Tanda-tanda Ramadhan Yang Mungkin Anda Tak Perasan

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah Ramadhan kembali lagi. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua yang beragama Islam. Pada hari ini kita sedang berada di awal Ramadhan.... banyak hari lagi untuk kita semua berlumba-lumba melipat gandakan ibadah dan amal kebajikan. Mungkin ada yang berasa Ramadhan kali ini sangat menguji iman kerana first time kena kerja time bulan pose terutamanya bagi mereka yang baru sahaja habis study.

Dalam kesibukan kita mengerjakan ibadah puasa sebenarnya ada tanda-tanda yang mungkin kita terlepas pandang akan kehadiran bulan Ramadhan ni. Jadi, adakah anda semua sedar akan tanda-tanda bulan Ramadhan yang disenaraikan dibawah ini??

Makan tauhu dengan pinggan kaca,
Kalau tak tahu silalah baca..... hehehe..:-)

17 Tanda-tanda Ramadhan Yang Mungkin Anda Tak Perasan:

1. Iklan Yusuf Taiyoob menjadi-jadi di bulan ini.
2. Manusia tahu dengan tepat masuknya waktu solat Maghrib.
3. Kita sangat rajin untuk dengar orang azan Subuh dan Maghrib sampai sanggup pasang radio kat rumah.
4. Kita sangat rajin untuk bangun sebelum subuh. Lepas habis bulan Ramadhan, jadi subuh gajah pulak.
5. Masjid akan dipenuhi oleh jemaah pada waktu Isyak. Lepas habis bulan Ramadhan, keadaan kembali menjadi normal.
6. Rancangan Jejak Rasul ke udara. Kebiasaannya pada waktu petang.
7. Rancangan masakan lebih banyak daripada biasa. (Nak suruh kita buka puasa cepat ke apa ni..)
9. Bazar Ramadhan dimana-mana sahaja.
10. Tokey murtabak, tat nenas dan kuih almond london bertukar menjadi jutawan pada bulan ini.
11. Pembaziran berleluasa, terutamanya bab makanan ketika juadah berbuka.
12. Bunyi mercun dimana-mana sahaja. Orang cina time sambut tahun baru cina pun tak boleh lawan dengan kita. Malah ada bunyi mercun kita yang lebih kuat dari mercun orang cina punya.
13. Kes-kes kemalangan khususnya yang membabitkan kanak-kanak yang terputus jari, melecur atau kebakaran rumah disebabkan mercun menjadi-jadi.
14. Abang posmen tak boleh duduk senang walaupun puasa disebabkan penghantaran kad raya yang bertimbun. Ditambah lagi dengan trend sekarang yang beli barang secara online. Lagi la diorang lelah nak hantar barang.
15. Kadar pencemaran udara bertukar baik berikutan ramai lelaki muslim yang boleh sangat untuk TIDAK merokok.
16. Trend puasa semata-mata untuk diet. Sedangkan puasa adalah untuk kepentingan akhirat, bukan untuk kepentingan dunia.
17. Last but not least, anda tak perasan yang no.8 tiada dalam senarai.

Hahahaha... kan dah kena tu. Amboiiii.. letih sangat ke puasa sampai tak perasan yang nombor 8 takde dalam senarai. Ok ok.. banyakkan bersabar ye... lain kali Husein kenakan korang lagi yeerr,

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK & SELAMAT BERPUASA.

1 ulasan:

  1. no 13 tu x pernah miss tiap thn..ada je kes tgn melecur la hancur la....baru pasan no 8 xda...hahaa

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.