Jualan Buku Travelog ET Yang Mesti Anda Miliki

Mungkin anda semua tak tahu bahawa Malaysia mempunyai ramai rakyat yang berkemahiran dan mempunyai banyak pengalaman. Dahulunya kita mampu berbangga dengan adanya rakyat Malaysia yang berjaya menakluk Gunung Everest, ada yang mengelilingi dunia dengan kapal layar dan ada yang terbang ke angkasa lepas untuk melihat dunia. Semua ini tidak lain dan tidak bukan…. Hanya insan-insan terpilih sahaja yang mampu melakukan semua itu.

Namun, pernahkah anda terdengar bahawa kita mempunyai seorang rakyat Malaysia yang sanggup travel seorang diri ke negara yang bergolak, iaitu Afghanistan. Saban hari kita selalu mendengar bahawa Afghanistan adalah sebuah negara yang tidak aman, selalu berperang, keadaan yang kacau bilau dan tidak tenteram yang sudah pasti tidak menjadi idaman setiap pengembara di dunia. Walaubagaimanapun, bagi diri Noridah…. perkara-perkara tersebut tidak menjadi halangan bagi dirinya untuk melihat dunia.
Bamiyan, Afghanistan
Ya, beliau adalah seorang perempuan.. bukan lelaki. Selalunya kita mendengar bahawa yang selalu travel seorang diri ini adalah lelaki. Tetapi kali ini berlainan. Anda boleh bayangkan bagaimana seorang gadis melayu mengembara seorang diri ke negara asing iaitu Afghanistan? Ya.. mungkin agak susah bagi kita memikirkan bagaimana beliau hidup di sana, makan minum, tempat tidur, pakaian, keselamatan dan perjalanan musafir seorang diri beliau. Negara Afghanistan pula bukanlah negara perang yang sepertimana yang anda bayangkan. Tidak semua tempat disana mengalami krisis perang yang teruk. Sudah pasti ada beberapa tempat yang dilindungi dan indah mempesona untuk dilawati.
Band E Amir, Afghanistan

Jadi, dengan adanya buku Travelog ET Kembara Afghanistan ini dapat merungkai rahsia-rahsia tersirat bumi berkat Afghanistan dan dapat menyulusuri bagaimana gadis melayu ini berjaya sampai ke sana dan pulang ke Malaysia semula dengan selamat.
 Bagi anda yang berminat untuk membeli buku ini, sila lampirkan nama, alamat penuh, kuantiti buku, nombor telefon dan bukti pembayaran/slip ke nombor: 

- WhatsApp +20114 985 5207 (Husein)  atau 
- hubungi Husein di talian: 0135912617  atau
- mesej ke facebook Husein sendiri.

Sila bank in/transfer ke akaun bank berikut:
Maybank – 151267085385 (Siti Noridah Ab Rahaman)
CIMB – 7602778868 (Siti Norrahmah Ab Rahaman)

Harga sebuah buku adalah:
RM30 (Semenanjung)
RM35 (Sabah Serawak)
RM40 (Brunei)
**Harga termasuk postage


Jadi jangan lepaskan peluang ini sementara stok buku masih ada.

5 ulasan:

  1. Jelous tengok gambar kat sini menarik..
    Singgah dari blogwalking emas putih....

    BalasPadam
  2. http://madey09.blogspot.my/ kenalkan blog saya yang kerdil ini..done follow blog anda ya

    BalasPadam
  3. pernah nampak org promote buku ni dalam group BBM kat FB :D Masa tu dah beli few travel books, so postpone jap yang ni :D will buy it soon :)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.