[18 Julai 2011]- Isnin- Dewan di Azhar Conference Center(ACC) hari ini dipenuhi mahasiswa/wi dari seluruh dunia yang menuntut dalam bidang 'ulum islamiyah. Setelah penat lelah menuntut ilmu selama hampir 6 bulan di Al-Azhar dalam dalam bidang U'lum Islamiyah, hari ni mereka di beri penghargaan mulia oleh pihak Al-Azhar.
|
Mahasiswa Turki memperdengarkan alunan tilawah Al-Quran |
Majlis yang bermula pada sebelah tengahari(selepas zohor) menyaksikan mahasiswa/wi dari seluruh dunia yang menuntut ilmu dalam bidang tersebut hadir awal bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Dengan kehadiran syeikh ternama di Mesir, Syeikh Ahmad Toyyib, menyerikan lagi majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan tilawah Al-Quran dari salah seorang mahasiswa Turki. Seterusnya persembahan qasidah dari sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi, persembahan text ucapan dari mahasiswa Turki, dan pidato arab dari mahasiswa Indonesia.
Seterusnya, majlis memberi penghormatan kepada Syeikh Ahmad Toyyib untuk berucap untuk semua mahasiswa/wi yang hadir di dalam dewan tersebut. Syeikh Ahmad Toyyib juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua mahasiswa/wi yang menjadi penuntut ilmu dalam bidang tersebut kerana mahasiswa/wi itu sendiri adalah roh Al-Azhar,katanya.
Majlis diakhiri dengan penghargaan dari pihak Al-Azhar kepada mereka yang mencapai kecemerlangan yang tinggi dalam peperiksaan baru baru ini. Antara negara yang menerimanya adalah Malaysia,Indonesia,Thailand dan Turki. Turut kelihatan yang menerima penghargaan adalah wakil Malaysia dari negeri Terengganu iaitu saudara Ahmad Asbahani dan juga dari negeri Kedah iaitu saudara Ibrahim.
Majlis berakhir kira-kira jam 2.30 petang dan sementara itu kebanyakkan para mahasiswa kelihatan gembira mengambil gambar bersama tenaga pengajar Al-Azhar.
*Rider juga dipelawa utk buat persembahan tilawah Al-Quran di majlis ini tapi Rider tarik diri kerana Rider rasa mungkin mahasiswa Turki tu yang lebih baik bacaanya.
************************************************************************
|
Asbahani, antara wakil Malaysia yang menerima anugerah daripada syeik Azhar |
TAHNIAH kepada sahabatku, Asbahani kerana nama beliau tercatat diantara mahasiswa/wi yang mendapat gred yang tinggi di dalam majlis tersebut. Rider tumpang bangga dan gembira melihat sahabat2 lain dapat anugerah macam tu.
|
bergambar bersama kakitangan/tenaga pengajar Al-Azhar |
|
bergambar bersama syiekh Azhar |
Walaubagaimanapun, nama Rider juga antara mahasiswa/wi yang berjaya lulus dalam imtihan(exam) baru-bari ini cuma tidak lah tinggi mana. Dan Rider bersyukur sangat2 kehadrat Allah S.W.T. kerana Rider berjya lulus imtihan tu setelah hampir 6 bulan belajar dalam bidang tu. Tidak ada kata2 yang sesuai utk diungkapkan betapa gembira dan berterima kasih kepada syeikh2 Rider terutamanya Ust.Hassan dan Ust.Bilal kerana bertungkus-lumus berusaha utk mendidik Rider dan sahabat2 yg lain sehingga ke peringkat ini. JAZAKALLAHU KHAIRA KASSIRA YA HABIBI USTAZI.. moga ustaz terus istiqamah dalam mendidik anak bangsa Mesir dan anak bangsa seIslam yang lain.
|
On the way nak balik |
|
bergambar di hadapan Azhar Conference Center
dari kiri: Yusuf,Shafie,Hafiz,Muhaimin,Salam,Asbahani,Firdaus,(Aku),Hafiza |
Disini juga Rider nak ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat2 Rider terutamanya Asbahani,Muhaimin,Hafiza,Salam,Shafie, Firdaus dan Hafizuddin kerana mereka lah yang selama ini banyak membantu Rider dalam mempelajari ilmu nahu dan sarf ni dan selalu menemani Rider untuk ke Universiti Al-Azhar,Hayyu Saadis. TAHNIAH semua kerana berjaya lulus imtihan bersama Rider.
assalamualaikum..salam ziarah..
BalasPadambestnya ustaz dpt tgk depan2..dpt ambik gmbr lgi..sy hnya bksmptn mlht dr blkg..apapun,tahniah ustaz..smg trus bjya..doakan kjyaan bsama..