4 Dugaan yang Tak Mungkin Dilupakan Sepanjang Mengembara
Hidup ini penuh dengan dugaan. Walau setinggi mana pangkat
dan darjat anda, anda tetap akan diuji. Manusia mana yang takkan diuji
sedangkan manusia yang paling sempurna diatas muka bumi, Nabi Muhammad S.A.W.
pun diuji dengan pelbagai ujian dan masalah. Semua itu hanyalah untuk menguji
tahap keimanan dan ketaqwaan kita sebagai seorang hambaNya.
Semakin banyak anda diuji, semakin tinggi darjat anda
disisiNya.
Tipulah kalau Husein katakan yang selama Husein mengembara
di beberapa buah negara dan mengunjungi beberapa tempat menarik, Husein tak
pernah rasa susah dan tercabar sedikit pun. Memang betul… yang selama Husein
tulis bercerita pengalaman mengembara di beberapa buah negara di dalam blog ini
adalah cerita-cerita dan pengalaman yang best-best sahaja… hakikatnya ada
beberapa peristiwa atau pengalaman pahit yang mungkin Husein belum ceritakan di
dalam blog ini atau sudah.
Untuk mengetahui samaada pengalaman tersebut adalah pengalaman
yang pahit, seram, takut, mencabar atau menggugat nyawa Husein sendiri, jom
sama-sama Husein bawakan kepada anda pengalaman-pengalaman tersebut.
Sakit yang teruk
Pertengahan tahun baru-baru ini Husein ada kongsikan bersama
anda tentang misi Husein bersama para sukarelawan lain untuk misi bantuan kemanusiaan Rohingya di Indonesia.
Klik PART 1, PART 2 & PART 3 untuk mengetahui lebih lanjut.
Di sepanjang misi tersebut, Husein telah mengalami sakit
perut yang teruk berpanjangan selama 3 hari. Sehinggakan mengganggu waktu tidur
Husein di waktu malam. Pernah sekali sampai terpaksa bangun malam 3 kali ke
tandas. Mujurlah tandas terletak sebelah sahaja dengan bilik sewa Husein. Bila
difikirkan semula, mungkin perut time tu tak boleh nak ngam-ngam lagi dengan
makanan kat sana. Lepas tu mula lah keesokkan harinya bangun lewat daripada
orang lain dan terpaksa makan ubat. Malu.. malu.. So, pengajaran lepas ni,
bawak lah ubat-ubatan yang perlu untuk persediaan dalam waktu kecemasan macam
ni nanti.
Handphone hilang
Pada masa yang sama juga, sewaktu berada di Indonesia tu..
handphone Husein tiba-tiba hilang entah kemana. Pada mulanya Husein
menyangkakan tuan empunya hotel yang Husein duduk tu yang ambil kesempatan dan
curi handphone Husein. Bimbang kalau-kalau dia tengok kita ni dari Malaysia…
mestilah orang Malaysia ni kaya-raya.. banyak duit sampai boleh datang kat
tempat dia. Sehinggakan bila Husein bercakap dengan dia pun macam-macam nak tak
nak je… layan tak layan je.
Istana Maimun di daerah Medan, Indonesia. Klik disini untuk mengetahui cerita lanjut |
Rupanya-rupanya handphone Husein hilang disebabkan dengan
kecuaian Husein sendiri. Husein tak sedar
yang handphone tersebut tertinggal dalam kereta milik kawan Indonesia
Husein. Pada masa tu, Husein berada di Kuala Langsa dan dia berada di Aceh.
Perjalanan dari dua tempat tersebut memakan masa berjam-jam lamanya. Akhirnya,
hampir keseluruhan hari keberadaban Husein di Indonesia, Husein tidak bersama
handphone yang dirindui.
Husein tak boleh bayangkan kalau tiba-tiba Husein tersesat
time tu. Nak contact orang pun tak boleh, nak tengok maps pun tak boleh….. Tapi
akhirnya, sehari sebelum Husein berangkat pulang ke tanah air, Husein berjaya
jumpa kawan Husein tersebut dan dapat semula handphone kesayangan. Ingat,
handphone adalah nyawa kedua anda ketika travel… nyawa pertama adalah PASSPORT.
Terasa berdosa pulak sebab layan tuan empunya hotel tu macam tu. Maafin Husein
ya pak.. Husein gak ada niat lakukan begitu.. Cuma hati-hati aja.
