanjang perjalanan Husein drive motorbike, Husein dihidangkan dengan pemandangan bukit-bukau yang cantik sambil hirup udara segar pepagi bute. :-)
Sampai ke satu check point, Husein berhenti kejap sambil menikmati secawan teh nat-nat. Husein ulang sekali lagi.. Secawan teh nat-nat. Hahaha... macam kelako pulak panggilan tu tapi... memang tu la panggilan yang biasa orang melayu kat sini panggil. Kenapa ada nat-nat pulak kat belakang tu?? sebab... teh yang Husein rasa tu adalah teh bercampur pudina original. Pudina dalam bahasa arabnya dipanggil ''Nat-Nat''. So, memang rasa kesedapan teh dan pudina tu. Mulut rasa fresh je bila minum... murah pulak tu.. hanya LE 5 (lebih kurang RM 2.50) secawan. Tak pernah lagi Husein rase minum teh sesedap macam tu... mai secawan. hahaha...

Ok... dah letih drive motorbike, its time to go back home. Kali ni, Husein menginap di Hotel Octopus Resort. Hotel ni adalah yang paling famous kat sini kerana tempatnya yang strategik yang dekat dengan tempat shopping dan kawasan tempat penginapan yang sangat cantik. Everthing seen white... bangunan, kerusi, tiang... putih habis. Semua dicat warna putih. Lagipun, putih kan warna suci. hehe...
Cantik kan?? Siap ada kolam renang lagi..huhu..

Terima kasih kerana membaca. Komen sket...

3 ulasan:

  1. Study kat Mesir eh? Aku dah 5 tahun dekat sini pun tak pergi lagi Dahab.

    BalasPadam
  2. Wahh ... seronok jugak ya Dahab.

    Dah 3 tahun kat Mesir, saya tak pernah jejak ke sana. Mungkin Tuhan masih belum izinkan.

    Takpe, redha itu pasrah, pasrah itu menyerah. ;)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.