Cuci Mata di ASFOUR

Ahlan ya Ramadhan.Ramadhan datang lagi. Rider ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat semua peminat2. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya. Ambillah peluang kali ini dan semoga Ramadhan kali ini bukan Ramadhan yang terakhir buat kita semua.

''ASFOUR'' .Korang tahu tak ape itu ASFOUR? Mesti korang tertanya-tanya apa tu ASFOUR kan-kan???? ASFOUR ni nama syarikat pengeluar kristal terkenal di Mesir dan di dunia.(dunia ke?? Rider pun x berapa pasti.. tapi yang pasti dekat Mesir ni memang terkenal). 2 hari sebelum ramadhan baru2 ni, Rider n the geng sempat la pergi cuci mata tengok banyak kristal kat gedung beli-belah ASFOUR. Pada mulanya, Rider ingat ASFOUR ni macam pasar jual kristal tapi jangkaan Rider tu 100% salah. Hampir seluruh bangunan di bahagian dalam bangunan tu dipenuhi dengan kristal yang bermacam-macam bentuk dan warna. Ada warna jernih,biru,hijau,hitam,kuning dan macam2 lagi la.
Sape jadi awek Rider, Rider bagi rantai ni.. haha.. Gurau je.

Keunikkan ukiran kristal berbentuk Masjid Nabawi. Terkejut Rider bila tengok yg ni..memang cantik sangat2
Kristal berbentuk rehal ini membuatkan Rider terpaku sebentar melihat kebesaran Tuhan sekalian alam
Geng Rider, Basyier n Mohsein bergambar dengan kereta kebal kristal. Yg ni pon agak mahal
Kristal bersama dgn Swan bird.Cantik kan?? Cuba korang teka harganya berapa.. kalau korang tahu mesti terkejut punye
Kristal Kaabah ini juga antara yang termahal disini. (Bila la Rider akan pergi menghadap Kaabah ye...)
Jeng jeng jeng... Kerusi kristal ini adalah yang termahal disini. Harganya kalau tak silap Rider LE 256000. Korang mampu??

kalu korang tahu lebih lanjut tentang ASFOUR, klik disini.



Kristal yang atas kotak biru ni la yang jadi pilihan hati Rider. Kenapa beli?? nak beri kat sape??.. haha.. ni nak dijadikan koleksi aje.. tak de niat nak beri kat sape2 pon. tapi kalu korang nak beli dengan Rider kristal ni, boleh je.. Harga? emm...kita bincang disebalik tabir ye sebab harga kristal ni agak mengejutkan jugak la. kalu korang terer, korang teka ar harganye berape.. hehe..Kristal ni original tau.(tak main ar barang2 cetak rompak ni). tengok dari saiz kristal ni ingatkan ringan, rupanyer berat jugak la. Mane2 individu yang nak beli, boleh lah Personal Message(PM) dengan Rider ye.

ASFOUR adalah salah satu syarikat kristal yang terkenal,terbesar dan terhebat di dunia. Cawangan syarikat ni hanya terdapat di Mesir sahaja(Product of Egypt). Mane2 individu yang pernah membeli-belah dekat sini, memang sangat bertuah kerana dapat tengok batu kristal yang berbagai bentuk dan warna. Ini berdasarkan pengetahuan Rider sahaja,.. kalau ade maklumat2 yang salah, boleh ditegur dan diperbetulkan.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.