Foto Keluarga Osama bin Laden

Masih ingat lagi post Rider tentang biodata Osama bin Laden. ??????? kalau korang tak ingat atau tak tengok lagi klik disini atau klik pada bulan Mei 2011 dan korang akan jumpa tajuk post, Biodata Orang Yang Paling Dikehendaki Amerika #1. Dan di bawah ini adalah sambungan kepada post yang itu. Mungkin bila korang tengok gambar-gambar di bawah ni, korang adalah yang pertama tengok gambar-gambar ni di kalangan korang.

bapa kepada Osama bin Laden, Mohammed bin Laden,seorang jutawan pada suatu ketika dahulu. Lukisan ini dilukis pada tahun 1964.

Gambar di atas adalah Osama bin Laden pada tahun 1973 dan usia beliau 16 tahun,setahun sebelum beliau berkahwin dengan Najwa, sepupunya sendiri.

Omar bin Laden
Abang Osama bin Laden. Gambar ini diambil ketika Omar berusia 6 tahun,tahun keluarganya berpindah ke Madinah dan Omar mula belajar.Omar adalah anak yang paling menentang keganasan ayahnya. Beliau telah berkahwin dengan seorang wanita British dan mahu membuat gerakan keamanan.

Omar bin Laden pada tahun 1994 ketika keluarganya menetap di Khartoum,Sudan



Abdullah bin Laden
Sebagai anak tertua Osama bersama isteri pertamanya,Najwa,Abdullah memegang kedudukan terhormat di kalangan saudara-maranya. Gambar di atas diambil ketika beliau di Sudan pada tahun 1993. Beliau pernah menjalankan bisnes suatu ketika dahulu.

Osama bin Laden di Afghanistan, 1984. Ketika Soviet Union menceroboh Afghanistan. Osama telah bergabung dengan gerakan Islam


 
Sa'ad,Osman dan Mohammed bin Laden
Anak ketiga dari Osama dan Najwa, Sa'ad, dikhabarkan akan dipenjara di Iran walaupun tiada seorang pun tahu dimana dia sekarang hatta ibunya sendiri. Sa'ad telah berkahwin dengan puteri seorang ahli berpangkat tinggi Jemaah Islamiyyah, sebuah kumpulan pengganas bertujuan menggulingkan Mesir.

Mohammed pula dikatakan berpotensi menggantikan kedudukan ayahnya, Osama.

Fatimah,Sa'ad,Omar,Mohammed,Osman dan Abdul Rahman
Osama menetapkan puteri pertamanya,Fatimah, berkahwin dengan seorang pejuang Saudi pada usia 12 tahun. Suaminya meninggal dalam serangan Amerika di Afghanistan dua tahun kemudian.Manakala Abdul Rahman merasa sukar untuk mendapatkan kembali kewarganegaraan Saudi dan sekarang menetap di Syria.

Omar pada 2007, bersama kudanya di Arab Saudi.

Generasi seterusnya

Omar mendukung anaknya, Ahmed,di Jeddah,Arab Saudi pada tahun 2005






Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.