Naik kapal terbang tentera macam dalam tahanan
Sewaktu Mesir mengalami gelombang kuasa rakyat yang
menyebabkan kejatuhan presiden terdahulu, Hosni Mubarak.. ramai rakyat Malaysia
yang berada di Mesir terpaksa dibawa pulang ke tanah air. Kebetulan Husein juga
berada di Mesir beberapa bulan pada waktu itu. Maka apabila arahan dari
kerajaan Malaysia menyuruh untuk segera dipulangkan semua rakyat Malaysia yang
berada di sana, maka ramai yang menurut perintah kerana bimbang akan
keselamatan masing-masing.
Untuk pulang ke tanah air, kesemua rakyat Malaysia perlu
dikumpulkan di Riyadh, Arab Saudi terlebih dahulu. Entah macam mana.. trip kapal
terbang untuk ke Arab Saudi yang Husein naiki pada waktu tersebut adalah kapal
terbang tentera milik kerajaan Malaysia yang dinamakan Charlie.
Dalam perjalanan menuju puncak Gunung Sinai di wilayah Sinai, Mesir ketika musim sejuk. |
Perjalanan dari Mesir ke Arab Saudi dengan menaiki kapal
terbang memakan masa lebih kurang tiga jam. Selama tiga jam itulah Husein dan
ramai lagi rakyat Malaysia yang lain terpaksa duduk bercangkung kerana tidak
mempunyai kerusi seperti kapal terbang biasa. Malah, ada yang tidak cukup
tidur. Mahu atau tidak, mereka terpaksa tidur sambil duduk.
Yang paling tidak selesa sekali adalah terpaksa mengharungi
perjalanan tiga jam tersebut dengan bau yang kurang menyenangkan. Macam-macam
bau ada… hancing pun ada. Bila difikirkan semula tentang keadaan Husein pada
waktu itu, seolah-olah seperti seorang tahanan yang ditahan beramai-ramai untuk
dikembalikan ke tanah air mereka semula.
Nyawa terancam di negara bergolak
Husein yakin, pengalaman yang bakal anda ketahui ini belum
lagi ditulis oleh Husein dalam entri-entri yang dulu. Selepas kebangkitan
rakyat yang pertama, Mesir mengalami gelombang kebangkitan rakyat yang kedua
dalam tempoh beberapa tahun. Entah macam mana, Husein pun turut berada di Mesir
pada waktu itu. Haishhhh.. aku ni dah macam dijodohkan untuk merasai
benda-benda macam ni.
Pantai Agiba di wilayah Matrouh, Mesir. Klik disini untuk cerita lanjut. |
Satu hari, Husein dan seorang kawan berada di dalam sebuah
van untuk pulang ke rumah. Perjalanan yang sepatutnya tidak begitu lama
bertukar menjadi sangat lama disebabkan driver van arab tersebut terpaksa
melalui jalan raya yang digunakan oleh para penunjuk perasaan. Disepanjang
jalan tersebut Husein berkesempatan melihat beberapa buah kenderaan yang
musnah. Ada yang terbakar hangus.… ada juga yang terbalik. Fuhhh…. dahsyat
orang arab ni. Orang lari bertempiaran dan luka sana sini sambil menjerit-jerit,
itu memang wajib ada.
Namun, pemandu arab tersebut bijak mencari jalan. Dia lalu
ikut jalan mana entah… tiba-tiba dah boleh sampai dengan selamat. Husein tak
boleh bayangkan, kalau lah van yang Husein naiki itu mengalami nasib yang sama
seperti kenderaan yang Husein lihat,… kemungkinan diri dan nyawa Husein boleh
terancam. Yang terbakar tu entah macam mana la puncanya… mungkin disebabkan
oleh para penunjuk perasaan… atau dibaling bom… atau yang lebih teruk lagi
dibom terus.
Semua pengalaman tersebut Husein ambil sebagai satu cabaran
dan pengajaran. Hidup tanpa cabaran memang sunyi dan kosong. Kadang-kadang,
orang yang hidupnya miskin tapi mempunyai banyak pengalaman itulah yang lebih
baik daripada yang kaya-raya tetapi ilmunya sedikit. Kita tidak tahu apa yang
akan berlaku kelak, namun kita mampu bersedia untuk menghadapinya berbekalkan
pengajaran daripada sejarah yang berlaku dalam hidup kita.
Wow... your stories in this post...make me speechless.. tabik bro... ada pengalaman2 macam tu..
BalasPadamfuhhh!! hebatlah....pengalaman ni nantilah boleh jadi kenangan paling bermakna utk diceritakan dekat warisan...bangganya...
BalasPadamThanks Ct Roxalynna and Sofie Adie.
BalasPadamPengalaman mengembara mengajar saya erti kehidupan dan cabaran
Pengalaman berada di negara orang memang memberi impak berbeza kepada diri apabila kembali ke tanahair. Pengalaman yang sangat berharga untuk dikongsi untuk manfaat bersama.
BalasPadam