Peristiwa Yang Akan Berlaku pada Julai 2011

Salam perkenalan semua,.. di harap sihat wal'afiat semuanye.. kali ni Rider cuma nak post tentang peristiwa yang akan berlaku pada bulan Julai 2011 nanti. Bukan ape...sebab Rider dah kaji selidik kemas-kemas, rupanya banyak juga peristiwa yang menarik perhatian kita semua pada bulan Julai nanti. Mungkin antara peristiwa ini, akan dikenang oleh semua lapisan masyarakat khususnya di Malaysia. Oleh itu, tanpa membuang masa mari kita saksikan antara peristiwa-peristiwa menarik yang akan berlaku pada Julai 2011 nanti...




1 Julai- Final Imam Muda Musim Ke-2


    Pada musim yang pertama, rancangan Imam Muda atau IM telah memecah tradisi negara Malaysia apabila rancangan ini telah mendapat perhatian seluruh dunia termasuk di benua Eropah dan telah mendapat perhatian beberapa media massa terkemuka dunia termasuk Reuters,AFP,Wall Street Journal, The Daily Telegraph dan lain-lain lagi. Dan pada kali ni, rancangan tersebut telah pun berada pada final bagi musim kedua yang melibatkan Imam Muda Hassan dan Imam Muda Nazrul. Selama 9 minggu kesemua Imam Muda terdiri daripada pelbagai negeri telah dilatih dan disingkirkan dan pada minggu ke-10 ini, akan menobatkan Imam Muda terunggul musim kedua. Siapakah Imam Muda terunggul tersebut? Adakah Imam Muda Nazrul dari Johor akan dinobatkan sebagai Imam Muda terunggul tersebut ? atau Imam Muda Hassan dari Ulu Klang yang akan merampas gelaran takhta terunggul tersebut daripada Imam Muda Nazrul... semua akan terjawab pada 1 Julai ini di saluran Astro.




2 JulaiTibanya bulan Sya'ban

Apabila tibanya bulan Islam yang ke lapan ini iaitu bulan Sya'ban, mesti semua orang sudah terbayang kelebihan-kelebihan yang terkandung dalam bulan ini. Bulan ini juga disebut sebagai bulan Nabi Muhammad S.A.W. Antara kelebihan-kelebihan yang istimewa khusus untuk hamba-Nya adalah ketika berada pada pertengahan bulan Sya'ban yang juga disebut sebagai Nisfu Sya'ban. Antara hadis yang menceritakan kelebihan Nisfu Sya'ban yang dapat Rider kongsikan adalah:

1. Daripada Abu Musa sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud
' Jika tiba pertengahan Sya'ban, maka hendaklah menghidupkan malam itu (dengan amal ibadat), berpuasa di siangnya kerana sesungguhnya Allah s.w.t , turun pada waktu itu lantaran terbenamnya matahari ke langit dunia dan berfirman "Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampuninya, siapa yang meminta rezeki akan aku kurniakan rezeki kepadanya, siapa yang ditimpa bala akan aku lepaskan nya sehinggalah terbit fajar subuh" ' 

2. Daripada Makhul daripada Malik bin Yakhamir daripada Muaz bin Jabal daripada Nabi S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya Allah ta’ala memerhati makhlukNya pada malam nisfu(pertengahan) daripada Sya’ban maka Dia akan mengampuni semua makhlukNya melainkan orang yang syirik atau orang yang bermusuhan.
( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani )

dan banyak lagi kelebihan-kelebihan bulan Sya'ban yang akan dirasai oleh seluruh umat Islam apabila tibanya bulan ini. InsyaAllah, nanti Rider akan buat satu entri berkenaan kelebihan-kelebihan bulan Sya'ban ini. Nantikan...





9 Julai- Perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur


suasana perhimpunan BERSIH yang lalu

Bertempat di Masjid Kampung Bharu DBKL (Dataran Merdeka) jam 2 petang, perhimpunan kali ini menfokuskan seramai 300,000 orang untuk menuntut hak demokrasi Malaysia. Besar kemungkinan perhimpunan kali ini dapat mencecah lebih 300,000 orang malah mungkin hampir 1 juta orang dari seluruh kaum di Malaysia. Tuntutan perhimpunan kali ini tiada bezanya dengan yang sebelumnya iaitu menuntut merefomasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media bebas+adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah, hentikan politik kotor dan lain-lain.



Perhimpunan kali ini juga bertujuan untuk menjadikan Piliharaya ke-13 di Malaysia bersih dari segala taktik kotor yang telah dibuat oleh segelintir wakil rakyat untuk memenangi kerusi di Dewan Parlimen. Perhimpunan ini amat penting agar memberi kesedaran kepada semua wakil rakyat di Malaysia bahawa rakyat juga mempunyai kuasa untuk menuntut hak mereka di dalam negara. Antara orang yang pertama menggesa orang ramai menyertai perhimpunan ini adalah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abd. Hadi Awang dalam ucapannya yang berjaya dirakam oleh pihak media massa.




