(First Time)Ramadhan Di Perantauan

1 Ramadhan 1432 bersamaan 1 Ogos 2011. Hari ini adalah hari pertama Rider menyambut ramadhan di perantauan iaitu di bumi anbiyaa, bumi Mesir. Pengalaman bersama teman2 menjalankan ibadah puasa di Mesir memang suatu saat yang indah apalagi berbuka puasa bersama orang2 arab Mesir yang mesra2 belaka. Memang suasana puasa kali ini sangat berbeza dengan suasana puasa pada sebelumnya.

Pada sebelumnya, di tanah air ku, Rider hanya berpuasa selama 12 atau 13 jam sehari. Suasana waktu ketika hampir sahaja berbuka, mulalah Rider menolong emak di dapur bersama adik-beradik yang lain termasuklah adik bongsu kesayanganku,P-Jo yang sentiasa menceriakan kami sekeluarga dengan telatah dan kerenahnya yang mencuit hati. Setelah hampir waktu berbuka, adik ku pergi memasang radio Terengganu fm dan tunggulah kami sekeluarga untuk berbuka puasa. Apabila azan maghrib berkumandang, lalu kami menadah tangan berdoa kepada Allah agar rezeki kami diberkati oleh-Nya. Kebiasaanya, ayah yang akan mengetuai bacaan doa kami sekeluarga tapi ada je Rider yang mengetuai bacaan doa. Kata ayah, kekadang doa dari orang belajar Azhar ni berkat sikit. Rider hanya diam je........
Selepas itu, mulalah kami menjamah rezeki yang dianugerahkan oleh Tuhan sekelian alam.

Ayam madu,ikan bakar,dan kurma...itulah yang menjadi makanan favorite Rider ketika bulan puasa. Gulai juga menjadi masakan kesukaan Rider tidak kiralah ketika pada bulan puasa atau tidak. Memang gulai yang emak masak sangat sedap dari gulai dekat warung2 kedai makan yang lain.

Kini Rider di bumi Mesir. Tanah gersang yang tercatat namanya dalam Al-Quran beberapa kali. Suasana berpuasa pada kali ni sangat berlainan dengan puasa di tanah air. Jika di tanah air,Rider berpuasa selama 12 atau 13 jam sehari, pada kali ini Rider diuji berpuasa pada musim panas selama 14 atau 15 jam sehari. Waktu subuh kira2 pada jam 3.30 pagi dan waktu maghrib kira2 jam 6.45 malam.
Hari pertama bersahur, memang Rider tak tidur sampai subuh. Bimbang akan terlepas waktu untuk bersahur. Selesai je solat subuh terus je tidur. Bangun pada tengahari.. haha..

lepas tu,mula lah aktiviti Rider.. bertadarus Al-Quran, membaca kitab dan lain-lain lagi. Jam menunjukkan 6.15 petang. Maka Rider dan sahabat2 lain bersiap-siap untuk ke masjid berhampiran untuk pertama kali berbuka puasa bersama masyarakat arab Mesir. Sepanjang perjalanan, kelihatan lampu2 hiasan berkelipan tergantung di rumah2 arab di sini. Berbeza di Malaysia, dekat nak raya baru la gantungkan lampu2 yang berkelip tu. Sampai aje di Masjid Waalidain, kelihatan beberapa orang arab sedang menyiapkan makanan untuk dihidangkan kepada tetamu.

Allahuakbar Allahuakbar... azan maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka puasa bagi kawasan Madinatun Nasr dan kawasan2 yang sama waktu dengannya. Waktu itu lah Rider dan sahabat2 lain merasai untuk pertama kali berbuka puasa di Mesir. Sebelum jemaah menunaikan solat maghrib, jemaah dihidangkan dengan buah tamar(kurma) dan air syai(teh) serta air tamarhind(air favorite orang arab Mesir).

Selesai je solat maghrib berjemaah, Rider dan sahabat2 lain dihidangkan dengan nasi arab beserta lauknya dan ayam arab. Memang Rider sangat suka sekali pada masa tu sebab first time berbuka dengan masakan arab asli dan dikelilingi dengan masyarakat arab Mesir. Alhamdulillah, Rider dapat habiskan makanan arab tu.. seedaaappp..

Suasana Tarawikh disini juga sangat berlainan dengan suasana tarawikh di tanah airku. Memang kat sini sangat meriah tarawikhnya. Dengan diimamkan oleh imam arab, memang membuatkan semua jemaah tertawan dengan keunikkan nada suara dan penghayatan imam tersebut. Membuatkan Rider kadang2 berasa sangat sekejap bila solat dengan imam tersebut. Sebelum menyambung tarawikh yang ketiga dan keempat, jemaah dihidangkan dengan tazkirah sempena dengan bulan yang baik ini.

Itulah serba sedikit pengalaman Rider pertama kali menyambut ramadhan di bumi anbiyaa, Mesir. InsyaAllah, kalu ade rezeki Rider akan cuba solat tarawikh di Masjid Al-Azhar dan juga Masjid Muhammad Ali(antara masjid tercantik di dunia). Harap2 menjadi kenyataan...Aminn..

*sory, kali ni takde gambar utk korang sebab Rider tak ambil gambar mase berbuka puasa tu.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.