Memoir Kuliah Ulum Islamiyah

Tempatku belajar: berdiri dihadapan Jami'ah Al-Azhar,Hayyu Saadis 
     sambungan entri sebelum ini. sila klik disini untuk melihatnya.
Pagi yang cerah secerah mentari menerangi alam mengejutkan daku dari lena dibuai mimpi bersama kebisingan dan kesibukkan bunyi makhluk ciptaan Allah iaitu manusia untuk mencari sesuap nasi yang halal lagi baik. Lalu ku mengorak langkah kaki menuju tempat wudu' untuk mengambil wudu' yang sudah tiada dek kerana lena dibuai mimpi. Setelah selesai, ku capai kain tuala untuk mengesat air lalu berdoa kepada-Nya. Selesai sudah, ku hamparkan kain sejadah yang mana menjadi tempat alas ku untuk menghadap-Nya untuk mendekatkan diri dan meraikan Dhuha. Selesai sudah, teringat ku akan solat Subuh ku tadi. Adakah solatku tadi dimakbulkan oleh Tuhan Semesta Alam?

Mentari semakin mengganas pabila ia sudah mencacak diatas langit dan waktu ini lah aku dan sahabat2 ku mula mengorak langkah menuju Jami'ah Al-Azhar, Hayyu Saadis. Seringkali aku memulakan langkahku selepas solat Zohor dan ada juga sebelumnya. Setelah itu aku dan sahabat2 ku menaiki bas dan kadang2 juga naik El-Tramco[Perebek sapu]. Salam,Shafie,Hafiza,Muhaimin,Asbahani, Firdaus dan Hafizuddin, mereka inilah yang sering menemaniku untuk ke Jami'ah. Kadangkala, kami tersesat jalan sehinggakan tidak datang kelas tetapi mujurlah kami sudah tahu selok-belok di Mesir ini dan tahu serba sedikit cara berkomunikasi dengan arab Mesir ini. 
Dari kiri: Sa'id(Nigeria) dan Shafie(M'sia)


Temanku dari Nigeria: Yusuf dan Ishak
Setibanya di Azhar, aku mula mengenakan basmah[cop jari] untuk menandakan bahawa aku hadir untuk menimba ilmu agama di situ. Sampai sahaja di dalam kelasku, ku melihat kelibat sahabat2 ku dari negara lain yang turut sama berjuang menimba ilmu agama khususnya ilmu nahu dan sarf. Ini kerana kuliah ku ini mengkhususkan untuk menimba ilmu nahu dan sarf. Ilmu fiqh dan tajwid juga dipelajari akan tetapi sedikit sahaja. Ku melihat kelibat Zamroni, Sa'id, Asif, Osman,Ifni,Abu Bakar, Yusuf, Vilteir,Hosni Mubarak, Darul Ihsan,Ishak, Muhammad Al-Fateh, Hanif, Syai, Maktuf, Hifzan, Abd Rahman dan beberapa sahabat2 ku yang lain masing2 sibuk bercakap mengenai hal masing2.


dari kiri: Hanif dan Hifzan(berbaju biru)
Dari kiri: Hasif,Ifni, dan Muhd Al-Fateh
dari kiri: Abd Rahman(berbaju putih)[M'sia],Osman[Kemboja],Abd Ghani[Thailand],Ali[Thailand],dan Hasif[M'sia]
dari kiri: Zamroni[Indonesia],Abd Ghani[Thailand],Yusuf[Nigeria],dan Hasif[M'sia]
Kedengaran bunyi tapak kasut yang seakan-akan bergegas ke sesuatu tempat. Itulah ustaz atau syeikh kami, Syeikh Ahmed Hassan, yang terkenal dengan ketegasan dan kemanisan gurauannya yang seringkali membuat kami ketawa. Pada permulaan kelas, kami disajikan dengan doa menuntut ilmu yang diketuai oleh syeikh kami sendiri dan diaminkan oleh semua yang berada di dalam kelas tersebut. Setelah itu, bertanyalah syeikh kami perihal keadaan kesihatan kami dan masing-masing menyebut ''Alhamdulillah''. Setelah itu, bermulalah majlis ilmu yang penuh barakah bersama dengan syeikh kami. Di kesempatan itu, terselit juga senda-gurau oleh syeikh kami dan ada juga di'test' oleh syeikh kami tentang pemahaman kami ketika pembelajaran itu. Berdiri, itulah denda yang kerapkali dikenakan oleh kami jikalau jawapan yang dibagi itu salah. Tetapi seringkali kami tidak berdiri lama kerana kami di'test' sekali lagi oleh syeikh kami. Jika terdapat masalah/tidak faham/musykil tentang bahasa arab,syeikh tidak segan-silu menolong kami dan memberitahu jawapan itu kepada kami.


