Mari Membaca Al-Quran sambil Menangis EP.6

Penangis di Kalangan Sahabat Nabi


3. Aisyah bt. Abu Bakar r.'anha


         Al-Qaasim pernah menceritakan : ''Adalah kebiasaan saya, apabila saya berpagi, saya mula (menemui Aisyah) dengan berada di tepi bilik beliau, maka saya memberi salam kepada beliau.''


             Al-Qaasim menyambung : ''Pada suatu pagi,saya dapati beliau sedang berdiri di mana beliau bertasbih dan membacakan ayat suci surah Tuur ayat ke-27 yang bermaksud: ''Maka Allah memberikan kurnia kepada kami dan memelihara kami daripada seksaan neraka.''


            Beliau lalu berdoa dan menangis serta mengulangi ayat tadi.

Anak saudara beliau iaitu Al-Qaasim b.Muhammad b.Abu Bakar menyambung cerita: ''Maka saya pun tegak berdiri sehingga keadaan saya terhoyong. Kerana itu saya pun pergi ke pasar untuk mencari apa-apa keperluan; kemuliaan saya pun pulang. Tiba-tiba saya dapati beliau masih tegak berdiri sebagaimana beliau sedang bersembahyang dan terus menangis.''


4. Abdullah b.'Abbas r.a

Ibn Abi Maliikah pernah memberitakan bahawa Ibn 'Abbas telah membacakan ayat dari surah Qaaf ayat ke-19:
           ''Dan datanglah sakratul maut (nazak dicabut nyawa) dengan sebenar-benarnya; itu lah (peritiwa) yang selalu kamu lari daripadanya.''

       Beliau membacanya dengan tartil(bacaan yang bagus dan perlahan-perlahan) dan beliau membanyakkan menangis secara tersedu-sedu (terisak-isak)[rujuk : ''Hilyah Al-Auliyaa' '']


5. Abdullah b.Umar r.a

Naafi' memberitakan bahawa tiadalah sekali-kali Ibn 'Umar membacakan dua ayat di akhir surah Al-Baqarah,melainkan didapati beliau menangis, iaitu ayat:
              ''Dan jika kamu melahirkan apa yang ada dalam diri-diri (isi hati) kamu ataupun kamu menyembunyikannya, pastilah (juga) Allah menghisabkan terhadap apa yang kamu lakukan.''-[Al-Baqarah :284]

      Juga Naafi' memberitakan bahawa Ibn 'Umar, pabila beliau membacakan ayat dalam surah Al-Hadid, ayat 16 yang bermaksud: ''Belum sampaikah masanya bagi orang-orang yang beriman di mana hati mereka akan tunduk mengingati Allah?''. Maka beliau tidak tertahan menangis sehingga beliau menangis terisak-isak. Juga beliau telah membacakan 'Wailul lilmutoffifin' sehingga apabila sampai kepada ayat yang bermaksud: '' Hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam.'' [Al-Mutafifin: 6]


Maka beliau menangis sehingga beliau tersungkur dan tertahan dari membaca selepasnya. [rujuk: ''Shifah Ash-shafwah''(1:294)]


Samiir Ar-Riyaahi memberitakan daripada bapanya yang menceritakan :(Pada suatu hari) Abdullah b.Umar telah minum air sejuk , maka beliau menangis lalu bertambah kuat tangisannya, maka ditanyakan: ''Mengapakah sebab tuan menangis ?.''Maka beliau menjawab: ''Saya menyebut sebuah ayat dalam kitab Allah 'Azza Wa Jall, iaitu dalam surah As-Saba' ayat 54 yang bermaksud: ''Dan dihalangi antara mereka(orang kafir) dengan apa yang mereka ingini(iaitu baru beriman kepada Allah atau kembali ke dunia untuk bertaubat).''

Maka saya sedar bahawa penghuni neraka itu tidaklah lagi mengingini sesuatu , dan sungguhnya mereka sangat mengingini kepada air, dan sungguhnya Allah 'Azza Wa Jalla telah berfirman yang bermaksud:
        ''Dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga(dengan berkata): ''Limpahkanlah kepada kami sedikit air atau(pun) makanan yang telah direzekikan Allah kepada kamu.''[Al-A'raaf:50]

       Adalah Ibn 'Umar bersembahyang malam,apabila beliau melalui ayat yang menyebut syurga, maka beliau berhenti, lalu beliau memohon pada Allah akan syurga dan beliau berdoa,terkadang beliau menangis dan apabila beliau melalui ayat yang menyebut neraka maka beliau berhenti, lalu beliau memohon perlindungan Allah dari seksaan neraka dan beliau berdoa terkadang beliau menangis.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.