12 Julai- Tamat Imtihan(peperiksaan) di Universiti Al-Azhar


InsyaAllah, Rider akan tamat imtihan(peperiksaan) pada tarikh 12 Julai 2011 dan akan tahu keputusan(natijah) 14 Julai 2011 pada hari Khamis. Rider yakin imtihan kali ini bukan lah semudah imtihan sebelumnya yang telah Rider ambil. Rider yakin imtihan kali ini mencakupi seluruh pelajaran ilmu nahu dan sarf yang telah Rider belajar dengan masyaikh Azhar. Pada tarikh ini juga kebanyakkan mahasiswa/wi Azhar sudah pun tamat imtihan sesi ke-2 di dalam bidang masing-masing dan mungkin juga ada yang akan tamat imtihan pada akhir bulan Julai ini. 




Sehubungan itu, Rider ingin mengucapkan 'Selamat  Berimtihan' kepada semua mahasiswa/wi Azhar dan semoga ilmu yang dikutip itu dapat diamalkan untuk masyarakat di Malaysia kelak. Bittaufiq wan najah... rabbana nagah. :-)
Ketika berada di hadapan pejabat Universiti Al-Azhar As-Syarif


13 Julai -Arsenal Asia Tour to Malaysia



        Kepada peminat setia Arsenal di Malaysia, ini kesempatan anda untuk melihat sendiri idola anda bermain di depan mata anda.  Antara pemain-pemain Arsenal yang dijangka turun untuk memeriahkan suasana di Stadium Nasional, Bukit Jalil adalah Robin Van Persie,Casc Fabregas,Andrew Arshavin,Jack Wilshere dan ramai lagi. Pasukan Arsenal akan tiba di Malaysia pada 11 Julai dan akan menentang pasukan Malaysia tepat jam 8.45 malam pada 13 Julai. 




Lawatan Arsenal ke Malaysia ini adalah yang keempat. Kali terakhir Arsenal menjejak kaki ke Malaysia adalah pada tahun 1999.


16 Julai- Liverpool Asia Tour to Malaysia


Selepas Arsenal, Liverpool juga akan turut membuat Tour dan pada kali ini pasukan Liverpool memilih tanggal 16 Julai 2011 sebagai tarikh untuk menentang pasukan Malaysia. Sebelum menentang pasukan Malaysia, pasukan Liverpool berpeluang menentang pasukan negara China terlebih dahulu iaitu pada 13 Julai. Antara bintang Liverpool yang dijangka turun menentang pasukan Malaysia adalah termasuklah Steven Gerrard,Luis Suarez,Andy Carroll,Dirk Kuyt,Maxi Rodriguez, Joe Cole dan ramai lagi. Kepada peminat setia Liverpool, jangan lepaskan peluang keemasan ini dan rasailah kemeriahan perlawanan diantara pasukan Liverpool VS Malaysia.


Perlawanan dijangka berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada jam 5.45 petang.




21 Julai- Chelsea Asia Tour in Malaysia


    Anda peminat setia Chelsea?? Anda selalu mendambakan pasukan Chelsea bermain di depan mata anda?? Ambil lah peluang ini untuk sama-sama menyaksikan pasukan Malaysia menentang juara 2010 Liga Perdana Enggeris,Chelsea. Selain dari Arsenal, Chelsea juga akan turut akan turun padang menentang pasukan Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil Kuala Lumpur. Kali ini pada 21 Julai jam 8.45 mlm. Antara bintang bola sepak Chelsea yang dijangka akan turun adalah John Terry,Frank Lampard, Didier Drogba, Fernando Torres dan ramai lagi.












** kalau korang nak tahu, mase match tu berlangsung, ade satu bendera besar Chelsea yang akan berkibar dan kalau korang tengok betul-betul kat bendera tu ade gambar profile picture facebook Rider tengah pakai kopiah tengah tunjuk tumbs up... :-)






Itulah serba sedikit peristiwa yang akan berlaku pada Julai 2011 nanti. Banyak lagi peristiwa-peristiwa menarik yang akan berlaku pada Julai nanti tapi yang Rider list kan ni antara yang menarik perhatian ramai.. 
Akhir kalam, pada hakikatnya hanya Allah s.w.t. sahaja yang berhak menentukan sesuatu itu sama ada akan terjadi atau tidak. Manusia hanya mampu merancang dan Allah s.w.t. sahaja yang menentukan segala-galanya. ''Kun faya kun''..  :-)



Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.