Pengalaman Bersama Etnik Rohingya di Indonesia - PART 1

ASSALAMUALAIKUM...

Dunia sekarang ni sudah maklum dengan apa yang berlaku kepada saudara Islam kita di Myanmar. Etnik Rohingya diperlakukan seperti binatang. Mereka diseksa, dirogol, dan dibunuh. Tiada jalan lain lagi yang dapat mereka pilih melainkan terpaksa melarikan diri ke negara-negara lain kerana tanah air mereka sendiri diperlakukan sebegitu rupa. Tiada tindakan yang sewajarnya terhadap mereka-mereka yang melakukan kekejaman tersebut.

Maka ada yang berlayar berbulan-bulan di lautan semata-mata mahu meneruskan hidup termasuklah ada yang berlayar ke Indonesia. Nasib baiklah kerajaan Aceh menerima etnik Rohingya sampai ke negara mereka dengan tangan yang terbuka. Maka sehubungan dengan itu, Husein dan beberapa orang dari NGO Malaysia, iaitu Our Touch berpeluang pergi ke sana untuk menjadi sukarelawan dalam misi bantuan kemanusiaan Rohingya di Indonesia pada 5 hingga 10 Jun yang lalu.

Alhamdulillah kutipan derma yang dapat kami kumpulkan berjumlah sekitar RM15 000. Kutipan ini adalah derma ikhlas dari rakyat Malaysia sendiri hasil daripada keprihatinan anda semua. Walaupun kutipan ini sudahpun melebihi target kutipan kami, tapi ketahuilah bahawa ianya masih tidak mencukupi untuk membantu etnik Rohingya di Indonesia secara keseluruhannya. Antara bantuan yang diperlukan adalah makanan, minuman, alat permainan, buku pelajaran, perabot pakaian dan tempat tinggal.

Jika anda semua ingin menghulurkan derma lagi, OurTouch masih lagi menerima derma ikhlas anda semua dengan tangan terbuka. Misi bantuan kemanusiaan sentiasa dijalankan. hatta untuk bulan Ramadhan nanti pun masih ada. Pandai-pandailah korang intai-intai di laman sosial OurTouch samada di facebook, twitter atau instagram. Jangan tunggu Ramadhan baru nak derma. Berjinak-jinaklah untuk menderma mulai sekarang.

Sejujurnya ini adalah kali pertama Husein menjadi sukarelawan untuk membantu mereka-mereka yang memerlukan. Tapi tak sangka pengalaman menjadi sukarelawan adalah di negara Indonesia. Sememangnya Husein sangat menghargai setiap detik ketika Husein berada di sana.
Husein bergambar di depan posko(pejabat) bersama team NGO dari Malaysia, Our Touch dan NGO dari Indonesia, Aksi Cepat Tanggap(ACT). 

Hari pertama Husein berada di Indonesia merupakan hari yang sangat memenatkan. Mana taknya, sehari sebelum ke sana, Husein dalam perjalanan dari Kota Kaherah terus ke KLIA, and then tidur dulu di airport pada malamnya sehingga keesokkan paginya untuk bergerak ke Indonesia bersama wakil NGO tersebut. Apabila diorang tahu yang Husein fly dari Mesir terus ke Indonesia, diorang sangat bimbang dengan keadaan Husein. Katanya takot Husein jeklek, means penat.(first time dengar perkataan tu). Tapi Husein dah biasa dengan keletihan naik flight. Alhamdulillah semuanya ok sehinggalah Husein berjaya menjejakkan kaki ke tanah Indonesia.
Memang betul kata orang. Pengalaman menjadi sukarelawan bukanlah satu pekerjaan yang senang. Lebih-lebih lagi ketika berada di negara orang. Semua jalan dan penunjuk arah harus orang tempatan yang tunjukkan. Kalau orang kita bawak kereta kat Indon ni konfem sesat. Lagipun, papan tanda yang kat sini kecik dan sedikit. Oleh itu, kami bersepakat untuk bekerjasama dengan NGO di Indonesia iaitu Aksi Cepat Tanggap(ACT) untuk memudahkan urusan kami disini. Husein sangat-sangat berterima kasih kepada Pak Andika dan team diorang kerana bertungkus-lumus bekerjasama dan melayan kerenah kitorang.

Untuk entri yang akan datang, Husein akan menceritakan pengalaman suka duka Husein menjadi sukarelawan dengan lebih detail lagi dalam membantu etnik Rohingya di Indonesia dan cuba untuk berinteraksi dengan mereka.

bersambung....PART 2

Terima kasih kerana membaca. Komen siket.. :-)

3 ulasan:

  1. Best kan dapat jadi sukarelawan untuk puak Rohingya yang tertindas tu.

    http://sayapejuangbahasa.blogspot.com/2015/06/naura-dress.html

    BalasPadam
  2. @nurhaziq hafiz: pengalaman yg luar biasa

    BalasPadam
  3. Huseinnnn... done follow your blog! ^_~ *ala takde smiley 'done' la kat keyboard nih. hampeh!*

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.