Percutian Bajet ke Pulau Perhentian - PART 1

Klik disini untuk: Itinerary & belanjawan | PART 2

Dalam banyak-banyak pulau kat Malaysia, Pulau Perhentian la yang paling Husein nak pergi sekali. Dah lama niat dalam hati bila la aku nak datang kat sini.. padahal tak jauh mana pun pulau tu dengan tempat tinggal Husein. Lebih kurang 2 jam lebih je perjalanan. Bila tengok orang lain pergi kat sana terasa macam nak lempang-lempang je skrin handphone. Aduhh.. bila la aku nak jejak kaki kat sini ye…

Nak dijadikan cerita, punye la payah nak plan pergi Pulau Perhentian ni. Mula-mula Husein plan nak pergi dengan geng-geng seperjuangan yang belajar Mesir… nanti sampai sana boleh la bincang-bincang siket dengan hala tuju dan masa depan masing-masing sambil bercuti… tapi masing-masing macam tak sudi. Takde duit la.. takde masa la.. pergi sana la pergi sini la. Tapi bila orang lain ajak pergi pulau lain nak pulak. Huhu… lantak diorang la. Akhirnya Husein guna second plan Husein untuk ajak geng-geng sekolah lama untuk join. Alhamdulillah kebetulan diorang tengah cuti.  And you know what my third plan is? Become a lonely traveler/backpacker. Travel sengsorang.,
Dari kanan: Driver kitorang (Syahmi), suka bergayut telefon (Hanif), best student yang sibuk dengan assignment (Fauzan), dan orang yang tak dapat tido (me). 

Untuk percutian kali ni kitorang sepakat nak try gaya backpacker. Takde travel guide dan tak ambek mana-mana pakej pun. Tido pun kat khemah je. Oh ye… kalau korang nak itinerary dan belanjawan sepanjang Husein bercuti di pulau ni 3D 2N, boleh klik kat sini. Korang mesti terkejut dengan belanjawan Husein yang memang ciput je tapi berbaloi dan best. Husein pun mengesyorkan agar korang pergi la kat pulau ni sekali. Serius korang takkan menyesal pergi kat sini.

Oleh kerana korang dah tahu macam mana itinerary dan belanjawan Husein tadi, maka tak payah la Husein cerita banyak untuk post kali ni. Also.. oleh kerana post yang lepas takde gambar, maka untuk post kali ni Husein belanja korang gambar yang pasti membuatkan korang terhegeh-hegeh nak ke pulau ni. Jangan lupa follow instagram Husein sebab kat situ jugak Husein share gambar-gambar kat sana (ig: husein_rider)
The hardest part is, nak tido dalam khemah. Semua barang-barang terpaksa letak dalam khemah termasuk makanan dan minuman. Kalau tak, ada serangga atau binatang liar yang akan makan such as biawak. Waktu petang pada hari pertama tu pun kitorang dah jumpa biawak. That’s why kitorang buat macam tu. Bila semua makanan dan minuman terpaksa letak dalam khemah… mula la semut-semut datang tak diundang. Kitorang dah kebas-kebas sikit khemah tu tapi  macam biasa la…. Ada sekor dua yang degil. Maka tido la kitorang dalam keadaan semut datang hinggap ke kaki sekali sekala. Kalau kat rumah diganggu nyamuk, kat sini diganggu semut.

2 orang tido dalam khemah, sorang lagi tido luar khemah. Aiikkk.. baru tiga orang…kata tadi pergi empat orang kan? Hahaha.. yang sorang lagi tak tido mana-mana. Dalam khemah pun tak, luar khemah pun tak sebab dia tak dapat tido langsung sepanjang malam pertama kat sana. I repeat… the whole night ok. Until subuh. And that is me. Ya… Husein tak dapat tido malam tu sampai subuh. Nak kata tak letih, of course letih seharian pergi jalan-jalan sambil layan kerenah geng-geng sekepala. Bila tengok diorang tido terasa macam nak kacau je diorang tu, tapi Husein biarkan.
Keadaan khemah Husein beserta unggun api.

Keesokan harinya kepala rasa berat je nak buat aktiviti. Tapi mujur Husein dapat tido sekejap lepas subuh. Sebelum subuh badan dah tak berapa sedap dan nak muntah. Tu pun bukannye lama Husein tido… lebih kurang 30-50 minit je. Nasib kepala otak boleh tahan lagi. Then kitorang buat aktiviti snorkeling sampai ke tengahari.

Untuk snorkeling kali ni kitorang ambek 3 checkpoint je iaitu Turtle point, Coral point dan Shark point. Alhamdulillah untuk turtle point kitorang dapat jumpa penyu depan mata beb. Lama pulak tu. Siap main kejar-kejar sikit dengan penyu tu. Akhirnya letih duk berenang kejar penyu tu. Untuk coral point pulak, korang dapat tengok batu karang dan ikan-ikan kecik yang cantik berwarna-warni. Oh ye… sebelum pergi ni, eloklah korang bawak roti untuk bagi makan kat ikan. Nanti senang ikan datang berkumpul kat korang dan korang boleh tengok bermacam-macam ikan dengan senang. And I did just like that. Terasa macam nak cium-cium je ikan-ikan comel tu bila diorang datang serbu kat Husein. Don’t worry, diorang tak berani makan korang punye. Hihihi…
Penyu yang kitorang jumpa.

Dekat shark point pulak, kitorang snorkeling sekejap je sebab tak jumpa ikan jerung pun. Memang kat sini ada ikan jerung tapi agak susah nak jumpa. Kalau korang nasib baik, boleh la jumpa. Tapi nasib kitorang kurang baik hari tu. Memang niat Husein nak tengok jugak ikan jerung kat sini depan mata. Kalau boleh nak sentuh sekali. Ikan jerung kat sini bukannya besar macam kat mat salleh tu. Satu lagi, dengar kata yang ikan jerung kat sini tak makan orang. Emmmmm… yang tu Husein kurang pasti. Walaupun Husein tak jumpa ikan jerung kat sini, tapi Husein jumpa ikan yang lebih cantik dari tu……..

Husein jumpa puteri ikan duyung. Hahahahaha…. Wahai puteri ikan duyung, datang lah meminang aku. Huhuhuhu…

Untuk post seterusnya, Husein akan kongsikan cerita-cerita menarik ketika melakukan aktiviti jungle trekking dan mengharungi 900+ anak tangga menuju puncak Perhentian Kecil sambil tengok kincir angin.

Terima kasih kerana membaca. Komen siket…

9 ulasan:

  1. uik.. x penat ke x tido? jumpe x puteri duyung?

    BalasPadam
  2. Kampung saya ni. Hehe. Lama tak ke pulau perhentian dan jenguk rumah kat sana. Semua keluarga dah menetap kat 'darat'. Tengok gambar ni rindu pula dengan pulau perhentian. Terima kasih atas perkongsiannya.

    www.ainyyzain.blogspot.com

    BalasPadam
  3. cepat la next post! excited hehe

    BalasPadam
  4. bestnya! tak pernah merasa mcmnie!

    BalasPadam
  5. nasib baik jauh kalau dekat2 mmg weekend ni jugak turun perhentian

    BalasPadam
  6. Pulau Perhentian ni terkenal sebagai dive sites dan tempat snorkeling popular.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.