Rider di Forum Antarabangsa,Kaherah

Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam kerana pada tarikh 30 Jun 2011 mungkin tidak dapat Rider lupakan kerana tarikh ni adalah tarikh yang gembira buat Rider kerana dapat bersama-sama dengan antara saf kepimpinan tertinggi dunia Islam secara langsung. dengan azam yang kuat dan semangat yang tinggi, Rider telah pergi menghadiri satu forum antarabangsa iaitu Forum Antarabangsa Hari Kemenangan bersama Al Quds dan Palestin di Azhar Conference Center(ACC) di Kaherah,Mesir. Sehari sebelum itu, pihak Universiti Al-Azhar telah pun menwar-warkan kepada seluruh pelajar-pelajarnya tentang forum ini tapi tidak ramai yang tahu tentang forum ni. Antara kepimpinan tertinggi Islam yang hadir dalam forum kali ni adalah Syeikhuna Dr.Jamal Faruq[ulama' terkenal di Mesir], Syeikh Ali Jum'ah[ulama' terkenal dunia], dan lain-lain lagi. Turut serta dalam forum ni adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai ketua bagi forum kali ini dan diiringi isterinya, Tun Dr.Rosmah Mansor.

Forum kali ni mendapat tumpuan meluas daripada pihak media massa Mesir khususnya sehingga dewan pada forum kali ini dipenuhi oleh kamera2 daripada mereka. Alhamdulillah, Rider bersama sahabat-sahabat Rider,:-Hafizuddin,Asbahani,Muhaimin,Firdaus- telah bersama2 mendengar perbincangan yang telah dibincangkan oleh saf kepimpinan tertinggi dunia Islam tentang kebebasan Al Quds dan Palestin.
antara babak pelbagai pihak media yang sedang membuat liputan semasa forum berlangsung

Antara kalam Dr.Mahathir yang 'melekat' di fikiran Rider adalah,: ''Cara yang mesti kita gunakan untuk membebaskan Palestin dan Al Quds adalah menggunakan cara yang moden seperti sekarang''. Rider agak kurang setuju dengan pandangan Dr. Mahathir ini kerana bagi Rider, cara yang terbaik untuk kita membebaskan Palestin dan Al Quds itu sendiri adalah dengan menggunakan cara lama dan cara moden. Mungkin pendapat Rider ni kurang dipersetujui oleh beberapa pihak kerana sape la Rider dibandingkan dengan Dr.Mahathir yang ada banyak pangkat dan jawatan... tapi apabila kita menggabungkan kedua-dua cara ini, Rider yakin, akan timbulnya rasa takut Israel dan sekutunya kepada kekuatan Islam itu sendiri.. Sorry, Rider tak berminat nak cakap panjang lebar tentang hal ni ok !!.. korang buat2 faham je la..

Tun Dr.Mahathir [kanan sekali] dan Syeikh Ali Jum'ah[tengah]
Dr. Mahathir juga menyifatkan bahawa beliau tidak setuju dengan kebangkitan di Mesir baru2 ni. Sekali lagi Rider agak kurang setuju dengan pendapat beliau kerana jangan kita lupa bahawa rakyat juga mempunyai hak untuk bersuara jika pemimpin mereka melakukan suatu yang salah di sisi undang2 negara. Sebagaimana yang kita tahu bahawa Mubarak telah membuat kezaliman ke atas rakyatnya sendiri apabila kiraan hartanya sahaja sudah mencecah berbilion ringgit. Dari manakah beliau cari duit sebanyak itu sampai berbilion ringgit??? Rider yang masih menuntut di Mesir ini pun sudah merasai derita rakyat Mesir apabila ramai yang diantara mereka terdiri dari golongan fakir miskin sehingggakan ada yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang bertungkus-lumus mencari sesuap nasi di tengah-tengah timbunan sampah sarap. Ada juga diantara mereka yang sejak dari kecil lagi sudah diajar untuk menjadi peminta sedekah kepada orang ramai. Oppss.. Rider juga tak nak cakap banyak tentang hal ni.. harap2 lepas pilihanraya Mesir pada bulan 9 ni dapat mengubah Mesir ni kepada yang lebih baik.. :-)

Lepas tamat forum tersebut, Rider berkesempatan bergambar dengan mereka yang hadir disitu. Gembira sangat dapat bergambar dengan saudara seislam yang lain dari negara lain. benarlah firman Allah S.W.T. yang bermaksud: '' Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara''.

Antara gambar yang tak mungkin Rider lupakan. Gambar bersama Syeikhuna Dr.Jamal Faruq secara dekat. Amat jarang sekali utk boleh bergambar dengan para ulama' muktabar. Kalau korang nak lebih lanjut tentang Syeikh Dr.Jamal Faruq, boleh search aje di google/yahoo dll.
dari kiri: Muhaimin,Asbahani,Aku,Firdaus
sempat lagi pose dgn kain Palestin tu...






bergambar bersama pihak media arab

orang ramai berkurumun semasa Tun Dr.Mahathir pulang menaiki kereta.
habis je forum ni,Rider terpaksa pergi ke kuliah plak. lepas habis ambik ilmu kat forum, ambik la ilmu kat kuliah plak. hahaha..

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.