Bengkel dan Gethering Geng/Sahabat AL-FITYAN

Alhamdulillah, pada 24 & 25 Julai 2011 telah diadakan Bengkel dan Gathering Khas Krew Serta Sahabat Komik Al-Fityan. Bertempat di Dewan Syeikh Abdul Halim, Asrama Darul Makmur, Hayyu Asyir, Kaherah Mesir. Bengkel ini diadakan secara tertutup melibatkan sahabat Al-Fityan yang telah mendaftar menjadi sahabat sebelum ini.

Bertepatan dengan tema dan objektif bengkel kali ini bagi melahirkan pelapis dalam dunia lukisan komik Islami, semua peserta dan krew didedahkan dengan teknik asas melukis dan bagaimana menggunakan perisian adobe photoshop dalam mengedit dan mewarna secara digital.

Peserta pada kali ini seramai 42 orang. Terdiri 28 orang peserta dan selebihnya krew, mereka daripada pelajar-pelajar Perubatan dan pengajian Islam daripada seluruh Mesir. Peserta dibahagikan secara berkumpulan dan diberikan tugas masing-masing sambil dipantau oleh mentor.

Semoga, segala ilmu dan perkongsian yang diberikan dapat memberikan manfaat dan melahirkan genarasi pelapis dalam dunia lukisan komik islami di Mesir seterusnya dapat dikembangkan lagi ke tanah air.


Krew dan warga Al-Fityan PMRAM mengucapkan ahlan wasahlan kepada semua sahabat yang hadir dan memohon maaf diatas segala kekurangan yang berlaku sepanjang program. Tidak ketinggalan, jutaan terima kasih kepada Badan Pengurus PMRAM, Badan Penerangan & Penerbitan (BPP) Ust Zulhafeez Ahmad Zahidi & Hal Ehwal Wanita Islam PMRAM, Unit Penerangan & Penerbitan Ustzh Kamilah Bt. Che Razali yang sudi hadir dan meluangkan masa bersama dalam bengkel kali ini. Seterusnya adhoc pelaksana dan krew yang telah sama-sama menjayakan. Semoga Allah membalas usaha kita semua dengan kebaikan di dunia dan akhirat.

Peserta terbaik ikhwah (Saudara Ahmad Husaini)
Peserta terbaik akhwat (Izzatul Islam)
Kumpulan terbaik (Kumpulan 2: Mentor Dr Fa)

Dipetik dari AL-FITYAN Facebook.
   *********************************************************************


Aktiviti Rider kali ni adalah sertai bengkel yang dianjurkan oleh AL-FITYAN(satu organisasi utk mencungkil bakat dalam bidang lukisan,penulisan,designer dan lain-lain). Hari pertama bengkel tersebut agak memenatkan Rider sebab banyak jugak aktiviti dalam tentatif program tu. Hari pertama tu Rider didedahkan cara-cara membuat lukisan yang lebih kreatif sama ada karton dan juga struktur latar belakang bagi sesebuah karya. 






Rider terima anugerah peserta terbaik(ikhwah) dalam bengkel tersebut.
Hari kedua bengkel tu tidak lah memenatkan macam hari pertama. Pada sebelah paginya, Rider diajar cara-cara nak edit karton kita supaya lebih kreatif dengan menggunakan aplikasi Photoshop. Susah jugak nak kaler guna photoshop ni.. Dan pada sebelah petang pula lebih tertumpu kepada majlis penutup. Sebelumnya diadakan perbincangan antara krew dan sahabat2 AL-FITYAN(membincangkan tentang perkembangan AL-FITYAN). Pada majlis penutup tu, Rider dianugerahkan sebagai peserta lelaki terbaik. Rider ucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua krew2 AL-FITYAN yang banyak ajar Rider camne nak lebih kreatif lagi dalam berkarya dan kepada semua sahabat2 lain yang turut menjayakan bengkel ni. Wassalam.. 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.