Percutian Bajet ke Pulau Perhentian - PART 2
Klik untuk: Itinerary & belanjawan | PART 1
Memandangkan ramai yang bagi respon yang positif pada entri
PART 1, maka gigih betol Husein update untuk entri sambungan PART 2 ni. Mintak
maaf banyak-banyak sangat kerana lambat update memandangkan Husein tak ada kekangan
masa yang banyak akibat kerja.
Cerita bab kerja, Husein nak lupakan sekejap kerja-kerja
yang dibuat ni dan nak imbas kembali ‘kerja-kerja’ yang dibuat kat Pulau
Perhentian dulu. Memang kerjanya adalah menghabiskan baki hari-hari yang
tertinggal sebelum pulang ke rumah dalam keadaan gembira dan puas. Oleh kerana
namanya dah Pulau Perhentian, of kos la ada hutan kat pulau tu kan. Hutan-hutan
kat sini tak la bahaya sangat. Kalau nak jumpa harimau singa tu memang takde
la. Kalau kera dan beruk memang ada. Even mase time Husein pergi hari tu pun
ada. Tapi, selagi korang tak ganggu diorang, diorang takkan ganggu korang
jugak. Itu prinsip dia.
Aktiviti jungle trecking dah Husein buat sejak hari pertama
kat sana. Semuanya gara-gara nak tengok hutan berhampiran tapak khemah kitorang
tu tembus kat mana. Gigih jugak kitorang jungle trecking kat sana…. Naik bukit,
lompat kayu besar, jalan curam dan licin, semak samun, jumpa mat salleh…
hahahaha…. Ya, kitorang jumpa mat salleh jungle trecking macam kitorang.
Ingatkan diorang ni tak la minat sangat jungle trecking ni. So, bagi korang
yang plan nak kesini jangan lupa listkan aktiviti jungle trecking dalam list
korang. Mat salleh pun jungle trecking jugak tau.
Tak tahu macam mana nak tafsirkan raut wajah ni sama ada letih atau excited.
Kitorang jungle trecking bermula dari tapak khemah kitorang,
Teluk Keke tembus sampai ke Floral Bay. Kat sini banyak kedai-kedai makan dan
mat salleh yang tinggal. Tempoh jungle trecking kitorang dalam 45 minit gitu. Jugak
jangan sesekali jungle trecking pakai selipar, alamatnya korang akan mudah
sakit kaki la. Untuk yang first time jungle trecking memang akan cepat rasa
penat, so sebelum bertolak tu bawak la air botol untuk kekalkan stamina. Tapi
mujur Husein dah ada pengalaman mendaki Gunung Sinai kat Mesir dulu. So, tak la
rasa penat sangat. Lagipun Husein memang minat meneroka alam semulajadi ni. 24
jam mengadap kereta, bangunan, office, jalan raya dan macam-macam lagi… bila
dah jungle trecking ni baru la terasa betapa cantik dan nikmatnya alam
semulajadi yang indah dengan dipenuhi pokok-pokok dan tumbuhan yang menghijau.
Last but not least, kitorang pergi ke Perhentian Kecil untuk
membuat aktiviti pecah lemak (walaupun dah kurus kering ni) untuk menaiki
tangga ke puncak kincir angin. Kalau korang nak bercuti kat sini, korang
wajibul ghunnah datang sini. Kalau tak datang, memang korang akan menangis
guling-guling sebab view kat sini sangat ohsem dan cantik. Oleh kerana view kat
sini sangat menarik perhatian, maka ibadah selfie sangatlah dituntut oleh semua
yang hadir. Hahahaha….
Dah sampai pun di kincir angin.
Bila kitorang habis teroka kawasan ni dan nak balik naik bot,
tiba-tiba kitorang di tegur oleh driver bot tu….
“Gane, best dop naik atah nung?”
(“Macam mana, best tak naik atas sana?”)
“Waaahhh… (sambil hembus nafas lega), best la pok. Boleh
tengok belake dari atah nung.”
“hahaha… doh mu ada kira dop berapa utey tangga hok mu naik
ni?”
(“dah korang ada kira tak berapa anak tangga yang korang
naik ni?”)
“Dop kire stabok pok eh..”
(“Tak kira langsung pak cik eh”)
“Hahaha… dulu pok ade naik gop sapa pucok nung. Tapi time
mude-mude dulu la… time tenaga kuat lagi.. lening dop rok doh. Dulu pok kire
anok tangga dekat 900 lebih hok ade”
(“dulu pak cik naik jugak sampai atas sana. Tapi time
muda-muda dulu la.. time tenaga kuat lagi.. sekarang tak larat dah. Dulu pak
cik kira anak tangga ade lebih kurang 900 lebih”)
bila Husein terdengar pak driver tu cakap macam tu, Husein
betol-betol tak sangka yang Husein dapat naik anak tangga sampai ke puncak dengan
bilangan sebanyak tu. Husein macam terpinga dan terdiam sekejap. Dalam hati
cakap, “biar betol.. kadang-kadang nak naik tangga rumah pun aku dah letih”.
Itu la serba sedikit pengalaman Husein dan team backpackers
yang lain di Pulau Perhentian bulan lepas. Husein rasa bersyukur sangat kerana
dapat pergi ke sini memandangkan dah lama berhajat nak ke sini tapi ada sahaja
masalah yang timbul. Setakat ni, ini lah pulau yang paling cantik di Malaysia
yang pernah Husein tengok. InsyaAllah kalau ada rezeki Husein akan datang ke
sini semula untuk masa yang akan datang.
Honeymoon maybe??... huhu.
Wah! Nice place :D
BalasPadambestnyaa :D
BalasPadamtq for this sharing!!! yayac dari BW UZU ...BW sini....yayac dah follow sini....mohon follow blog & komen murni di entry yaya
BalasPadamhttp://www.yayacendana.com/2015/09/kaio-studio-photographer-videographer.html
tq.... :)
Wow, these are nice place in the wrold, now everyone found here. Thanks for give sharing this to all together.
BalasPadamRegards - Blot Tutorial Supporter