Kenangan Terindah Kuliah Ulum Islamiyah

''Kenangan Terindah Kuliah Ulum Islamiyah''. itu lah tajuk paling sesuai untuk entri kali ni kerana entri kali ni berkaitan dengan kenangan ku di sepanjang tempoh belajar hampir 6 bulan di Kuliah Ulum Islamiyah,Hayyu Saadis,Kaherah,Mesir.


Pertama kali ku menjejak kaki ke kuliah ini, ku rasakan bahawa kuliah ini mungkin susah untuk belajar kerana tiada senior2 yang belajar dalam kuliah ini dan daku tidak tahu sedikit pun tentang kuliah ini. Pertama kali ku menjejakkan kaki masuk ke kuliah ini, daku rasakan bahawa terlalu asing diri ini dan macam orang bodoh. ''Aku ni nak masuk kuliah ulum islamiyah tapi ilmu dalam bahasa arab macam budak tadika. ada hati nak masuk kuliah ni... nanti gagal dalam semua exam baru ko tau''. itulah kata2 yang pernah ku pendam dalam hati suatu ketika dahulu.


pabila berada di dalam kelas tersebut, ku lihat gelagat saudara2 seagama ku dari negara yang berbeza.Antaranya daripada negara Indonesia,Thailand,Nigeria,Afrika,Pakistan,Afghanistan dan banyak lagi. Melihat gelagat2 dari mereka, secara perlahan-lahan ku berkenalan dengan mereka dengan bertutur dalam bahasa arab fushah walaupun kadang2 tergugup-gagap kerana pada masa tu tidak banyak perkataan arab yang ku ingat. pabila ku berkenalan dengan mereka semua, ku dapat tahu bahawa hampir semua dari kalangan mereka senasib dengan ku iaitu baru je menjejak kaki di Mesir. tetapi ada juga yang sudah lama menetap disini. berkenalan dengan mereka juga ku dapat tahu serba sedikit tentang diri mereka dan negara mereka yang selama ni sedikit pun ku tidak tahu.


pabila masuk je ustaz/syeikh di dalam kelas pada hari pertama itu, ustaz mula berkenalan dengan kami semua dengan bertanyakan macam2 soalan. dan ada juga bertanyakan tentang kahwin.Enta mutazawwij?[awak dah berkahwin]. La[tidak]. itu lah jawapan sahabatku apabila ditanya tentang statusnya. hampir semua tersenyum apabila mendengar soalan tersebut termasuk la aku kerana aku menganggap soalan itu sebagai gurauan ustaz untuk mula beramah-mesra dengan kami.


hari demi hari, hubungan aku dengan sahabat sekelasku makin rapat.begitu juga hubungan ku dengan ustaz. di dalam kelas, ada ustaz memang 'sporting' dan tidak mengapa untuk bergurauan dengannya dan ada yang sangat tumpukan kepada anak murid. Kesemua ustaz2 ku daripada orang Mesir. Hari demi hari, ku dapat rasakan ilmu ku dalam bahasa arab makin banyak. yang selama ini ku tidak tahu, menjadi tahu dan yang sudah tahu, menjadi semakin tahu dan kemas untuk ku ingat. kenapa tidak pula, kan belajar dengan orang sendiri kan. Dengan adanya ilmu2 tersebut, barulah ku tahu bahawa bahasa arab itu penuh dengan misteri dan rahsia termasuklah kajian tentang ilmu nahu dan sarf yang ku belajar di kuliah tersebut. hari demi hari juga, aku telah berjaya dengan cemerlang dalam ujian/peperiksaan yang telah diadakan sepanjang aku di kuliah tersebut.


hari demi hari, kebanyakkan sahabat2 ku memandang tinggi kepada kuliah ini. mereka bersependapat bahawa kuliah ini juga sangat bagus sama seperti kuliah2 yang lain termasuklah senior2 ku kerana mereka berpendapat bahawa dengan adanya kuliah seperti ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang ilmu nahu dan sarf khususnya tidak seperti kuliah2 yang lain. ada juga sahabatku sempat bergurau denganku, katanya: ''hebat ar mu husein, lepah ni buleh ar mu gati ustazah nor faedah ngajor kat maza lok ork?''. aku hanya mampu tersenyum dan tidak berkata apa2. bila la pulak aku akan menjejakkan kaki ke tanah air ku lagi. Allahua'lam..
tapi hati ini terdetik juga kerinduan terhadap keluarga tercinta.


dan kini, semua itu tinggal kenangan kerana ku telah tamat pengajian dalam kuliah itu dan daku mesti sambung pengajianku ke kuliah lain pula kerana pihak Azhar sendiri yang menyuruh berbuat demikian. itu pun jika aku lulus dalam imtihan akhir[final exam] nanti yang akan berlangsung pada 10 dan 12 Julai 2011 nanti. Semoga daku dipermudahkan urusan semasa menjawab imtihan nanti dan lulus dalam imtihan tersebut serta dapat ilmu yang lebih banyak lagi selepas ini.. Amiiinnnn....
[bersambung.... ]



Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.