bergambar bersama syeikh kesayanganku: Ustaz Bilal(berbaju merah) dan Ust.Hassan(berbaju putih)
Ust.Bilal dan Ust.Hassan
Seringkali kedengaran suara yang petah bercakap dan bertanyakan soalan adalah suara Zamroni kerana suaranya semulajadi KUAT kedengaran dan kadangkala sedikit mencelah suara Vilteir, yang terkenal dengan kebijaksanaannya. Begitulah situasi kami di dalam majlis ilmu tersebut. Majlis ilmu bersama Syeikh Ahmed Hassan tamat setelah kedengaran laungan azan berkumandang yang begitu asyik dan merdu oleh Sanusi, pelajar dari kelas sebelahku dari Nigeria.


bergambar bersama salah seorang tenaga pengajar di Universiti Al-Azhar [aku tak ingat dah nama dia]
Setelah selesai solat sunat dua rakaat, laungan iqamat kedengaran menandakan tiba masanya menghadap Ilahi secara berjemaah dan diimamkan oleh syeikh-syeikh kami disitu. Setelah berhempas pulas mengerah keringat untuk menuntut ilmu sebentar tadi, daku berehat sebentar, menenangkan fikiran ,mensucikan hati dan menghadap Tuhan sekalian alam; mendekatkan diri kepada-Nya. Dengan sekujur badan inilah, aku malu menghadap-Nya kerana dengan sekujur badan inilah yang telah banyak melakukan kesilapan dan dosa terhadap-Nya. Seakan-akan tidak layak untuk menghadap-Nya.


Doa beserta pasrah diaminkan. Itulah amalanku setelah seringkali selesai solat. Dalam pada itu, terus aku menuju ke kelas walaupun kadang-kadang syeikh ku tiada hadir lagi. Dengan itu, aku gunakan masa itu untuk mengeratkan lagi sillaturrahim antara aku dan saudara-saudara seislam ku yang lain. Walaupun kami berlainan bangsa,negara,rupa, dan warna kulit, hubungan kami seakan-akan ibarat air dicincang tidak akan putus. Antara sahabatku yang sering ku tegur adalah Yusuf, kerana beliau seorang yang peramah dan baik hati dan sering bergurau denganku. :-)


orang ramai berpusu-pusu bergambar bersama syeikh kami. Turut kelihatan adalah Anas[M'sia]& Darul Ihsan[Indonesia](bertopi hitam)
'Ustaz Bilal', itulah gelaran yang sering digunakan oleh kami kepada ustaz/syeikh Bilal kerana beliaulah yang mengajar kami pada kelas yang kedua ini. Kebanyakkan pelajaran yang diajar olehnya adalah berkaitan dengan ilmu nahu dan juga diajak olehnya untuk berbual sesama kami dengan menggunakan bahasa arab berdasarkan tajuk perbualan yang diberi. Aku juga pernah dipilih oleh ustaz Bilal untuk bercakap dihadapan semua sahabat-sahabatku berdasarkan tajuk perbahasan/perbualan yang diberikan. Seperti sediakala, aku gunakan ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis Nabi S.A.W. untuk menguatkan lagi hujahku.


Jam 5 petang. Itulah waktu tamat pembelajaran kami di Jami'ah Al-Azhar Hayyu Saadis. Kecuali pada waktu hampir exam, pihak pentadbiran Al-Azhar menyuruh kami pulang pada jam 6 petang. Setelah itu, berpusu-pusu lah kami ke tempat basmah supaya pulang dengan segera ke rumah masing-masing.   


Syeikh-syeikh kami sedang mendoakan kami untuk kesejahteraan ketika imtihan nanti
Itulah memori terindah aku di Kuliah Ulum Islamiyah yang mana InsyaAllah tidak akan ku lupakan untuk selama-lamanya. Moga-moga ukhuwah yang dibina bersama mereka di kuliah ini terjalin abadi walaupun kami berlainan negara. Ku ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada syeikh kesayanganku, Ustaz Hassan dan Ustaz Bilal kerana mereka inilah yang telah mendidikku menjadi pandai dalam bahasa arab khususnya dalam ilmu nahu dan sarf walaupun banyak lagi ilmu mengenainya yang tidak ku pelajari lagi kerana ilmu ini adalah diantara ilmu-ilmu yang tinggi dan saling berkait dengan ilmu-ilmu agama yang lain.


Kudoakan semoga mereka terus berjuang mendidik anak bangsa yang lain dan berusaha memartabatkan ilmu agama di bidang masing-masing serta diberkati oleh Allah selalu. Jazakallahu kasiiran ya ustaz. Barakallahu fik..



Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.